Pages

Wednesday, September 1, 2010

Jessica Iskandar pilih Islam

Jessica Iskandar

JAKARTA: Dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapanya berbeza agama membuatkan Jessica Iskandar mengambil masa lama untuk menentukan kepercayaan mana yang akan dianutnya.
Tetapi akhirnya, selebriti yang lebih mesra dengan panggilan Chika itu mengambil keputusan untuk mengikuti agama ayahnya, Islam.
“Sejak kecil saya diberikan kebebasan. Tetapi sedikitsedikit diajar amalan agama, baik yang dianuti ibu mahupun bapa. “Tetapi mereka tidak memaksa saya dalam membuat pilihan.

“Saya banyak belajar dan sering bertanya, termasuk di kalangan teman dan juga pengurus saya,” katanya ketika ditemui di Hard Rock Cafe, Jakarta, semalam.

Chika memutuskan untuk mendalami Islam dua minggu sebelum puasa.

Artis yang pernah membintangi film Dealova itu juga belajar berpuasa.

"Saya buat keputusan dua minggu sebelum puasa. Selepas itu saya mula belajar berwuduk, berpuasa, menghafal doa berbuka dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, dia mengambil keputusan untuk mendalami Islam karena merasakan sudah dewasa ingin mengenal lebih jauh terhadap Penciptanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment