Pages

Sunday, June 13, 2010

“James Cameron, Freemason, Mindcontrol… BHG 1”

Ini adalah satu penjelasan secara dramatik perkaitan antara kerajaan rahsia Amerika-Dajal dengan kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia hari ini. Ia akan membawa anda kepada persoalan:
*Kisah kerjaya James Cameron (pengarah terkenal, menghasilkan filem-filem blockbuster seperti Titanic, Terminator, dan The Abyss) yang berkait dengan konspirasi plan Dajal dalam bidang mindcontrol.
*Projek-projek rahsia Amerika seperti MK-ULTRA, Philadelphia Experiment, Mindcontrol, Phoenix Project, HAARP dan lain-lain.
*Penglibatan organisasi rahsia (secret society) seperti Freemason dalam memandu puak-puak elit Amerika yang dijadikan kambing hitam atau hamba suruhan Dajal Laknatullah dalam merealisasikan impian Dajal menjadi Raja atau Tuhan Palsu di Bumi.
*Sejarah Freemason dan Illuminati, strukturnya dan puak-puak yang terdapat di dalamnya.
*Dan banyak lagi…
Rencana ini dipersembahkan dalam bentuk penceritaan bebas, dimana pengolahannya bercabang-cabang dan padat dengan informasi. Bacalah dengan teliti, dengan minda yang paling terbuka. Ini adalah rentetan kepada artikel-artikel yang pernah tersiar di dalam MistisFiles. Anda tidak perlu terkejut dengan artikel sebegini jika anda seorang pembaca Al-Quran dan Hadis Nabi. Ini adalah ‘paperwork’ Dajal dalam menjalankan pelbagai fitnah di Bumi.
-MO
Filem TITANIC keluaran James Cameron telah diterima oleh ramai manusia yang menyaksikannya sebagai salah satu filem yang berjaya di dunia ini. Ia telah berjaya memaparkan kesan-kesan yang telah membelenggu manusia dari aspek penggambarannya dan juga dari segi emosinya. Walaupun ada manusiayang telah mengesan kelemahan dalam sudut teknikal pembikinan filem itu, aspek pemaparan emosinya adalah lengkap sekali. Apakah sengaja dirancang begitu? Ada pihak yang berpendapat penggambaran kesan emosi dalam Titanic sengaja telah dimanipulasi untuk memaparkan kesan kegembiraan, kesugulan, kekeliruan, terperanjat dan marah di kalangan mereka yang menontonnya.
Kesan memanipulasi ini adalah satu aspek yang menarik daripada kesan kerja Encik Cameron. Bagaimana cara pun yang telah dilakukannya, kesan kerjanya itu elah menghasilakan ssesuatu yang menakjubkan dan mengikut Cameron ia merupakan satu kesan biografi hidupnya. Cameron lahir di Kapuskasing, Ontario Canadi pada 1954. james Cameron membsar di Niagara Falls. Dia memang cekal untuk melakukan yang terbaik sekali. Tidak kiralah apakah kerjanya itu kerja kelasnya ataupun permainan yang disertai bersama teman-temannya. Seperti yang tercatat dalam biografi rasminya: zaman kanak-kanaknya telah mencetuskan satu keazaman untuk melangkahi halangan hidup yang perlu dihadapinya yang akhirnya membantunya di zaman ramajanya.
Di waktu yang sama dalam lipatan sejarah, seorang insan lain yang berkongsi nama Cameron sedang berusaha mengkaji perilaku manipulasi kemanusiaan untuk kajian saintifik yang tertentu. Insan ini bernama Dr. Donald Ewen Cameron. Dr. Cameron memulakan kerjayanya dalam bidang psikologi sebagai seorang pembantu di Pejabat Perkhidmatan Khas (Office of Special Services – OSS), menyoal siasat para banduan Perang Dunia Kedua. Antara beberapa pesakit terkemukanya ialah Rudolf Hess, yang telah memandu pesawat udara German untk memasukki ruang udara Britain bagi tujuan menghasilakan kedamaian di antara Germani dan Pasukan Bersekutu. Hess telah ditawan, dipenjarakan dan kemudiannya disoal-siasat oleh beberapa pakar psikologi, termasuklah Dr. Cameron. Kebanyakan kajian Dr. Cameron tertumpu kepada teknik yang mampu mengubah dan mengawal polar perilaku manusia. Kajian beliau itu telah juga dihasilkan daripada beberapa kajian penyelidikan yang terlaksana ke atas banduan di pusat tahanan perang Nazi Jarman yang dibawa ke Amerika Syarikat setelah tamatnya Perang Dunia Kedua itu. Kerja-kerja itu telah dilaksanakan oleh OSS di bawah satu operasi yang diberi nama ‘Operation Paper Clip’.
Dalam tahun 1950-an kejayaan Dr. Cameron telah meloncatkan namanya untuk dilantik sebagai Ketua American Psychological Association (APA), Canadian Psychological Association (CPA) dan The World Psychological Association (WPA). Pada masa itu, OSS sudah bertukar nama atas arahan President Harry Truman dan dikenal pula dengan nama Central Intelligence Agency (CIA). Sememanngnya pada 1947 Dr. Cameron telah diberikan kontrak oleh CIA untuk terus melakukan kajian dalam manipulasi perangai/kelakuan di bawah satu nama projek berjodol ‘Bluebird’ dan ‘Artichoke’. Projek ini akhirnya dikenali dengan nama MK-ULTRA pada tahun 1953.
MK-Ultra mempunyai bebrapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologfi dan perfileman. Adalah bukannya satu kebetulan bahawa filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah diolah begitu rupa untuk menakutkan penonton akan bahaya serangan Komunis, dan pemutaran fikiran makhluk asing (dunia luar). Dunia perfileman Hollywood menjadi satu alat berkesan bagi MK-ULTRA.
Dalam dunia psikiatri, Dr. Cameron adlah seorang insan yang keras hati, ganas dan amat taksub dengan keinginan untuk mengetahui bagaimana mengawal perilaku manusia dan mahu mengawasinya. Eksperimennya yang paling berkesan ialah penggunaan dadah, penyekataan pancaindera, pembebanan pancaindera, dan juga penyelidikan psikologi di mana suaranya yang direkodkan dalam sessi yang lalu itu dimainkan semula secara berulang-ulang kepada para pesakitnya. Dr. Cameron pernah juga melakukan operasi mengganggu-daya-fikir dan kajian dalam bidang electro-convulsive shock treatments (kejutan letrik yang menyebabkan mangsa bertukar perangai – penterjemah).
Mengikut piagam CIA, kerja yang dihasilkan oleh Dr. Cameron terutama sekali dalam penyediaan calon “Manchurian Candidates” telah menyalahi peraturan yang menyekat operasi tempatan CIA dalam wilayah Amerika Syarikat. Dengan bantuan pihak kerajaan Canada dan pengarah CIA Allen Dulles yang pernah menjadi teman kerja Cameron di OSS dulu, Dr. Caemron telah mengalihkan pusat kajiannya ke Allen Memorial Psychiatric Institute di Montreal Canada pada 1957 dan menetap di sana sehingga 1963.
Sebagai catatan, Allen Dulles telah mengarahkan Cia sehingga berlakunya fiasko di Bay of Pigs (Kepulauan Cuba – penterjemah). Ketika itu beliau dan juga General Charles Cabell (adik kepada Earl Cabell, Datukbandar Dallas ketika itu telah dipecat oleh Presdien John F. Kennedy pada 1961. Seleps berlakunya tragedi pembunuhan John F Kennedy pada November 22, 1963 di Dallas, Dulles telah dilantik oleh Suruhanjaya Warren (sempena nama ketua Hakim Earl Warren) untuk membantu penyiasatan dalam pembunuhan itu dan menyelidik latar belakang tertuduh yang bernama Lee Harvey Oswald. Allen Institute itu akhirnya menjadi satu institusi tekenal kerana tindakan merobek otak para mangsanya seperti yang dikendalikan oleh Dr. Cameron. Ramai pesakit yang telah dikenakan pelbagai jenis deraan yang berlebihan sehingga membabitkan penggunaan dadah yang membuat mangsa menjadi koma untuk berbulan lamanya. Penderaan otak, penggunaan pancaran cahaya lampu yang berkuasa tinggi, alat bunyi penderaan daya pendengaran, tayangan gambaran yang bergerak dan deraan dengan menggunakan tekanan kejutan letrik yang berlebihan telah membunuh banyak mangsanya. Kedai sembelihan Dr. Cameron itu telah juga menggunakan pelbagai kaedah dadah yang menghayalkan, terutama sekali dadah jenis LSD.
Dr. Cemeron telah bersara dari tugasnya dan meninggalkan Montreal untuk melakukan kerja persendirian di Amerika Syarikat dan beliau telah menghilangkan dirinya daripada pengetahuan umum. Tetapi hasil kerja beliau berterusan sehinggalah MK-ULTRA ditutup secara rasminya oleh Pengarah CIA Richard Helms pada tahun 1973.
Helams telah mengusahakan agar beberapa dokumen MK-ULTRA dimusnahkan. Helms telah juga bertanggungajawab memberikan informasi yang diperlukan kepada E.Howard Hunt untuk menceroboh masuk Hotel Watergate pada tahun 1972. Tujuannya ialah untuk membantu Presiden Richard Nixon memusnahkan keperibadian Daniel Ellsberg. Ellsberg merupakan seorang pegawai di Pentagon yang telah membocorkan rahsia penglibatan Nixon meransang peperangan Vietnam. Kesan skandal Waergata itu akhirnya menjebak Nixon dan memaksanya meletakkan jawatan pada 1974. Dunia operasi risikan menjadi kelam apabila nama berubah untuk melindungi kerahsian sesuatu. MK-ULTRA betukar nama kepada MK-SEARCH dan terus menyambung operasinya dalam tahun 1984.
Di akhir 70-an, ketika MK-SEARCH (dulunya MK-ULTRA) bergerak di bahagian hadapan operasi risikan, seorang pemandu trak yang tidak dikenali di California yang bernama James Cameron telah mengambil tindakan untuk berhenti kerja dan menceburi bidang pembikinan filem. Mengikut catatan sejarah yang rasmi, James Cameron telah berpindah ke Brea, California pada 1971. Dia telah menyudahakan kajian sekolah menengah dan mampu menyudahkan hanya lima semester di Fulerton College di Orange County. Setelah gagal di maktab itu, beliau telah berjaya meyakinkan satu konsortium doktor gigi daripada Tustin, California yang sedang mencari perlindungan percukaian untuk membiayai pembikinan satu filem 35mm yang diberinya jodol ‘Xenogenesis’. Perkataan “consortium” itu memang menarik sekali. Dalam kamus, perkataan itu memberi erti ‘satu hubungan niaga bertaraf antarabangsa’. Oleh kerana doktor gigi itu datang daripada kawasan tempatan kenapakah mereka diberikan gambaran seperti yang digunakan dalam syarikat itu? Kalau perkataan ‘niaga’ itu disisihkan bererti persyarikatan itu sudah merangkumi satu organisasi bertaraf dunia. Penggunaan perkataan “Xenogenesis” sebagai jodol filem pertama Cameron itu adalah menarik juga kerana ia membawa makna “kelahiran makhluk asing”. Yang sebenranya para doktor gigi itu adalah para doktor sakit jiwa dan mereka yang terlibat dalam operasi CIA di bawah program MK-ULTRA bersama Dr.Donald Ewen Cameron. James Cameron dan para doktor sakit jiwa itu memang kenal lama. Persaudaraan berahsia yang membiayai pembikinan filem pertama Cameron itu akan terus membantu kerjayanya. Dia telah menceburiorganisasi ini ketika berusia dua puluh satu tahun, beberapa tahun yang lampau. Majoriti insan yang menjadi masyarakat risikan termasuk Dr. Cameron sendiri adalah ahli satu organisasi yang sama yang lebih mudah dikenali dengan nama FREEMASONS.
Freemasons adalah satu organisasi persaudaran bertaraf global yang telah wujud untuk membantu sesiapa sahaja yang memilih menjadi anggota persatuan itu. Mengikut sumber yang dipercayai, pertubuhan Freemason ataupun Fremasonri telah dicipta pada tahun 1700-an di Eropah. Tetapi kalau kita menyelongkarlebih mendalam lagi akan asal usul sebenarnya kita akan sampai kepada satu kisah kewujudan satu tamadun yang lebih maju daripada tamadun sekarang. Tamadun itu diberi nama ‘Atlantis’. Kebanyakan teknologi tinggi, pemikiran jauh dan pencernaan cetusan daya fikir berfalsafah telah diserahkan secara rahsia kepada beberapa generasi yang berlapi secara berahsia sebelum berlakunya satu ‘Banjir Besar’ yang menghancurkan Atlantis. Teknologi ini akan didedahkan kepada umum sekali lagi dalam satu waktu yang akan ditentukan. Adalah bukan sesuatu yang kebetulan betapa kewujudan abad ke dua puluh dulu melahirkan beberapa kejayaan teknologi dalam sejarah tamaddun kita. Abad ini telah menyerlahkan kejayaan manusia mengawal minda seperti yang telah dilaksanakan oleh CIA melalui eksperimen Dr. Cameron dan teknologi MK-ULTRA. Inilah sebabnya pihak konsortium telah memujuk Dr. Cameron untuk peluang menggunakan balik gambaran bawah sadar dan manipulasi emosi ke atas jumlah manusia yang besar dan menyediakan mereka bagi tujuan kejuruteraan masa depan.
James Cameron telah meneruskan kerjayanya dengan memasukki dunia Roger Corman. Studio perfileman Roger Corman bernama “New World Pictures” telah disingkatkan dengan nama ‘New World’. Sengkatan ini adalah bertepatan dengan ‘New World Order’ satu frasa yang menghayati idealisma Fremasonri, satu kerajaan yang global. Frasa ini akhirnya disebut oleh Presiden George Bush (Bekas pengarah CIA dan 33rd Degree Mason) pada tahun 1991.
Cameron telah melakukan tugas pembikin barang kecilan (miniature builder), menjadi seorang pengarah Fotografi dan seorang pengecat dalam filem yang berjodol ‘Battle Beyond the Stars’. Jodol filem itu adalah satu simbol kepercayaan di kalangan masyarakat UFO (Barang Terbang Yang Tidak Dicam) dan juga Freemasonri betgapa satu peperangan telah berlansung dalam sistem solar bebrapa ribu tahun yang lalu. Tujuan filem itu ialah menggunakan teknologi MK-ULTRA untu k memudahkan kefahaman masyarakat dunia kepada mempercayai kewujudan dunia lain bagi tujuan ketaksuban kepada ‘New World Order’ (Kefahaman Dunia Baru). Banyak lagi teknologi ini akan digunakan dalam kerjaya pembikinan filem Cameron itu.
Cameron semaki bersemangat untuk mengarahkan filem. Dia telah mengusahakan satu filem berbentuk fiksyen yang diberi nama simbolik ‘Galaxy of Terror;. Dalam filem itu Cameron menjadi Pengarah Unit Penggambaran Kedua. Pada 1982, di awal pentadbiran Presiden Ronald Reagan (Ahli 33rd Degree Mason), Cameron telah menulis skrip “The Terminator’ bersama dengan isteri keduanya bernama Gale Anne Hurd. Gale adalah ahli peraturan ‘Order of the Easters Star’ satu oraganisasi Fremason bahagian wanita pula.
Asas persiapan ‘The Terminator’ membabitkan seorang lelaki yang dihantar balik melalui terowong masa untuk menghalang seorang ‘cyborg’ yang cuba membunuh seorang wanita daripada melahirkan seorang bayi yang akhirnya akan menyelamatkan manusia daripada diperintah oleh jentera di dunia ini. Kiasan cerita ini telah diciplak daripada Kitab Injil di mana keadaan wanita yang hamil itu adalah bersamaan dengan keadaan Mariam yang akan melahirkan anak lelaki yakni Isa Al-Masihi.
Kiasan yang diterampilkan oleh Freemasonri dalam filem Terminator memang amat berkesan sekali. Salah satu simbol pertama ialah penggunaaan cahaya biru uang digunakan dalam suasana kegelapan. Ini akhirnya menjadi satu stail arahan Cameron. Cahaya biru itu melambangkan peningkatan Cameron daripada tiga ‘degree’ ataupun tahap martabat Freemasonri yang lebih dikenal sebagai tahap kebiruan yang memungkinkan kenaikan seseorang ke tahap yang lebih tinggi yang dikenali sebagai ‘York Rite’.
Salah satu watak dalam The Terminator telah menggambarkan peralatan jentera sebagai satu order kebijaksanaan yang baru ( the new order of intelligence), Dari sinilah munculnya frasa “Order baru Dunia”. Simbol yang paling menyerlah ialah nama pengedar filem tersebut. Walaupun Cameron berkerjasama dengan Hemdale dan HBO untuk membikin filem tersebut, pengedaran filem itu telah dilakukan oleh Orion Pictures. Orion adalah simbol Osiris, satu dewa Mesir kuno yang melambangkan kecerian dan kesuburan. Rakan setara Osiris adalah Isis, satu dewi Mesir kuno yang melambangkan Dunia. Kedua-dua lambang dewata ini adalah simbol pemujaan Freemasonri yang dilakarkan dengan lambang sesiku dan kompas – square and compass). Inilah lambang Freemasonri. Sesiku itu melambangkan ‘Isis’ dan kompas melambangkan ‘Osiris’. Sebiji bintang yang diberi nama Sirius adalah juga simbol Isis. Kerana itu ahli Fremasonri amat mempercayai betapa mereka adalah warisan yang dilahirkan daripada keturunan Sirius.
Tujuan membenarkan Orion mengedarkan ‘The Terminator’; ialah untuk menggunakan segala hasil kerjaya Dr. Cameron dalam pembikinan filem James Cameron. Filem itu dibikin untuk menonjolkan mesej terselindung untuk menyediakan pemikiran rakyat secara pukauan dan helah agar menerima kedatangan teknologi tinggi yang akan menjajah dunia di masa hadapan. Sesiapa yang menolak mesej ini akan dihapuskan. Ketika Cameron secara tidak sedar menerima bantuan kewangan daripad konsortium untuk pembikinan filem ‘The Terminator’ dia telah menyediakan dua skrip filem lagi.: ‘Rambo: First Blood Part II’ dan ‘Aliens’. Jodol ‘First Blood part II’ daripada filem Rambo itu adalh satu simbol betapa Cameron telah naik setingkat lagi martabatnya dalam mencapai tahap ‘York Rite’. Pembikinan ‘The Aliens’ pula merupakan satu usaha menyediakan penonton agar menerima kaedah manipulasi minda mengikut teknologi MK-ULTRA.
Setelah berjaya dengan ‘The Terminators’ Cameron telah mengarahkan ‘The Aliens’ dengan memulakan produksi di England pada tahun 1985. Penggambaran di England di itu dilaksanakan untuk membolehkan Cameron menerima penganugerahan York Rite di bandar York ketika penggambaran dihentikan untuk sementara.
Filem ‘Aliens’ adalah sambungan daripada ‘Alien’ sebuah filem bikinan tahun 1979 yang menceritakan kisah perantau daripada bumi mencari planet lain untuk tujuan mencari hasil bumi. Ketika tiba di sana mereka telah diserang oleh penghuni yang mempunyai darah yang mengandungi asid. Mereka bertembung dengan serangga dan parasit yang menyerupai ular ketika kecil yang menggunakan manusia sebagai hos dan kemudiannya memusnahkan manusia itu dengan cara tersembul keluar daripada dada manusia yang diseranginya. ‘aliens’ telah diedarkan untuk tayangan dalam tahun 1986. Filem ini telah mengaut keuntungan yang tinggi bagi filem yang ditakrifkan ‘R’. Ia telah memenangi hadiah oscar bagi Kesan Visual yang Baik dan Kesan Bunyi Yang Baik. Amat menyerlah sekali, kemenangan yang dicapai oleh filem ini adalah hasil kajian manipulasi minda. Inilah kesannya usaha memberikan ingatan kepada manusia agar sanggup bersatu ketika menghadapi serangan daripada dunia luar dengan cara memaksa mereka bersatu padu.
Sebaik sahaja Cameron selesai membikin filem itu dia telah menerima York Rite daripada Fremasonri dan akhirnya melangkah ke tahap Scottish Rite pula. Eloklah dicatatkan di sini bagaimana dalam waktu yang sama di antara 1985 hingga 1987 Presiden Ronald Reagan yang menerima taraf 33rd Degee mason, telah membuat beberapa kenyataan umum secara kiasan akan bencana ancaman luar yang memerlukan dunia ini bersatu padu.
Sebelum Ronald Regan menjadi Gobenor California, dia dan isterinya telah menyaksikan satu UFO (piring terbang) yang meluncur di sebuah lebuhraya di Hollywood ketika mereka dalam perjalanan untuk makan malam dengan beberapa teman mereka. Regan dan isterinya telah terlewat tiba selama satu jam. Mereka telah menunjukkan perasaan yang terganggu sambil menceritakan pengalaman yang mereka lalui. Inilah yang merobah pandangan Regan terhadap masadepan dunia ini dan mempengaruhi aksi mereka dan cara mereka mengeluarkan kenyataan.
Kenyataan Regan terhadap ancaman daripada dunia luar telah menjadi sebahagian ucapannya pada 4 Disember 1985 di Fallston High School di Maryland.. Regan telah menceritakan pengalamanya berbincang secara persendirian selama lima jam dengan Perdana Menteri Soviet, Gorbachev. Regan telah menceritakan betapa dia mempengaruhi Gorbachev agar memikitkan akan bencana serangan daripada makhluk asing daripada planet yang lain.
Pada 21 Septrember, 1987; Regan telah berucap kepada Congress seperti berikut: “Dalam
ketaksuban kita terhadap antagonisma masakini, kita mudah terlupa akan cara menyatupadukan masyarakat dunia sejagat. Mungkin kita memerlukan satu bentuk ancaman daripada dunia luar untuk menyedari kepincangan kita ini. Saya kerap memikirkan betapa mudahnya perbalahan kita itu lesap kalau kita menghadapi ancaman daripada dunia luar.”
Memang ada sesuatu yang begerak ketika itu. Bukan sahaja dalam filem bikinan Cameron malahan juga di kalangan kerajaan dunia seluruhnya. Terdapat projek filem yang lain bikinan Cameron yang berjodol ‘The Abyss’. Filem ini mengisahkan satu kumpulan penggerudi minyak yang berjaya mengesan satu kapalselam berjanakuasa nuklear yang tenggelam. Sewaktu mereka cuba menyelamatkan kapalselam itu gelagat mereka telah diperhatikan oleh makluk pintar daripada dunia luar. Mesej filem itu mahukan makhluk bumi ini bersatu ataupun mereka dihapuskan. Dalam pernggambaran filem itu Cameron telah diasuh oleh pihak konsortium dalam segala teknik yang menyerupai kaedah penderaan yang meransang para pekerja dan pelakon untuk bekerja bersungguh-sungguh ke tahap yang paling maksima. Mengikut satu laporan yang diterbitkan, Mary Elizabeth Mastrantonio telah didera sehinggakan kini beliau cuba mengelak usaha Cameron untuk mendapatkan khidmatnya lagi. Ed Harris pula enggan bercakap mengenai pengalamannya berlakon di bawah arahan Cameron. Filem ‘The Abyss’ merupakan satu filem yang mula-mula sekali menggunakan teknik ‘morphing’ (daripada perkataan morphine bererti candu) di mana komputer digunakan untuk proses animasi yang mampu memukau penontonnya. Filem ini berjaya memenangi oscar bagi Kesan Visual yang tebaik . Sekali lagi ini membuktikan penggunaan teknologi MK-ULTRA yang telah diperbaiki dengan penggunaan teknologi komputer. Filem ini telah diedarkan pada 1989. Inilah tahunnya Presiden Bush mengangkat sumpah yang diikuti oleh episod pemansuhan Tembok Berlin di Jerman. Kedua-dua perisitwa itu telah dikendalikan oleh Fremasonri sebagai satu persiapan agar dunia bersedia untuk proses globalisasi. Jodol “ABYSS” itu adalah satu lambang bagaimana Cameron menjadi semakin bergelumang dengan beberapa maklumat yang sungguh rahsia yang hanya diketahui oleh pergerakan Freemasons.
Pada tahun 1990 Cameron telah sama menulis ‘Point Break’ (Titik Perpecahan) bersama isterinya yang ketiga yang merupakan ahli Order of the Eastern Star, Kathryn Bigelow yang juga menjadi pengarah filem itu. Dia hanya menjadi penerbit eksekutif filem tersebut. “Point Break” telah diedarkan pada 1991 dan berjaya memungut US$100 juta dan mengungguli carta filem video sewaan (video rental charts). Filem itu adalah mengenai satu kumpulan pencuri yang merompak bank. Terdapat banyak gambaran bawah sadar yang digunakan dalam pembikinan filem itu yang menyebabkan ia menjadi popular.
Satu syarikat baru telah ditubuhkan oleh Cameron dan diberi nama ‘Lightstorm Entertainment’. Syarikat ini menerima bantuan kewangan daripada konsortium yang sama. Perkataan ‘Lightstorm’ adalah simbol yang menggambarkan kemunculan Terminator dalam filem ‘Terminator’. Sebenarnya ia memberi gambaran betapa Cameron telah menerima maklumat yang lebih menyerlahkan mindanya daripada Kumpulan Freemasons. Filem pertama yang dikeluarkan oleh syarikat terbaru ini adalah “Terminator 2. Judgement Day.” Inilah sambungan kepada filem ‘The Terminator”. Jodol filem terbaru ini adalah satu simbol akan peperangan yang mungkin berlansung di masa hadapan disebabkan kecanggihan teknologi. Ia berusaha menyediakan pemikiran manusia kepada kemungkinana munculnya kuasa pemusnah yang di luar keupayaan manusia mengawalnya. Filem ii telah menggunakan teknologi komputer mengikut kaedah ‘morphing’ yang membuatkan para penonton merasa seram dan menggigil. Ciri-ciri cahaya lampu industri dan silapmata telah ditonjolkan. “Lampu dan Silapmata” adalah simbol kepada rahsia yang terdapat dalam pergerakan Freemasonri.
Banyak lagi insiden pelayaran psikik telah berlaku. Salah satu peristiwa itu telah membabitkan Edward Furlong yang melakonkan peranan John Connor dalam filem itu. Dia telah dipujuk oleh sealah seorang anggota ‘consortium’ agar menggunakan satu minyak gosok ke atas bibirnya. Cameron telah mengarahkan satu aksi yang dilakonan oleh Furlong dan mengucapkan tahniah kepada Furlong kerana aksinya itu. Tetapi, secara tiba-tiba dia ternampakkan minyak gosok di bibir Furlong itu dan menjerit kepadanya kerana mencemarkan penggambaran. Akhirnya, Furlong telah membuat perakuan dalam satu temubual oleh sebuah majalah betapa beliau kebingungan untuk beberapa ketika dalam sebahagian akhir penggambaran itu. Ramai manusia yang tidak menganggotai keahlian ‘consortium’ itu sedar betapa teknik pengawalan minda telah semakin terserlah dan perlu dipengapkan. Skrip filem Cameron itu telah diubahsuai untuk menyorokkan teknologi bikinan MK-ULTRA. Salah satu contohnya ialah cara Sarah Connor diberikan rawatan kejutan elektrik ketika berada di dalam insititusi pesakit jiwa yang menggunakan teknik ‘Elektro-convulsive- therapy’.

No comments:

Post a Comment