*kepercayaan terdapat makhluk pintar yang membina peradaban di Marikh
James Cameron adalah pengarah filem blockbuster yang dikatakan terhebat dalam sejarah, Titanic. Beliau adalah seorang pengikut Freemason berpangkat 33rd Degree, satu pangkat yang tinggi dalam kedudukan elit pertubuhan syaitan tersebut. Artikel ini meneruskan siri konspirasi Dajal dalam hasilkarya James Cameron:
*UFO di Roswell
*Dua puak dalam pergerakan syaitan Freemason
*Lagi anekdot tentang mindcontrol
*dan banyak lagi…
-MO
Teori konspirasi James Cameron telah membuktikan betapa James Cameron, yang mengarahkan filem siri Terminator, Aliens, the Abyss, True Lies dan Titanic adalah seorang yang berpangkat 33rd Degree Freemason. Sudah menjadi amalan tradisi Fremasonri seseorang yang berpangkat 33rd Degree Masons diberikan keistimewaan kepada maklumat mengenai peristiwa dunia dan segala pengetahuan yang ada tetapi terlindung daripada pengetahuan umum.
Penganugerahan pangkat 33rd Degree Masons itu telah berlangsung dalam satu upacara ringkas sebelum berlansungnya Upacara Penganugerahan Academy pada Mac 23, 1998 di Shrine Auditorium, Los Angeles. Cameron telah menghabiskan masanya dengan persediaan upacara penganugerahan itu dan sekaligus mengetahu beberapa rahsia fraterniti tersebut setelah diberi bantuan oleh para pemegang 33rd Degree yang lain. Beberapa peristiwa yang baru berlaku telah membuktikan perkara ini.
Pada Khamis 5 November, di Houston, Texas telah dilangsungkan satu majlis memperkenalkan teknologi ‘TheatreVision’ di Pawagam Loews Cineplex Spectrum. Teknologi TheatreVision membolehkan seorang yang buta mendengar penceritaan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku di layar perak yang dibuat di antara pertuturan dialog dan ketika kesinambungan aksi filem dilakukan. Majlis ini telah ditaja oleh RP Internationa, sebuah kumpulan kebajikan amal yang membantu golongan buta. Tiga di antara filem yang ditayangkan adalah ‘Titanic’, ‘Quest for Camelot’ dan ‘Mulan’. Titanic mula ditayangkan tepat jam 3:33 petang.
Di antara mereka yang menghadiri majlis ini termasuklah pengasas RP International, Helen Harris. Pertubuhannya menumpukan aktiviti terhadap memerangi Retinitis Pigmentosa, satu penyakit mata. Bersamanya hadir juga James Cameron (pengarah filem) dan Presiden George Bush. Majlis ini adalah sebahagian daripada majlis ‘Theatre of Light’ tajaan TheatreVision yang memperkenalkan teknologi itu kepada semua pawagam di Amerika. Majlis amal itu disusuli dengan satu jamuan ‘banquet’ di Houston Country Club untuk Cameron dan Bush.
Apakah pentingnya kehadiran George Bush itu? Memang diketahui umum bahawa George Bush pernah menjadi pengarah CIA pada tahun 70-an. Dia menjadi timbalan presiden kepada Ronald Regan pada tahun 80-an dan memegang kerusi Presiden Amerika Syarikat daripada 1988 hingga 1992. George Bush adalah seorang yang bertaraf 33rd Degree Freemasons dan menjadi ahli majlis Perhubungan Luar dan juga Jawatankuasa Trilateral, selain menjadi seorang ahli Harvard Fraternities, yang lebih dikenali sebagai ‘Skull and Bones’ dan ‘Scroll and Key’. Dalam Teori Konspirasi James Cameron itu ada satu bukti yang menyerlah di mana teknologi pengawalan minda yang dicipta oleh MK-ULTRA dan dimajukan oleh CIA pada tahun 50-an telah diselitkan dalam semua filem Cameron sejak dia mulakan kerjayanya sehinggalah masakini.
MK-ULTRA telah dipupuskan pada akhir 1973 atas arahan pengarah CIA yang bernama Richard Helms. Apabila Helms berhenti di CIA, George Bush telah dilantik menjadi pengarah pertubuhan itu ketika Gerald Ford menjadi presiden Amerika pada tahun 1974. Mengikut sumber Freedom of Information Act, Geroge Bush telah bertindak mengumpulkan fail bersangkutan dengan MK-ULTRA, di mana catatan mengenai teknologi pengawalan minda dimusnahkan ataupun disorok dalam satu projek baru yang diberi nama MK-SEARCH.
Apabila Cameron memulakan kerjayanya dalam dunia perfileman beliau berusia 30 tahun di akhir 70-an. Dia sudah pun menjadi ahli Freemason sejak berumur 21 tahun, mungkin disebabkan desakan bapanya Phillip Cameron. Oleh kerana pembiayaan filem Cameron itu dilakukan oleh satu kumpulan Freemasons, adalah logik untuk memasukkan maklumat mengenai teknlogi MK-ULTRA itu. Apatah lagi pada ketika itu Pengarah CIA yang bertaraf 33rd Degree Masons adalah seorang insan yang bernama George Bush.
Perkara ini membawa imbauan fikiran kita kembali ke Houston Texas pada 5 November, 1998 di mana filem ‘Titanic’ ditayangkan bertepatan 3;33 petang. Waktu tayangan itu menyerlahkan simbol 33rd. Degree Masons. Mengikut Helen harris, ‘Titanic’ merupakan filem pertama yang ditayangkan di Theatre Vision di mana pengarah filem membuat ulasan akan usahanya itu. Di dalam Teori Konspirasi Cameron dulu ada tercatat maklumat bagaimana Dr. Donald Ewen Cameron, pengasas MK-ULTRA telah merekodkan suaranya dan memainkan rakaman suara itu sebagai satu cara mengawal minda. Apakah disebabkan itu makanya dalam filem ‘Titanic’ suara latar telah digunakan untuk mengawal minda juga?
Pawagam kepunyaan Theatre Vision telah menyediakan kemudahan penggunaan ‘headphones’ istimewa untuk penonton yang buta sebagai kemudahan untuk mereka mendengar suara latar yang memberikan penceritaan ke atas filem itu. Harris telah mencatatkan bagaimana orang yang tidak buta telah menggunakan alat pendengar yang khas itu tanpa mahu menanggalkannya. Mungkin, inilah satu klu betapa kuasa suara ‘subliminal voice patterns’ telah diperkenalkan dalam teknologi ini. Apakah kerana ini makanya George Bush menghadirkan dirinya dalam majlis itu? Apakah kerana beliau berminat menilai kesan pengawalan minda siri baru ke atas orang awam yang tidak menyedarinya?
Seterusnya, memang dalam perencanaan Theatre Vision untuk menggunakan teknik yang sama pada semua filem di pawagam dan video. Harris telah menggambarkan betapa pengenalan teknologi ini sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Kerana itu Harris telah dinaikkan pangkat menjadi ahli ‘Order of the Eastern Star’ yakni satu penghormatan dalam pertubuhan wanita kumpulan itu. Adaptasi cara niaga perfileman yang memenuhi kehendak golongan yang buta dalam menikmati keseronokannya adalah satu usaha yang baik. Tetapi cara teknologi itu diputarbelit oleh 33rd Degree Masons seperti George Bush sebagai satu cara menyediakan fikiran dunia kepada kemunculan ‘New World Order’ adalah sesuatu yang tidak mudah diterima. Freemasonri adalah dianggotai oleh dua kumpulan besar. Satu dikenal dengan nama ‘The Law of One’ (Hukum Yang Satu) dan yang satu lagi dikenal dengan nama ‘The Sons of Belial’ (Anak-pinak Belial). Usaha menguasai masa hadapan dunia memang menjadi satu pertarungan antara dua kumpulan ini. James Cameron adalah ahli kumpulan Law of One (LOU). Di dalam teori konspirasi itu terdapat bagaimana di tahap awal kerjaya perfilemannya dia telah dipengaruhi oleh kumpulan Sons of Belial (SOB). Ketika dia menyediakan skrip filem ‘Strange Days’, penyelidikan yang dilakukannya telah menyerlahkan usaha manipulasi SOB sehingga membuatkan beliau berpatah balik untuk meyakini pergerakan LOU. Tindakan George Bush telah meyakinkan pihak mana yang perlu disokongnya. Beliau telah membantu memusnahkan rekod dan mengubahsuai fakta mengenai pengwalan minda oleh MK-ULTRA di tahun 70-an ketika beliau menjadi pengarah CIA. Bush memang pernah dianggap telah melibatkan dirinya dalam penyeludupan dadah daripada Amerika Tengah ke Amerika Syarikat. Usaha itu dilakukan ketika tercetusnya skandal Iran/Contra pada 80-an dulu. Beliau juga pernah melafazkan perkataan ‘New World Order’ di hadapan seantero dunia. Memang sah beliau adalah ahli kumpulan SOB.
Salah satu maklumat penting alam Teori Konspirasi Cameron itu ialah penggunaan teknologi MK-ULTRA dalam pembikinan filem untuk mencerna minda manusia kepada kemunculan makhluk asing dari dunia luar. Ketika itu ramai manusia yang terlalu taksub akan cerita piring terbang selepas berlakunya peristiwa sebuah piring terbang daripada dunia luar yagn terhempas di Roswell, New Mexico pada tahun 1947. Secara kebetulan pula ketika itu, Joseph McCarthy terlalu taksub dengan teori pengaruh ideologi komunis. Sedangkan pada waktu yang sama MK-ULTRA sedang membuat penyelidikan ke atas pengawalan minda ke atas manusia yang dijadikan bahan eksperimen di makmal CIA di Canada. Mereka sedang mencerna satu teknik pengawalan minda untuk mempersiapkan menusia kepada kedatangan makhluk asing yang akan menjajah dunia dengan satu order baru seperti yang dikhayalkan oleh kumpulan SOB dalam pertubuhan Fremasonri itu.
Pada March 1997, satu kapal angkasa daripada dunia luar muncul di angkasa Phoenix Arizona. Fenomena ini lebih dikenal dengan nama ‘Pheonix Lights’. James Cameron yang telah dianugerahkan taraf 32nd Degree Freemasons di Fremasonic Lodge di Phoenix di waktu itu telah diberi pengajaran akan munculnya peristiwa tersebut yang akan menggoncang Phoenix dan juga dunia. Cahaya lampu yang muncul itu telah diperlekehkan oleh kumpulan SOB sebagai ‘military flares’ (tembakan cahaya api tentera). Memang menjadi satu taktik menyorokkan kedatangan makluk luar sebagai eksperimen ketenteraan, seperti yang pernah dimulakan ketika terhempasnya kapal angkasa di Roswell pada tahun 1947 dulu.
Peristiwa di Phoenix itu telah didedahkan kepada pertubuhan Fremasons sebagai kedatangan makhluk asing yang akan kemusnahkan bandar Phoenix dan menyebabkan perubahan persekitaran ke seluruh dunia. Sebagai ahli yang bertaraf 32nd Degree, James Cameron memang tidak berhak mengetahui maklumat ini. Kerana itu beliau telah dinaikkah pangkat kepada 33rd Degree dalam satu majlis yang tidak formal. Penganugerahan pangkat itu dilakukan dalam satu bilik yang kecil sedangkan para selebriti dan artis sedang memenuhi dewan besar untuk majlis pengumuman hadiah akademi. Cameron dijangkan menjadi ahli 33rd Degree secara formal di majlis The Supreme Council 33 di Temple, Washington DC pada harijadinya. Cameron telah mengucapkan satu kiasan akan apa yang baru diketahuinya ketika menerima Oscar kemenangan Filem Terbaik bagi filemnya ‘Titanic’. Dalam ucapan penerimannya itu beliau telah menyebut betapa ‘Masa depan yang samar dan Tidak Keruan yang menyebabkan kehidupan menjadi lebih berharga.’
Kemunculan kapal-angkasa dunia luar telah dikesan oleh SETI (Search for Extra Terrestrial Intelligence) Institute yang dapat mengesan signal dari hala sebuah bintang yang diberi nama EQ Pegasi. Pengesanan yang berlaku pada 1998 ini dilakukan terhadap bintang itu yang berada dalam gugusan Pegasus. Pada awalnya SETI Institute itu telah tidak memperdulikan signal tersebut sehinggalah seorang astronomer radio amatur yang bernama Paul Dore (di England) dapat mengesan signal yang sama. Beberapa peristiwa yang pelik-pelik telah menyusul. Satu sidang akhbar yang telah diatur oleh SETI Institute telah dibatalkan secara tidak semena-mena, satu kenyataan daripada SETI telah menafikan signal itu dan diikuti pula dengan satu kenyataan menyokong teori akan wjudnya signal itu. Kemudian, Mr.Dore telah diganggu oleh NSA dan satu maklumat songsang telah diedarkan kepada pihak media telah dapat dipintas dengan menggunakan teknik Simbol Fremasonri oleh Richard C Hoagland daripada Enterprise Mission. Episod ini dikenali dengan nama EQ Pegasus Saga.
Hoagland telah membuat andaian betapa nama pegasus adalah bersamaan dengan simbol kematian dan dilambangkan dengan lakaran ‘seekor kuda berkepak’. Hoagland telah menerangkan betapa beberapa lakaran simbol ini telah digunakan sebagai sebahagian logo perniagaan termasuklah yang digunakan oleh Mobil Oil.
Teori Konspirasi James Cameron (TKJC) telah mencatatkan betapa jodol filem ‘Terminator 2: Judgement Day’ adalah satu simbol satu bencana yang akan muncul tanpa ada penghalangnya. Filem iu telah diedarkan di Amerika Syarikat oleh Tri-Star Picures. Bayangkan apakah logo syarikat filem itu? Seekor kuda putih yang berkepak. Secara simboliknya ia bererti ‘Pegasus’ ataupun kematian.
Hoagland telah meramalkan dalam satu majlis di luar bandar Phoenix, Arizona pada 7.12.1998. Lokasi yang tepat ialah di pertengahan Arizona tiga puluh batu sebelah barat Peson di puncak gunung Turret yang terletak di sebelah timur lebuharaya State Route 17. Mengikut kajian Hoagland, makhluk asing ini adalah kumpulan yang sama yang membina Kompleks di Cydonia di Marikh dan juga apa yang dikenal sebagai ‘The Face of Mars’. Mereka mendarat di bumi untuk melawat satu bandar kuno Phoenix yang terletak di dasar bumi di bawah kotaraya Phoenix yang sedia ada.
Seperti yang tercatat di muka surat Ketiga TLJC itu, makhluk asing ini adalah kumpulan yang terselamat ketika berlakunya letupan kepada sebuah planet yang terletak di antara Mars dan Jupiter. Planet ini dikenal dengan nama ‘FENEX” yang seakan nama asal ‘Phoenix’. Makhluk inilah yang mengasaskan satu tamaddun kuno yang dikenal dengan panggilan ‘MU’ di bahagian barat-laut Amerika.
Usaha risikan Fremason di NASA dan dalam pentadbiran kerajaan Amerika, membolehkan Hoagland memberikan gambaran kedatangan makhluk asing ini sebagai kemunculan makhluk asing yang akan melancarkan hari kemerdekaan Phoenix Arizona. Lantas, seluruh dunia akan terjaga kepada satu fenomena yang menojolkan kuasa SOB di kalangan pertubuhan Fremasonri yang memang berusaha untuk membawa satu order baru dunia yang akur kepada penaklukan mereka.
Seluruh dunia telah dipersiapkan untuk menerima fenomena ini sejak bertahun lamanya dengan cara penyediaan satu Kompleks yang membabitkan penyertan pihak militari-perindustrian-hollywood (Military/Industrial/Hollywood Complex). Perkara ini telah dibuktikan dengan adanya tiga simbol pergerakan Freemasonri itu. Contohnya adalah: Terdapat dua filem terbaru: ‘Apt Pupil’ dan ‘Urban Legend’ yang diterbitkan bersama oleh dua syarikat filem, Tri-Star (Pegasus) Pictures dan Pheonix Pictures. Kedua-dua syarikat ini adalah kepunyaan Sony/Columbia Pictures. Pegasus dan Phoenix memang ada kaitan seperti yang kita tulis terdahulu. Rangkaian pawagam besar menggunakan Sony Dynamic Digital Sound (SDDS) System bagi menayangan filem mereka. Simbol dalam logo SDDS adalah ‘tetrahedral pyramid’. Piramid tetrahedral ini adalah tempat yang biasa di antara keruntuhan di Mars di bahagian Cydonia. Apabila sebuah tetrahedral piramid dilakar dalam satu sfera (sphere) di mana satu penunjuk mengarah ke kutub selatan. Tiga penunjuk lain dilakar pada 19.5 degree latitude (garis lintang) di arah bertentangan (Utara). Mengikut Hoagland, bentuk tetrahedral ini telah dijadikan simbol beberapa agensi pertubuhan kerajaan Amerika, sebuah petubuhan kuno Mesir dan juga salah satu simbol Freemasonri.
Sistem Sony Dynamic Digital telah digunakan dalam rangkaian pawagam kepunyaan Leows Cineplex Chain of Theatres. Penggunaaan teknologi MK- ULTRA dalam pembikinan filem telah disaksikan oleh George Bush dan James Cameron yang merupakan 33rd Degree Masons di Leows Cineplex 9 Theatre di Houston, Texas. Teknologi itu merupakan satu cabang yang dicipta daripada segmen Military/Industril/Hollywood Complex yang menggunakan sistem SDDS itu. Malahan perkataan Hollywood itu sendiri adalah sungguh simbolik.
Perkataan ‘Hollywood’ merujuk kepada satu ‘wood’ ataupun kayu daripada pokok yang suci (holly tree) yang dijadikan sebagi satu tongkat sakti dalam ritual mistik. Apakah satu kebetulan apabila sebuah syarikat kesan-khas perfileman yang terbesar di hollywood diberi nama ‘Light & Magic’? Ini menunjukkan adanya persekongkolan antara Kerajaan Amerika dengan industri perfileman yang sungguh kompleks membabitkan pergerakan Fremasonri yang mempunyai kedudukan yang paling tinggi sekali.
Dengan terdedahnya geometri Tetrahedral ini yang bermula dengan penglibatan makhluk asing di Mars dan Kompleks Cydonia, apakah menjadi satu tekateki lagi apabila James Cameron mahu memulakan satu siri television melakui FOX Network mengenai Mars? Hoagland pernah berkata: “Terlalu banyak peristiwa yang secara kebetulan dan secara kebetulannya…” Bilakah agaknya secara kebetulan itu dihentikan dan dianggap sebagai satu kenyataan dalam anjakan paradigma? Dengan lain perkaaan, persekongkolan yang kompleks itu telah melonjakkan nama James Cameron menjadi ahli bertaraf 33rd Degree Freemason dan akan digunakan untuk membawa satu suasana order baru dunia ataupun Pax Humana.
Pages
▼
No comments:
Post a Comment