Pages

Sunday, June 13, 2010

PERSOALAN ADAKAH SELAWAT SYIFA BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM?




Selawat Syifa’ bercanggah dengan Aqidah Islam? Maka sesatlah ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya. Kafirlah hukumnya kerana sudah bertentangan dengan AQIDAH ISLAM. Perkara yang disentuh oleh puak-puak tertentu ini bukan lagi menyentuh mengenai perkara furuk (cabang) Tetapi menyentuh AQIDAH.

Tuduhan tanpa hak ini telah dijawab oleh Darussyifa’ Online iaitu :

Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah iniSumber
1 :http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rmSumber
3:http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm
Sedikit Ulasan:

Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;
Terjemahan:

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut;di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.
Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam
Sumber : Webmaster Darussyifa’
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :

Dalam lafaz selawat tersebuti perkataan solat itu berada pada kedudukan maf’ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz selawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:

“Ya Allah! selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu selawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan apa yang boleh menjadi ubat baginya (hati)… sehingga akhir.”

Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad saw, tetapi selawat yang diucapkan itu.
Oleh kerana membaca selawat itu adalah sejenis amal soleh, maka ia termasuk dalam jenis tawasul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syara’ dengan maksud ini. Maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat penyembuh.

Dan boleh ditakdirkan juga antara lafaz muhammadin dan lafaz tiib itu dengan dengan sifat yg telah dihazafkan mausufnya..

Fataammal ya akhi.. wink

Rujuk : Forum DigitalMukmin Ustaz Azhar

Siapakah antara ulama dan tok guru yang mengamalkan SELAWAT SYIFA’ ini ?
Selain dari sekian ramai guru pondok, ulamak-ulamak nusantara, Tok Guru Nik Abdul Aziz pun mengamalkannya. Lihatlah bagaimana puak2 tertentu telah membuat fatwanya iaitu menghukum selawat Syifa’ ini bercanggah dengan aqidah. Ia sebenarnya telah membuat hukuman sesat dan mungkin juga kafir.

Apa kata hadith mengenai mereka yang menghukum sesat, syirik dan kafir?
Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya “

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.”

Lihatlah betapa besar implikasi orang yang menghukum kafir, musyrik tanpa hak ke atas umat Islam. Kepada mereka yang mengikut berfikrah sedemikian marilah kita islah diri. Selidikilah dan kajilah dahulu sebelum membuat apa-apa pernyataan. Kerana titik tolaknya di sini adalah PENGUASAAN BAHASA ARAB di dalam memahami Selawat Syifa’ tersebut.
Sunting dan siar semula oleh Pusat Rawatan Islam As-Syifa' Melaka : 013-2006363

No comments:

Post a Comment