Pages
▼
Sunday, February 21, 2010
Penderaan Keatas Mangsa ISA.
saari_sungib
Pada hari ini aku berkesempatan mengikuti majlis ceramah oleh ADUN Ulu Klang iaitu YB.Shaari Sungit.Ternyata banyak cerita tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dapat diketahui dan tak mungkin dapat kita ikuti dimedia milik kerajaan .
Banyak perkara-perkara yang baik yang dibuat kerajaan pakatan Rakyat Selangor diterangkan, tapi malangnya tak ramai rakan-rakan umno datang untuk mendengarnya. Mungkin ada yang mencuri dengar didalam gelap aku tak pastilah tu. Bagi aku penerangannya cukup jelas dan perbandingan kerajaan BN dahulu dengan PR sekarang cukup jelas serta banyak penyelewengan BN semasa di bawah MB Khir Toyo disentuh. Masaalah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga disentuh.
Bagi rakan-rakan umno, seandainya mereka sudi mendengar terus cerita yang disampaikan oleh penceramah-penceramah khususnya dari PR tentunya minda mereka akan berubah, dan corak kepimpinan negara akan lebih berhati-hati dalam menentukan dasar bagi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
Sebagai seorang yang pernah dua kali ditahan dibawah ISA beliau turut menceritakan pengalaman beliau serta rakan-rakan lain yang terlibat yang pernah didera semasa ditahan.
Mangsa dibogelkan,mangsa dipaksa minum air kencing SB, kemaluan mangsa diikat dan diikat pada kipas seterusnya kipas dipusingkan. Mangsa dipaksa makan najis anjing dan berbagai lagi bentuk penderaan yang dikenakan kepada tahanan ISA.
Shaari menegaskan mengapa kerajaan perlu mengekalkan undang-undang zalim yang ditolak oleh Al-Quran dan Hadis. Risalah hapuskan ISA turut diedarkan kepada hadirin.
.mns..
No comments:
Post a Comment