Pages

Sunday, February 21, 2010

Kejahatan UMNO masa lalu tak akan dilupakan

Rakyat mangsa - Mahathirisme phobia

MAHATHIRISME PHOBIA - MENJADIKAN RAKYAT MARHAEN MANGSANYA

Hakim gula-gila "hacks" masih menjadi pilihan Mahathir@Mahafiraun apabila tuntutan para peguambela BA membawa 7 orang tahanan politik ISA kemahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan "palsu & fitnah " Ketua Polis Negara, Mahathir@Mahafiaun , Pak Lah ……. ditolak mentah-mentah oleh hakim kesayangan Mahathir@Mahafiraun …….!!!!!!

Hari ini rakyat marhaen dapat melihat betapa zalim dan rakusnya regim Polis Dr. Mahathir (PDRM) melakukan segala bentuk paksaan serta kezaliman terhadap 7 orang tahanan politik ISA ini ……!!!!! Perbuatan menolak tuntutan peguambela BA … telah menunjukkan sesuatu perkara tidak kena telah berlaku terhadap 7 orang tahanan politik ISA ini …..??? mengikut sumber dalaman Bukit Aman …….??????

1. Sdr .Ezam kini berada dalam bilik yang boleh menyebabkan fikiran serta mindanya terganggu lantas boleh mengakibatkan ia bertindak diluar batasan kemanusiaan. Dan pihak Polis Dr. Mahathir (PDRM) amat berharap Sdr.Ezam akan menjadi manusia luar biasa apabila dibebaskan nanti….???? …. Haknya untuk menunaikan tanggung-jawap sebagai orang Islam dinafikan didalam sana…??

2. Sdr. Saari Sungib juga diletakkan dalam bilik yang boleh menganggu emosinya dalam usaha pihak PDRM mensabitkan tuduhan " palsu & fitnah " seperti dakwaan Ketua Polis Negara. …. Haknya untuk menunaikan tanggung-jawap sebagai orang Islam dinafikan didalam sana…??

3. Sdr. Tian Chua …. memang sejak dari dulu lagi menjadi musuh kepada pihak SB dan FRU, kerana keberanianya mempertahankan Gerakan REFORMASI ….. tekanan demi tekanan diberikan kepada Sdr. Tian Chua agar ia mengaku atas tuduhan yang didakwa oleh Ketua Polis Negara.

4. Sdr. Raja Petra …. Kini terus ditekan dan dipaksa dari tindakkan fizikal sehingga mindanya cuba diganggu gugat agar mengaku sebagai perantaraan antara agen asing dan KeADILan… Haknya untuk menunaikan tanggung-jawap sebagai orang Islam dinafikan didalam sana…??

5. Sdr. Hishamuddin Rais ….. telah menjadi dendam kesumat Mahathir@Mahafiraun .. sejak dari peristiwa Baling lagi … hari ini dendam kesumat itu akan dapat di laksanakan .. dengan memaksa dan menjadikan Sdr. Hishamuddin sebagai kambing hitamnya ….. untuk mengambil tindakkan terhadap KeADILan dan pemimpinya……. Haknya untuk menunaikan tanggung-jawap sebagai orang Islam dinafikan didalam sana…??

6. Sdr. Gopala … insan yang benar-benar telah membuka minda masyarakat India….??? Sdr. Gopala juga dipaksa dan didera untuk mengaku terbabit secara lansung dengan dakwaan Ketua Polis Negara.

7. Sdr. Ghani …. Satu-satunya mangsa ISA yang tidak dikenali ramai … tetapi berperanan penting di LUNAS …. Ini telah menyebabkan MIC@BN tumbang disana … sehingga hari ini dia terus dipaksa menjadi kambing hitam seperti Sdr.Gopala….. Haknya untuk menunaikan tanggung-jawap sebagai orang Islam dinafikan didalam sana…??

Tindakkan diluar batas kemanusiaan kini berlaku terhadap 7 orang tahan politik ISA ini ……??? Mata sentiasa ditutup dan digari jika berlaku perpindahan tempat …. Mungkin tindakkan terhadap DSAI dalam tahanan Polis berlaku keatas 7 orang tahanan politik ISA ini…..?????

Seperti yang dimaklumkan oleh sumber dalaman ……???? Jiwa dan minda 7 tahanan politik ISA ini masih mampu bertahan serta menidakkan segala tuduhan "palsu & fitnah" Mahathir@Mahafiraun ……..???? kita amat berharap mereka mampu bertahan sekurang-kurangnya 60 hari dari hari mereka ditahan …… tetapi Allah swt yang menentukan segala-galanya …. Kekuatan manusia tidak seperti kekuatan Allah swt …. Selama manakah mereka mampu bertahan…..???? Insya Allah, 7 tokoh REFORMASI ini pasti berpegang pada kata-kata keramat DSAI " JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN, JIKA TAKUT HADAPI RISIKO " .

Semua rakyat marhaen adalah diseru agar terus memberikan tekanan kepada Kerajaan Zalim UMNO@BN …. Dengan menuntut 7 orang tahanan politik ISA ini dibebaskan tanpa syarat dan pihak Kerajaan UMNO@BN mengaku dengan rasminya bahawa tuduhan "palsu & fitnah" yang dilemparkan adalah berniat jahat serta tidak berasas.

Sebagai rakyat marhaen yang merdeka dan bermaruah ….. kita jangan terperangkap dengan provokasi pihak POLIS dan Kerajaan UMNO@BN …… dengan segaja menangkap 7 orang Tokoh REFORMASI ini …… harapan mereka adalah :-

1. Rakyat Marhaen bangkit dan merusuh serta merosakkan harta benda awam ….. dengan ini mudahlah mereka melakukan pertuduhan " palsu & fitnah " terhadap 7 orang tahanan politik ISA ini.

2. Rakyat marhaen menjadi kelam-kabut serta berada diluar pertimbangan ….. sehinggakan sanggup melakukan pertumpahan darah ……. dengan ini tindakan lebih keras dan zalim boleh diambil keatas rakyat marhaen serta pemimpin BA.

3. Rakyat marhaen menjadi takut serta gelabah …… dengan ini mereka akan mudah mengekang gerakan REFORMASI serta kebangkitan rakyat marhaen dan BA.

4. Keadaan Negara menjadi kucar-kacir …….. dengan ini segala perancangan mereka melaksanakan MAGERAN akan terhasil … diwaktu ini segala dokumen salah laku kroni serta anak-anak mereka akan dimusnahkan serta-merta atas alasan keselamatan atau tindakan orang ramai…..???? dengan ini terselamatlah kroni dan juak-juak UMNO@BN serta pentadbiran negara akan dibentuk dari A semula….!!!

5. Dengan tercetusnya kemarahan rakyat marhaen terhadap tindakan kerajaan menahan 7 orang Tokoh REFORMASI ini ….. serta menjadikan keadaan kelam-kabut ….. pihak Kerajaan UMNO@BN dan POLIS akan mengambil kesempatan menjatuhkan imej BA serta pemimpinya …. Dan pelbagai tekanan serta sekatan akan dikenakan dalam apa jua aktiviti BA atas alasan keselamatan serta perpaduan kaum….???

Segala tindakkan Kerajaan UMNO@BN serta pemimpinya kini adalah bersifat memerangkap rakyat marhaen serta pendokong BA ….. setiap langkah mereka kini tidak ikhlas serta mempunyai niat buruk dan jahat dalam memastikan kuasa memerintah berada ditangan mereka. Berbagai helah dan tipu-muslihat mereka cuba lakukan …. Walaupun nyawa dan harta rakyat marhaen sebagai galang-gantinya sebagai satu kuasa mutlak terhadap REGIM ZALIM MAHATHIR@MAHAFIRAUN .

Provokasi-provokasi mereka melalui media atau tekanan terhadap rakyat marhaen, harus kita tangani secara rasional serta berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah ….. jika tindakkan luar pertimbangan datangnya dari kita … cubalah kita bersabar serta berfikiran secara rasional … elakkan tragedi atau keganasan … kerana ini akan memerangkap kita semula ……???? Sila gunakan lunas-lunas AGAMA dan Perlembagaan Negara dalam menangani segala masalah yang kita hadapi…..???? jangan kita ikut sikap dan fahaman Kerajaan UMNO@BN yang rela mengorbankan rakyatnya sendiri…..!!!!

Teruskan program dan aktiviti BA seperti biasa …..!!!!! elakkan diri dari mengikut rentak UMNO@BN …. Sila gunakan taktik dan cara BA ….. biarkan UMNO@BN dengan imej mereka … kita teruskan IMEJ BA kita …. Itulah kekuatan yang ada pada kita yang amat menakutkan UMNO@BN serta pemimpin mereka…..!!!!

Persetankan Mahathir@Mahafiraun , Pak Lah, Kerajaan BN, Pemuda UMNO@BN , Wanita UMNO@BN, PUTERI UMNO@BN ( AZALINA & ERRA ) ………. Kita wajib berbangga dengan PUTERI REFORMASI kita NURUL IZZAH ….. dunia telah mengiktiraf karisma serta kebolehan PUTERI REFORMASI kita …… Kita wajib berbangga dengan Bonda Mithali kita … Allahyarhamah Mak Yan …. Yang berjuang mempertahankan prinsip serta tanggungjawap seorang ibu kepada anak-anak dan zuriatnya ……walaupun nyawa berpisah dari jasad .. roh dan semangat juangnya akan diwarisi oleh manusia yang layak di panggil pejuang seperti DSAI …. Kita wajib berbangga kepimpinan BA kita terdiri dari mereka bertaraf Ulama dam Professional serta rakyat marhaen yang faham erti kemerdekaan serta perjuang tulen serta telus.

SILA SEBARKAN KEPADA PARA REFORMIS DAN PENDOKONG BA
" JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN, JIKA TAKUT HADAPI RISIKO"

Allah Swt Sentiasa Bersama Orang-orang Yang Beriman dan Bertaqwa Kepadanya.

Allah Hu Akbar…!!!! Allah Hu Akbar…..!!!! Allah Hu Akbar…..!!!!!
Reformasi…..!!!! Reformasi……!!!! Reformasi……!!!!!

Rakyat Di Jajah UMNO@BN (RDJU) - 17/4/2001.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

Sesunguhnya Umnolah parti perkauman, bukan Pas, bukan Keadilan dan bukan PRM. Parti-parti tersebut terbuka kepada semua kaum dan ia boleh dipimpin oleh sesiapa sahaja mengikut dasar sesuatu parti itu, dan kesemuanya tidak menjadikan kaum sebagai asas pertimbangan dalam membuat sessuatu dasar atau keputusan.

Masihkah Paklah tidak faham apa itu assobiyyah?

AlKundangi,
18.4.2001

No comments:

Post a Comment