Pages
▼
Monday, June 27, 2016
Subhanallah...Bacalah Kisah Dua Orang Saleh dan Seguci Emas - SEPUTAR INFORMASI
Subhanallah...Bacalah Kisah Dua Orang Saleh dan Seguci Emas - SEPUTAR INFORMASI:
"Kisah dua orang saleh dan seguci emas ini akan memberikan pelajaran hidup bagi kita untuk menjadi pribadi yang lebih baik lagi. Kisah ini terjadi sebelum masa keislaman dimana hidup dan orang saleh yang begitu wara.
Mereka memiliki sifat yang amanah, jujur dan tidak mudah terperdaya oleh perkara duniawi, seperti harta. Inilah kisahnya!
Suatu ketika dua pria saleh itu melakukan transaksi jual beli tanah. Kesepakatan antara keduanya terjalin dan kemudian mereka berpisah.
Inilah bermulanya kisah dua orang yang menolak menjadi pemilik gentong berisi emas.
Beberapa hari kemudian, pria yang membeli tanah menemui si penjual. Bukan untuk mengeluh atas tanah yang dibelinya, tapi pria itu ingin memberikan seguci emas meskipun ia sebenarnya sudah membayar lunas tanah yang dibelinya.
Ia menemukan seguci emas itu di dalam tanah yang baru dibelinya. Karena ia berpikir bahwa ia hanya membeli tanahnya saja tidak beserta seguci emas itu. Tapi ternyata si pemilik sebelumya hanya memiliki tanahnya saja.
Bahkan ia juga baru tahu jika di dalam tanahnya tersimpan seguci emas.
Si pembeli menunjukkan kejujurannya dengan mengembalikan seguci emas itu pada si penjual. Tapi si penjual itu juga menunjukkan kejujurannya dengan mengatakan bahwa ia bukanlah pemilik dari seguci emas tersebut. Si penjual mengatakan bahwa ia telah menjual tanah beserta isinya kepada si pembeli.
Inilah sikap orang saleh yang harus kita contoh.
Mereka tidak memperebutkan harta untuk mereka sendiri, melainkan mereka saling menyerahkan harta satu sama lain karena takut jika harta itu bukanlah hak mereka. Akhirnya kedua orang itu mendatangi seorang
hakim (qadhi) untuk memutuskan tentang seguci emas tersebut.
Mendengar kisah 2 orang saleh itu, sang hakim pun merasa kebingungan dan bangga terhadap kesalehan yang dimiliki kedua pria itu. Sungguh ia berpikir keras untuk mendapatkan hasil yang seadil-adilnya. Ia merasa kebingungan karena kedua pria shaleh itu sama-sama mengembalikan atau melemparkan harta ke pria lain.
Sang hakim akhirnya mendapatkan sebuah solusi, kemudian ia bertanya pada kedua pria itu apakah mereka memiliki anak. Pria pertama memiliki satu anak laki-laki dan pria lainnya memiliki anak perempuan.
Hakim itu kemudian mengatakan agar mereka menikahkan kedua putra dan putri mereka serta memberikan seguci emas itu pada mereka untuk mencukupinya. Sang hakim menyarankan pada mereka untuk bersedekah dengan seguci emas yang mereka temukan.
Kedua pria itu sungguh senang dan kegirangan atas keputusan sang hakim. Mereka kemudian menikahkan putra dan putrinya. Mereka adalah pasangan yang pas dan cocok karena merupakan anak soleh dan sholehah dari ayah-ayah yang saleh pula.
Berdasarkan kisah orang saleh di atas, kita mendapatkan pelajaran bahwa sesungguhnya harta bukanlah tujuan utama kita hidup di dunia ini. Layaknya Rasulullah yang selalu beramal shaleh dan memikirkan tujuan hidupnya, yakni Allah.
Kejujuran yang ditunjukkan oleh kedua pria itu dapat kita jadikan contoh bahwa di setiap kesempatan, meskipun itu menguntungkan atau merugikan bagi kita hendaknya kita tetap jujur karena kebohongan adalah dosa yang akan berlanjut.
Mereka berdua sangat menjaga kehalalan harta yang didapatkan, meskipun itu adalah harta yang banyak. Oleh karena itu, kita harus pastikan bahwa harta yang kita dapatkan adalah harta yang halal agar harta tersebut memberikan berkah dalam kehidupan kita.
Sudilah kiranya sahabat semua untuk menyebarkan artikel ini semoga berguna dan bermanfaat untuk yang lain
Sumber :http://www.kumpulanmisteri.com/2016/06/kisah-dua-orang-saleh-dan-seguci-emas.html"
'via Blog this'
Saturday, June 25, 2016
Lelaki Kuwait nikah empat wanita dalam sehari - Global - Sinar Harian
Lelaki Kuwait nikah empat wanita dalam sehari - Global - Sinar Harian: "DENDAM. Demi membuktikan kepada bekas kekasih dirinya masih 'laku', seorang lelaki Kuwait dilaporkan menikahi empat wanita pada hari sama.
Selain dianggap 'bertuah' oleh lelaki di luar sana, gambar-gambar lelaki berusia 28 tahun itu bersama isteri-isterinya turut menjadi viral di media sosial.
Menurut komen-komen yang didapati di media sosial, lelaki itu bertindak demikian selepas bekas kekasihnya mencari seorang wanita yang mahu mengahwininya, lapor Naij.Com News.
Bagaimanapun, lelaki kacak itu bukan hanya menikahi seorang wanita tetapi empat!"
'via Blog this'
Friday, June 24, 2016
Bas pertama angkut jemaah haji
GAMBAR fail menunjukkan bas yang didakwa pertama kali digunakan untuk mengangkut jemaah haji di Makkah.
Agensi
Jeddah: Akhbar tempatan dan rangkaian media sosial Arab Saudi kelmarin menyiarkan gambar yang mereka dakwa bas pertama mengangkut jemaah haji ke Makkah hampir 86 tahun lalu.
Kaedah pengangkutan bermotor pertama itu dimulakan secara beransur-ansur dan menggantikan unta dan keldai yang digunakan penduduk Saudi serta umat Islam dari negara lain yang menunaikan haji di Makkah dan menziarah Masjid Nabawi di Madinah serta tempat bersejarah lain di Hijaz.
Sebelum kenderaan bermotor diperkenalkan, perjalanan menggunakan unta dari negara Arab seperti Syria dan Lubnan ke Makkah mengambil masa beberapa bulan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 11:42 AM
Monday, June 20, 2016
Singa makan manusia dipenjara seumur hidup
New Delhi: Tiga singa dihukum ‘penjara’ seumur hidup kerana memakan manusia yang tinggal berhampiran hutan simpan Gir di Gujarat.
Sebanyak 17 singa di hutan simpan itu ditangkap oleh pihak berkuasa perhutanan dan hidupan liar bulan lalu, selepas tiga orang yang tinggal berhampiran, diserang haiwan buas berkenaan.
Pengarah Jabatan Hutan Gujarat, A P Singh, berkata sisa tubuh manusia ditemui dalam najis tiga singa, iaitu seekor jantan dan dua betina.
Menurutnya, singa jantan menyerang mangsa manakala dua singa betina itu turut memakan mangsa.
Menurut pegawai zoo berhampiran, singa jantan itu kini dikurung di zoo berkenaan manakala dua singa betina terbabit ditempatkan di pusat penyelamat haiwan.
Sebanyak 14 lagi singa dibebaskan kembali ke dalam hutan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 9:39 PM
2 bulan, 2 anak
SEPASANG bayi kembar Annisa yang dilahirkan selang dua bulan.
Agensi
Polewali, Indonesia: Seorang wanita yang baru melahirkan anak dua bulan lalu terkejut apabila dia tiba-tiba sakit perut sebelum melahirkan seorang lagi bayi baru-baru ini.
Annisa, 25, melahirkan bayi lelaki ketika gerhana matahari penuh pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan di sini.
Bagaimanapun, pada 7 Mei lalu, Annisa tiba-tiba sakit perut dan tidak lama selepas itu dia melahirkan seorang bayi perempuan.
Annisa berkata, beberapa hari selepas melahirkan bayi pertamanya, dia kembali kepada rutin hariannya dengan mengambil upah mencuci pinggan dan menjual kuih.
“Saya terpaksa bekerja keras untuk mencari wang kerana sudah diceraikan suami beberapa bulan sebelum saya melahirkan anak,” katanya.
Menurutnya, anak keduanya dilahirkan di rumah dengan dibantu seorang bidan kampung kerana dia tidak sempat untuk ke hospital.
“Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini.
“Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna,” jelasnya.
Sementara itu, seorang pakar di hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr Zulfatma berkata, keadaan yang dialami Annisa adalah tidak mustahil, tetapi sangat jarang berlaku.
“Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.
“Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya,” katanya.
Tambahnya, kemungkinan doktor yang menyambut kelahiran pertama Annisa gagal mengesan satu lagi bayi berada di dalam rahim wanita itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 10:07 AM
Kain dalam perut sejak 4 tahun lalu
DOKTOR menunjukkan kain yang dikeluarkan dari perut lelaki itu.
Riyadh: Seorang lelaki yang pernah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang terkejut mendapati kain yang digunakan doktor ketika pembedahan tertinggal di dalam perutnya selama hampir empat tahun sebelum ia dikeluarkan minggu lalu.
Lelaki terbabit mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Jouf, bandar di barat laut Saudi minggu lalu selepas menderita sakit perut yang teruk sejak menjalani pembedahan itu.
Imbasan yang dibuat menunjukkan terdapat sehelai kain di dalam perutnya, menyebabkan doktor mengambil keputusan melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkannya.
“Sehelai kain yang panjang dan lebar 40 sentimeter tertinggal di dalam perut pesakit oleh doktor yang melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang ke atasnya,” lapor akhbar Okaz. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 10:10 AM
Thursday, June 16, 2016
Kereta RM7.76 juta
Los Angeles: Kereta paling laju dan antara paling sedikit dikeluarkan, Lamborghini Centenario diperlihatkan kepada orang ramai di Amerika Utara buat pertama kali apabila ia dipamerkan di Los Angeles, semalam.
Hanya 40 kereta itu akan dikeluarkan dan semuanya sudah dijual dengan harga AS1.9 juta (RM7.76 juta) setiap satu.
Kereta itu yang boleh meluncur dari 0 hingga 100 kmsj dalam masa 2.8 saat serta mencecah kelajuan tertinggi 350 kmsj dipamerkan di Muzium Automotif Petersen.
Nama Centenario diambil sempena ulang tahun ke-100 kelahiran pengasas syarikat berkenaan, Ferruccio Lamborghini, yang dilahirkan pada 28 April 1916.
Dia memulakan karier dengan menghasilkan traktor sebelum beralih ke kereta sport.
Kereta itu ditunjukkan kepada orang ramai buat kali pertama pada Mac 2016 di Pameran Auto Geneva, Switzerland. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 10:30 AM
Friday, June 10, 2016
Ibu bakar anak sendiri hidup-hidup di Pakistan
LAHORE, Pakistan – Seorang ibu di Pakistan sanggup membakar hidup-hidup anak perempuannya yang berusia 16 tahun hanya kerana mangsa berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.
Kejadian itu adalah yang ketiga melibatkan ‘pembunuhan menebus maruah’ di negara Asia Selatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Zeenat Bibi, 16, dibakar oleh ibunya, Perveen Bibi di timur bandar Lahore selepas lebih seminggu pasangan itu menerima sijil kahwin, kata polis.
“Perveen Bibi membunuh anaknya, Zeenat Bibi dengan membakar mangsa hidup-hidup sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin,” kata seorang pegawai kanan polis, Haidar Ashraf.
Remaja itu berkahwin dengan seorang lelaki bernama Hasan Khan pada 29 Mei lalu.
Suami mangsa dikatakan berasal daripada etnik Pashtun, manakala Zeenat pula keturunan Punjabi yang merupakan salah satu punca ahli keluarganya tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.
Hasan Khan berkata kepada sebuah stesen televisyen, Geo News bahawa mereka kahwin lari, menyebabkan dia berat hati membenarkan Zeenat pulang ke rumah keluarganya.
Namun, dia akur selepas ahli keluarga Zeenat berjanji akan mengadakan sebuah majlis untuk meraikan pasangan itu dan tidak akan mencederakannya.
“Zeenat tidak mahu pulang ke rumahnya dan memaklumkan kepada saya bahawa dia akan dibunuh oleh ahli keluarganya tetapi bersetuju apabila salah seorang bapa saudaranya memberi jaminan keselamatannya,” kata Hasan.
Bagaimanapun selepas dua hari, katanya, Zeenat menghubunginya dan berkata bahawa keluarganya tidak menepati janji dan memintanya supaya membawa dia pulang.
“Saya berkata kepada dia supaya menunggu perjanjian lapan hari itu tetapi malangnya dia dibunuh,” ujarnya. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4B9WKuN00
Hakcipta terpelihara
Makan apa sahaja
Agensi
Beijing: Polis di China menyiasat seorang wanita kerana memberi pengaruh yang buruk dengan memuat naik gambar aksinya memakan pelbagai benda pelik seperti belut hidup, cacing dan juga mentol lampu di Internet.
Wanita itu memuat naik gambar aksinya di aplikasi siaran video terbaru China, Kuaishou dengan menggunakan nama Chihuo Fengjie yang bermaksud Feng Makan Apa Sahaja.
Feng yang turut membuat siaran video secara langsung dengan cepat menarik lebih 300,000 pengikut.
Di laman sosial Weibo, wanita itu mempunyai lebih 110,000 pengikut dan dia memuat naik lebih 30 video memakan pelbagai jenis objek.
Dalam akaun Weibo berkenaan, Feng memberitahu, dia berusia 48 tahun dan hobinya memakan benda yang tidak dimakan orang biasa.
Gambar profil wanita itu menunjukkan dia menggigit kepala belut yang masih hidup.
Selepas menjadi semakin popular, Feng mula membuat cabaran baru yang lebih berbahaya seperti memasukkan berpuluh rokok dalam mulut dan hidung serta memecahkan tembikai menggunakan kepalanya.
Apabila videonya semakin popular dan aksinya semakin berani, polis di bandar Handan, lokasi Feng tinggal mula menyiasat tindakannya.
Ketua penyiasat polis, Cao Yuyang berkata, semua video dirakamkan anak wanita itu yang berusia 24 tahun.
“Wanita ini juga dipercayai menipu dalam beberapa videonya seperti memotong duri pada pokok kaktus sebelum memakan tumbuhan itu.
“Dia juga didapati meletakkan daging mentah di bawah lidah secara rahsia serta berpura-pura memakannya,” katanya.
Polis juga memberi amaran kepada pengguna Internet supaya tidak meniru aksi wanita itu yang dianggap memberi pengaruh yang buruk.
Pihak berkuasa China turut memadamkan video wanita berkenaan di Internet.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 9:22 AM
FENG memakan mentol lampu. |
Mahukah wanita berjambang seperti ini?
Daily Mail
Oregon, Amerika Syarikat: Selepas 26 tahun mencukur misai, janggut dan jambang akhirnya Rose Geil, 39, mengambil keputusan untuk tidak mencukurnya lagi, malah berasa lebuh seksi dan feminin.
Muka wanita itu mula ditumbuhi bulu di mukanya seperti lelaki ketika berusia 13 tahun lalu mencukurnya dan kemudian menyedari dia perlu bercukur setiap hari kerana selepas bertahun-tahun berusaha dengan mencabut, menggunakan produk serta menjalani prosedur laser bagi membuang bulu ternyata gagal.
“Kini membiarkan janggut, misai dan jambang di muka membuatkan saya lebih yakin. Saya berasa lebih cantik dengan jambang, saya berasa hebat,” katanya.
Menurut Rose, dia menyedari kewujudan di pipinya sebaik baligh dan kemudian bulu tumbuh di dagu serta atas bibir dan dia perlu bangun awal setiap pagi untuk mencukurnya.
“Ketika remaja saya berusaha keras menyoroknya daripada rakan sekolah dan keluarga serta tidak menyertai aktiviti yang memerlukan saya bermalam kerana pagi esok, muka akan dipenuhi bulu,” katanya.
Selepas beberapa lama keganjilan itu disedari ibunya kerana Rose terlupa mencukur namun keluarganya hanya mendiamkan diri, tidak memberi sokongan sepatutnya.
“Ibu suruh saya berhenti mencukur. Saya enggan kerana sudah tentu saya tidak mahu ada bulu pada muka. Ibu membawa saya berjumpa doktor namun tidak berkesan,” katanya.
Walaupun tidak dibuat kajian selengkapnya, Rose percaya masalah itu kerana kombinasi ‘Polycystic Ovary Syndrome’ dan genetik.
Sepanjang remaja Rose memakai baju lengan panjang dan baju hingga ke leher bagi menutup bulu pada lengan dan dada.
Bagi mereka yang mahu menjadi teman lelakinya, Rose perlu menunjukkan bulu pada badannya - sesuatu yang sukar dan memalukan - namun dia bersyukur kerana ada teman lelaki yang memahami ketika berusia awal 20-an.
Lapan bulan lalu, Rose memutuskan membuang pisau cukur selama-lamanya dan bersyukur kerana keluarga dan rakan amat membantu.
“Orang ramai yang melihat saya akan memandang dua kali namun saya tidak pasti sama ada ia pandangan positif atau neutral.
“Ada yang datang berjumpa saya, berjabat tangan mengucapkan syabas kerana saya berani serta tabah,” katanya.
Muka Rose Geil, 39, dari Oregon mula ditumbuhi janggut dna misai ketika berusia 13 tahun. - Foto Rose Geil |
“Saya tidak malu dengan diri saya, saya menghargai ‘hiasan’ ini dan gembira. Akhirnya saya menerima diri saya,” katanya.
Kini Rose berasa lebih yakin, cantik dan hebat dengan misai, janggut dan jambang di muka. - Foto Rose Geil |
Ketika remaja berusaha keras menyoroknya daripada rakan dan keluarga. - Foto Rose Geil |
Thursday, June 9, 2016
Kereta mewah untuk guru tadika
Kuwait: Seorang murid tadika memberi hadiah tidak disangka - kereta Mercedes mewah baru - kepada guru kesayangannya selepas tamat persekolahan.
Noor Al Faris, lima, memilih hadiah itu untuk gurunya sebagai tanda terima kasih kerana membantunya tamat pembelajaran di tadika itu, minggu ini.
Noor dilihat duduk di atas bonet keretanya yang tertulis ‘Kereta ini untuk guru kesayangan saya, Nadia’ dalam bahasa Arab pada cermin depannya.
Noor berkata, itu caranya dia menunjukkan terima kasih dan kasih sayang kepada guru itu yang membantunya sepanjang belajar di tadika.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan hadiah itu dibeli bapa Noor kerana berterima kasih selepas guru itu membantu anaknya setelah isterinya meninggal dunia.
Lelaki berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, guru terbabit memainkan peranan penting membantu perkembangan Noor selain membawa kesan positif kepada kanak-kanak itu selepas dia kehilangan ibunya.
Harga dan butiran lanjut mengenai kereta itu tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan ia model mewah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 9:43 AM
Lelaki cipta helikopter boleh terbang selaju 200 kmj
Hengshui (China): Seorang lelaki di bandar ini merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya apabila berjaya menerbangkan helikopter ciptaannya sendiri.
Lebih mengagumkan lagi helikopter ciptaan Xie Baogang, 31, mampu terbang selaju 200 kilometer sejam (kmj) dan sejauh 400 kilometer.
Baogang memberitahu, sejak kecil lagi dia sudah berminat dengan dunia penerbangan dan bercita-cita menjadi juruterbang.
Apabila dewasa, Baogang membuka kedai membuat pintu dan tingkap.
Walaupun perniagaannya bertambah maju dia tidak pernah melupakan cita-citanya.
Selepas beberapa tahun, Baogang mengambil keputusan meninggalkan dunia perniagaan bagi menumpukan seluruh perhatian terhadap kajian mengenai dunia penerbangan.
Pada 2009, Baogang berjaya menyiapkan sebuah helikopter yang direka dan dibuatnya sendiri tetapi akibat kekurangan pengalaman pesawat itu gagal ujian penerbangan.
Bagaimanapun, kegagalan itu tidak pernah mematahkan semangatnya dan Baogang terus mengkaji kesilapan rekaannya.
Selepas lapan prototaip dikeluarkan, akhirnya Baogang berjaya mencipta helikopter yang boleh terbang dengan selamat.
Baogang berkata, dia sangat gembira kerana cita-citanya untuk menjadi juruterbang tercapai dan lebih manis lagi dia menerbangkan pesawat ciptaannya sendiri. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 8:56 AM
Tanam emas RM5.03j di belakang rumah
Pesara tinggalkan harta beserta peta untuk waris
09 Jun 2016 12:49 AM
Seorang pesara jurutera menanam emas bernilai RM5.03 juta di belakang rumah sebagai harta peninggalan untuk waris-warisnya. AGENSI
LONDON 8 Jun - Gara-gara risau terhadap krisis ekonomi global, seorang pesara jurutera bertindak menanam emas bernilai 850,000 pound (RM5.03 juta) di laman belakang rumahnya yang berukuran 2.02 hektar atau bersaiz hampir empat kali padang bola dengan menggunakan penggali.
Menurut Ketua Eksekutif The Pure Gold Company, Josh Saul, individu yang hanya dikenali sebagai Ron dan mempunyai 18 anak perempuan serta cucu, membeli emas tersebut antara November 2015 sehingga April lalu, yang kemudian ditanam di 18 buah lokasi berbeza bagi setiap warisnya.
“Malah, Ron juga meminta emas itu hanya dihantar pada waktu cuaca cerah agar dia boleh menanam segera logam tersebut sejurus menerimanya,” ujar Saul.
Saul berkata, Ron yang berusia 80-an juga telah memplot koordinat dan mencipta 18 versi unik peta yang mendedahkan lokasi setiap warisnya boleh mendapatkan emas tersebut.
“Peta tersebut akan diserahkan kepada semua ahli keluarganya. Ketika ini peta tersebut ada pada peguam untuk disimpan dengan selamat,” katanya seperti lapor portal thisismoney.co.uk.
Jelas Saul, Ron membuat keputusan menyimpan emas selepas harga komoditi itu meningkat sebanyak 17 peratus sejak awal tahun susulan kebimbangan terhadap kemerosotan ekonomi global termasuk kesan spekulasi pengunduran Britain dari Eropah.
Ron yang bersara pada usia 65 tahun telah mengumpul sejumlah wang dalam pasaran hartanah di United Kingdom (UK) dan Jerman, namun hilang sebahagian besar wang pencennya pada krisis 1980 sebelum mengumpul semula dan rugi lagi pada tahun 2008 menerusi pelaburan Lehman Brothers.
Warga emas itu menjual semua hartanahnya tahun lalu berikutan bimbang dengan pasaran hartanah.
“Ron memutuskan untuk menanam emasnya berbanding menyimpan di bilik kebal bank,” katanya.
Tuesday, June 7, 2016
Lelaki miliki rambut 18.9 meter
New Delhi: Dari jauh, Savjibhai Rathwa nampak seolah-olah membawa tali yang dililitkan pada badannya setiap hari.
Namun, apabila dilihat dengan lebih dekat, jelas lelaki berusia 60 tahun itu sebenarnya membawa rambutnya sepanjang 18.9 meter.
Rathwa menjaga rapi rambutnya dengan mengelak makanan tertentu selain membasuhnya setiap dua hari yang mengambil masa tiga jam.
Rakaman video menunjukkan dia berjalan di sekeliling kampung dengan rambut itu dillitkan pada lengannya.
Malah, rambutnya begitu panjang sehingga boleh dililit seperti serban di kepalanya, selain mampu diikat pada siling rumah.
Rathwa hanya makan sayur-sayuran yang dimasak di rumah serta mengelak makanan pedas.
“Apabila keluar bekerja, saya cuma makan buah-buahan. Saya langsung tidak makan di luar.
“Selepas membasuh rambut saya akan duduk di padang untuk mengeringkannya. Cucu saya akan mengiraikan rambut saya di bawah sinaran matahari manakala saya duduk di bawah pokok sambil menghisap paip,” katanya.
Kini Rathwa mungkin boleh diiktiraf sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness kerana memiliki rambut terpanjang dunia.
“Saya memang akan membuat permohonan, jika ada yang sanggup membantu,”katanya.
Sebuah pertubuhan sukarela tempatan dilaporkan bersetuju membantunya untuk proses dokumentasi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 5:04 AM
Lelaki paling tua lulus universiti
Tokyo: Seorang lelaki berusia 96 tahun bersemangat untuk mencatatkan lebih banyak rekod selepas diiktiraf sebagai lulusan universiti paling tua dengan ijazah seni seramik yang diperolehnya.
Shigemi Hirata semalam menerima sijil Rekod Dunia Guinness selepas memperoleh ijazah Sarjana Muda Seni daripada Universiti Seni Dan Reka Bentuk Kyoto pada Februari lalu, lapor media tempatan.
Dilahirkan di sebuah ladang di Hiroshima pada 1919, Hirata seolah-olah menjadi selebriti ketika di kampus.
“Pelajar yang saya tidak tahu nama mereka datang dan mengucapkan selamat kepada saya. Ia memberi saya tenaga,” katanya.
Hirata yang mengambil masa 11 tahun untuk menamatkan kursus seni seramik itu berkata, dia masih belum puas untuk mencatatkan rekod.
“Matlamat saya ialah hendak hidup sehingga 100 tahun. Jika kesihatan membenarkan, mungkin lebih seronok untuk saya sambung belajar,” katanya.
Lelaki itu yang mempunyai empat cicit bukan satu-satunya warga emas Jepun yang mencipta rekod.
Tahun lalu, seorang wanita menjadi orang pertama yang berusia 100 tahun untuk menamatkan renang gaya bebas sejauh 1,500 meter selepas belajar berenang ketika berusia 80 tahun,
Kebanyakan warga tua Jepun kekal aktif secara fizikal ketika orang seusia mereka memilih untuk berehat sementara menunggu mati.
Hidekichi Miyazaki yang digelar ‘Bolt Emas’ sempena atlet superstar Jamaica, Usain Bolt, juga mencipta rekod dunia tahun lalu apabila mencatatkan 42.22 saat untuk acara 100 meter bagi mereka yang berusia lebih 105 tahun.
Terdapat lebih 59,000 rakyat Jepun berusia lebih 100 tahun pada 2015.
Ini bermakna 46 daripada setiap 100,000 rakyat negara itu berumur lebih 100 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:05 AM
Plat kenderaan RM20 juta
Dubai: Satu plat pendaftaran kereta bernombor 1 dilelong dengan harga 18 juta dirham (RM20 juta), menurut laporan akhbar semalam.
Pembida yang memenangi nombor itu, ahli perniagaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arif Ahmed Al-Zaourni memberitahu Gulf News: “Saya hanya membida untuk mendapatkan Nombor 1. Impian saya ialah untuk sentiasa menjadi nombor 1.
“Saya datang ke sini kerana nombor itu sahaja dan sanggup membelinya, tidak kira berapa harganya.”
Bidaannya ialah 18 kali daripada harga rizab.
Bagaimanapun, ia bukan harga tertinggi untuk satu plat pendaftaran kereta di UAE.
Pada 2008, plat kenderaan bernombor 1 dibeli dengan harga RM58 juta di Abu Dhabi, emiriah paling kaya dalam UAE.
Nombor plat yang dibeli Arif Ahmed ialah untuk Sharjah, emiriah ketiga paling kaya dalam UAE.
Enam puluh enam nombor plat kereta dilelong kelmarin.
Nombor paling popular ialah 12, 22, 50, 100, 333, 777, 1000, 2016, 2020 and 99999.
Secara keseluruhannya, lelongan kelmarin engumpulkan sebanyak RM56 juta. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 7:34 AM
Jimat masa melipat kain dengan FoldiMate
Mesin impian golongan ibu terima 11,000 tempahan
07 Jun 2016 1:00 AM
NEW YORK 6 Jun - Sebuah robot melipat pakaian dikenali sebagai FoldiMate yang hanya akan dipasarkan dua tahun lagi, dilapor telah pun menerima tempahan awal daripada lebih 11,000 pengguna.
Robot ciptaan syarikat Amerika Syarikat yang turut dinamakan FoldiMate itu, berharga antara 490 pound (RM2,899) sehingga 600 pound (RM3,550) seunit.
Iklan tentang kehebatannya telah disiarkan sejak 2014, namun hanya viral baru-baru ini.
Firma FoldiMate mengeluarkan robot setinggi satu meter dan berbentuk segi empat itu mengambil kira kerja-kerja melipat kain yang memerlukan lebih masa terutama dalam kalangan suri rumah dan wanita bekerjaya.
Bukan sekadar mampu melihat kain, mesin tersebut juga boleh berfungsi sebagai seterika wap yang akan melicinkan kedutan pada pakaian.
Menurut laporan laman web mirror.co.uk, pengguna hanya perlu menggantung antara 10 hingga 20 helai pakaian dalam satu-satu masa pada penyepit di bahagian depan robot itu yang kemudian akan menarik pakaian ke dalam badan mesin berkenaan.
Beberapa panel dalam badan robot itu akan melakukan kerja-kerja melipat dan menggosok kedutan pada pakaian dalam tempoh hanya 10 saat.
Pakaian yang telah berlipat kemas itu kemudian akan dikeluarkan daripada badan robot melalui ruang khas.
Namun FoldiMate tidak boleh melipat semua jenis kain antaranya pakaian dalam atau fabrik yang lebar seperti cadar.
Bagaimanapun FoldiMate bukanlah mesin melipat pakaian yang pertama di dunia kerana sebuah syarikat di Jepun telah pun mengeluarkan mesin seumpamanya dikenali sebagai The Laundroid pada Oktober tahun lalu.