Pages

Friday, June 10, 2016

Ibu bakar anak sendiri hidup-hidup di Pakistan



AFP - HASAN Khan menunjukkan sijil kahwin yang tertera gambar Zeenat di bandar Lahore kelmarin.


LAHORE, Pakistan – Seorang ibu di Pakistan sanggup membakar hidup-hidup anak perempuannya yang berusia 16 tahun hanya ke­rana mangsa berkahwin de­ngan lelaki pilihan sendiri.
Kejadian itu adalah yang ketiga melibatkan ‘pembunuhan menebus maruah’ di negara Asia Selatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Zeenat Bibi, 16, dibakar oleh ibunya, Perveen Bibi di timur bandar Lahore selepas lebih seminggu pasa­ngan itu menerima sijil kahwin, kata polis.
“Perveen Bibi membunuh anaknya, Zeenat Bibi de­ngan membakar mangsa hidup-hidup sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin,” kata seorang pegawai kanan polis, Haidar Ashraf.
Remaja itu berkahwin dengan seorang lelaki bernama Hasan Khan pada 29 Mei lalu.
Suami mangsa dikatakan berasal daripada etnik Pashtun, manakala Zeenat pula keturunan Punjabi yang merupakan salah satu punca ahli keluarganya tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.
Hasan Khan berkata kepada sebuah stesen televisyen, Geo News bahawa mereka kahwin lari, menyebabkan dia berat hati membenarkan Zeenat pulang ke rumah keluarganya.
Namun, dia akur selepas ahli keluarga Zeenat berjanji akan mengadakan sebuah majlis untuk meraikan pasangan itu dan tidak akan mencederakannya.
“Zeenat tidak mahu pulang ke rumahnya dan memaklumkan kepada saya bahawa dia akan dibunuh oleh ahli keluarganya tetapi bersetuju apabila salah seorang bapa saudaranya memberi jaminan keselamatannya,” kata Hasan.
Bagaimanapun selepas dua hari, katanya, Zeenat menghubunginya dan berkata bahawa keluarganya tidak menepati janji dan memintanya supaya membawa dia pulang.
“Saya berkata kepada dia supaya menunggu perjanjian lapan hari itu tetapi malangnya dia dibunuh,” ujarnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4B9WKuN00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment