Pages

Friday, June 10, 2016

Mahukah wanita berjambang seperti ini?


Daily Mail
Oregon, Amerika Syarikat: Selepas 26 tahun mencukur misai, janggut dan jambang akhirnya Rose Geil, 39, mengambil keputusan untuk tidak mencukurnya lagi, malah berasa lebuh seksi dan feminin.

Muka wanita itu mula ditumbuhi bulu di mukanya seperti lelaki ketika berusia 13 tahun lalu mencukurnya dan kemudian menyedari dia perlu bercukur setiap hari kerana selepas bertahun-tahun berusaha dengan mencabut, menggunakan produk serta menjalani prosedur laser bagi membuang bulu ternyata gagal.


“Kini membiarkan janggut, misai dan jambang di muka membuatkan saya lebih yakin. Saya berasa lebih cantik dengan jambang, saya berasa hebat,” katanya.

Menurut Rose, dia menyedari kewujudan di pipinya sebaik baligh dan kemudian bulu tumbuh di dagu serta atas bibir dan dia perlu bangun awal setiap pagi untuk mencukurnya.

“Ketika remaja saya berusaha keras menyoroknya daripada rakan sekolah dan keluarga serta tidak menyertai aktiviti yang memerlukan saya bermalam kerana pagi esok, muka akan dipenuhi bulu,” katanya.

Selepas beberapa lama keganjilan itu disedari ibunya kerana Rose terlupa mencukur namun keluarganya hanya mendiamkan diri, tidak memberi sokongan sepatutnya.

“Ibu suruh saya berhenti mencukur. Saya enggan kerana sudah tentu saya tidak mahu ada bulu pada muka. Ibu membawa saya berjumpa doktor namun tidak berkesan,” katanya.

Walaupun tidak dibuat kajian selengkapnya, Rose percaya masalah itu kerana kombinasi ‘Polycystic Ovary Syndrome’ dan genetik.

Sepanjang remaja Rose memakai baju lengan panjang dan baju hingga ke leher bagi menutup bulu pada lengan dan dada.

Bagi mereka yang mahu menjadi teman lelakinya, Rose perlu menunjukkan bulu pada badannya - sesuatu yang sukar dan memalukan - namun dia bersyukur kerana ada teman lelaki yang memahami ketika berusia awal 20-an.

Lapan bulan lalu, Rose memutuskan membuang pisau cukur selama-lamanya dan bersyukur kerana keluarga dan rakan amat membantu.

“Orang ramai yang melihat saya akan memandang dua kali namun saya tidak pasti sama ada ia pandangan positif atau neutral.

“Ada yang datang berjumpa saya, berjabat tangan mengucapkan syabas kerana saya berani serta tabah,” katanya.

Muka Rose Geil, 39, dari Oregon mula ditumbuhi janggut dna misai ketika berusia 13 tahun. - Foto Rose Geil
Instagram Rose menarik ratusan pengikut dengan ada yang melamarnya untuk berkahwin, menawarkan tiket untuknya datang dan tidak terkecuali cemuhan serta ejekan.

“Saya tidak malu dengan diri saya, saya menghargai ‘hiasan’ ini dan gembira. Akhirnya saya menerima diri saya,” katanya.
Kini Rose berasa lebih yakin, cantik dan hebat dengan misai, janggut dan jambang di muka. - Foto Rose Geil
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 6:56 PM
Ketika remaja berusaha keras menyoroknya daripada rakan dan keluarga. - Foto Rose Geil


No comments:

Post a Comment