Pages

Thursday, January 21, 2016

Keluarga mengembara 41 negara tunggang motosikal roda tiga




AGENSI - barbu bersama isteri dan anaknya mencatat sejarah dengan mengembara ke seluruh Eropah menaiki motosikal Ural Ranger.


BUCHAREST, Romania – Sebuah keluarga di sini mengembara sebanyak 41 buah negara Eropah dengan keseluruhan perjalanan sejauh 27,400 kilometer hanya dengan menggunakan sebuah motosikal roda tiga.
Mihai Barbu, 36, bersama kekasihnya, Oana dan anak mereka berusia empat tahun, Vladimir menaiki motosikal jenis Ural Ranger keluaran tahun 2014 semasa melakukan pengembaraan yang mencabar itu.
Bagi menjimatkan kos, keluarga berkenaan mendirikan khemah di kawasan hutan, tumpang tidur di rumah rakan, menetap di hotel-hotel murah dan tinggal di atas bumbung hotel.
“Bagi saya, motosikal merupakan satu-satunya pilihan paling sesuai untuk menjelajah seluruh dunia.
“Pengalaman menggunakan motosikal untuk menjelajah luar negara dilihat berbeza berbanding menaiki kereta atau pesawat kerana anda tidak akan merasai pengalaman meredah hujan dan panas,” kata Barbu yang membeli kenderaan itu pada harga £10,660 (RM66,100).
Pada 2009, dia pernah mengembara secara solo ke Mongolia dengan menggunakan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMX F650GS Dakar. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3xpiSq3Az 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment