Pages

Wednesday, January 20, 2016

Ikan keli rezeki harimau bintang

Johannesberg: Seekor harimau bintang mandi lumpur selepas cuba menangkap ikan keli sehingga menyebabkan bintik pada bulunya langsung tidak kelihatan.
Gambar dirakam renjer, Hugo Breed, di taman haiwan persendirian di Afrika Selatan dikenali sebagai Leopard Hills. Ia menunjukkan harimau yang kelaparan itu sabar menunggu sebelum terjun masuk ke dalam tasik untuk menangkap ikan.
“Kami melihat harimau itu menunggu peluang sejak sehari sebelum itu. Kami menanti untuk melihat sama ada dia bernasib baik.
“Memang kami semua bernasib baik kerana berpeluang melihat haiwan itu terjun ke dalam lumpur dan keluar sambil menggonggong ikan keli sebelum memakannya.
“Nyata dia agak rimas dengan lumpur yang menyalutnya.
KEADAAN haiwan itu selepas keluar dari tasik dengan menggonggong mangsanya. 
“Lagipun semua spesies kucing memang haiwan pembersih,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 8:56 AM

HARIMAU bintang itu menerkam ikan di dalam tasik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108714#sthash.uP781FBu.dpuf

No comments:

Post a Comment