Pages

Sunday, December 7, 2014

Lahir bayi 5.9 kilogram

Colorado: Seorang ibu hamil menyangka dia akan melahirkan bayi seberat 3.12 kilogram berakhir dengan melahirkan anak perempuan hampir seberat 5.9 kilogram.
Alisha Hernandez dari Alamosa, selatan Colarado, melahirkan Mia Yasmin Garcia Isnin lalu melalui pembedahan di Hospital San Luis Valley.
Alisha dan bidan yang membantunya terkejut mendapati Mia lebih besar daripada yang dijangka.
Selepas ditimbang, bayi itu seberat 5.9 kilogram dan panjang 56 sentimeter.
Bapa bayi berkenaan, Francisco Garcia memberitahu wartawan: “Mereka terkejut melihat bayi sebesar itu. Terbeliak mata masing-masing melihat anak saya. Mereka tidak pernah melihat bayi sebesar itu.”
Semua anak pasangan itu sebelum ini dilahirkan dengan berat normal. Malah, berat sepasang anak kembar mereka jika disatukan, masih tidak seberat Mia.
Menurutnya, Mia akan menjadi anak bongsu mereka walaupun mereka masih belum mencapai impian memperoleh anak lelaki.
Bayi paling besar pernah dicatatkan dilahirkan di Kanada oleh Anna Bates pada 1879 , seberat 10. 5 kilogram.
Anak lelaki itu bagaimanapun mati 11 jam kemudian.
Pada 2005, seorang wanita Brazil melahirkan bayi lelaki seberat 7.71 kilogram dan diberi nama Admilton dos Santos. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 AM


MIA dilahirkan menerusi pembedahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14379#sthash.iASVKn4P.dpuf

No comments:

Post a Comment