Pages

Monday, June 2, 2014

Taliban bebas askar AS

Bergdahl
Bergdahl
2 Jun 2014
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Askar Amerika Syarikat (AS), Sarjan Bowe Bergdahl, kelmarin dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran tahanan selepas ditahan selama hampir lima tahun oleh pejuang Taliban di Afghanistan.

AS turut memindahkan lima tahanan di penjara Teluk Guantanamo, Cuba ke pusat tahanan Qatar mengikut persetujuan antara kedua-dua negara tersebut.

Difahamkan, pembebasan Bergdahl adalah hasil usaha rundingan secara tidak langsung antara AS dan Taliban bersama Qatar sebagai orang tengah.

Sementara itu, jurucakap operasi khas tentera AS di Kabul mengesahkan beliau berada dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, laporan dipetik dari Reuters.

No comments:

Post a Comment