Pages

Monday, June 2, 2014

Sangeang meletus 44 nelayan hilang

Jumlah asap debu dari Gunung Sangeang makin berkurangan. - Foto AFP
Jumlah asap debu dari Gunung Sangeang makin berkurangan. - Foto AFP 
2 Jun 2014
 JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 44 nelayan dikhuatiri hilang selepas Gunung Sangeang di daerah Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia meletus, kelmarin.

Jurucakap Pasukan mencari dan menyelamat (Sar) berkata, pihaknya kini giat melancarkan operasi Sar selepas kehilangan mereka dilaporkan ahli keluarga masing-masing.

“Kesemua nelayan terbabit dipercayai turun ke laut dari Benoa, Bali menuju ke perairan Sangeang menggunakan enam kapal pukat tunda,” katanya.

Sementara itu, pegawai agensi bencana kebangsaan Agung Pramuja berkata, aktiviti gempa mula berkurangan namun gunung itu masih memuntahkan asap debu putih setinggi 200 meter.

“Kami tetap dalam keadaan siap siaga dan penduduk ditegah berada di kawasan terbabit dalam radius empat kilometer,” katanya.

Terdahulu syarikat penerbangan Garuda masih menangguhkan beberapa penerbangan kerana jarak penglihatan terhad.

Pembatalan turut membabitkan penerbangan Qantas, Jetstar dan Virgin Australia, laporan dipetik dari Kompas.

No comments:

Post a Comment