Pages

Saturday, March 22, 2014

Bill Gates tidak wariskan harta pada anak


NEW YORK 21 Mac - Orang paling kaya di dunia, Bill Gates tidak akan meninggalkan harta peribadinya bernilai AS$76 bilion (RM250 bilion) kepada tiga orang anaknya.
Portal berita Daily Mail melaporkan, pengasas syarikat perisian Microsoft itu menyatakan bahawa anak-anaknya digalakkan mencari jalan hidup sendiri tanpa bantuan dana atau aset keluarga bernilai berbilion-bilion dolar tersebut.
Gates berkata, beliau bersama isteri, Melinda memberikan dua anak perempuan Jennifer Katharine, 18, dan Phoebe Adele, 11, serta anak lelaki, Rory John, 16, pendidikan yang baik supaya mereka belajar bergantung kepada kemampuan sendiri dan bukan mengharapkan harta peninggalan ibu bapa mereka.
Beliau berkata, anak-anaknya diajar supaya mereka tahu tentang kepentingan bekerja.
"Mereka perlu tahu kemampuan diri sendiri serta apa yang akan mereka lakukan.
"Kami ingin membentuk satu keseimbangan supaya mereka ada kebebasan untuk melakukan apa sahaja, dan bukan melimpahi mereka dengan wang supaya mereka keluar dan tidak berbuat apa-apa," katanya pada satu persidangan kebajikan di Vancouver, baru-baru ini.
Pasangan suami isteri yang jarang bercakap mengenai kehidupan peribadi mereka itu berkata, anak-anak mereka sudah dimaklumkan bahawa semua harta akan diserahkan kepada badan kebajikan untuk menangani masalah kesihatan dan kemiskinan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140322/lu_04/Bill-Gates-tidak-wariskan-harta-pada-anak#ixzz2wdREvB8v
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment