PONOROGO, Jawa Timur - Hasrat seorang penduduk Kampung Keniten di daerah ini untuk menikmati masakan ayam yang dipeliharanya tidak kesampaian selepas ayam itu masih hidup walaupun telah disembelih.
Tribunnews.com melaporkan, ayam jaguh milik Samsuri Hidayatulloh, 40, itu bukan sahaja masih mampu berlari seperti ayam normal, malah masih boleh berkokok.
Walhal, leher ayam berbulu hitam itu nyaris putus akibat disembelih dengan pisau.
Menurut Samsuri, dalam kejadian pada Ahad lalu, dia merancang untuk menjadikan daging ayam itu sebagai hidangan kesyukuran untuk anggota keluarga yang sakit di rumahnya.
Oleh kerana ayam itu tidak mati walaupun sudah disembelih, Samsuri tekad untuk tidak mahu memakan daging ayam itu selepas ia mati.
"Saya akan tanam ayam itu, sesuai dengan petunjuk dan syariat Islam yang tidak membenarkan makan ayam yang disembelih tetapi tidak mati selepas itu," katanya.
Tinjauan Tribunnews.com mendapati, insiden yang menimpa Samsuri membuatkan penduduk kampung gempar dengan kejadian itu.
Mereka hairan ayam yang hampir putus lehernya itu masih mampu berjalan dan bertahan sehingga berjam-jam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140322/lu_07/Ayam-disembelih-masih-hidup#ixzz2wdR3s4kS
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment