Pages

Wednesday, July 24, 2013

Pakai kostum kuda belang kawal lalu lintas

SEORANG sukarelawan sedang mengawal lalu lintas di pusat bandar La Paz, Bolivia kelmarin.


LA PAZ - Kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama di kota-kota besar dunia termasuk ibu kota Bolivia, di sini.
Senario itu mendorong sekumpulan sukarelawan muda melaksanakan idea baharu bagi melancarkan trafik di bandar raya ini.
Mereka berbuat demikian dengan memakai seragam kostum kuda belang untuk membantu orang ramai di lintasan pejalan kaki di sekitar ibu kota ini.
Selain membantu melancarkan trafik, Program The Mama Zebra itu turut memberi gaji bulanan kepada golongan belia. Program tersebut mengupah sukarelawan berusia di antara 16 sehingga 23 tahun.
Seorang sukarelawan, Rebecca berkata, kehidupannya menjadi tidak menentu sebelum menyertai program tersebut.
"Namun, kini saya mengetahui banyak perkara mengenai bandar ini dan berharap kita semua dapat membantu menjadikannya lebih baik," kata Rebecca. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2ZxwyMXYK 
Hakcipta terpelihara 

Keluarga Morsi mahu saman tentera Mesir

SHAIMAA, anak perempuan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi menjawab soalan wartawan dalam satu sidang akhbar di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Pertempuran di antara penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi mengakibatkan empat orang maut kelmarin.
Sekurang-kurangnya 28 yang lain cedera dalam keganasan di sini dan di bandar Qalyub.
Sementara itu, seorang pegawai polis dan empat orang awam maut manakala empat anggota tentera cedera dalam siri serangan di Sinai.
Pertumpahan darah itu berlaku ketika keluarga Morsi merancang untuk menyaman tentera kerana 'menculik' Morsi sejak 3 Julai lalu.
"Kami akan mengambil tindakan undang-undang di peringkat tempatan dan antarabangsa ke atas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa berdarah ini," kata anak perempuan Morsi, Shaimaa.
Keluarga Morsi turut meletakkan tanggungjawab keselamatan bekas presiden itu ke atas Sisi. Morsi ditahan di lokasi yang tidak diketahui sejak beliau digulingkan.
"Tiada siapa di antara kami yang dapat berhubung dengan bapa sejak petang rampasan kuasa pada 3 Julai lalu," jelas anak lelaki Morsi, Osama.
Dalam satu ucapan di televisyen, pemangku presiden, Adly Mansour menyeru rakyat Mesir agar membina sebuah negara tanpa rasa dendam.
Sejak Morsi disingkirkan, kumpulan militan turut memperhebatkan serangan ke atas anggota keselamatan di Semenanjung Sinai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2Zxwc3lF3 
Hakcipta terpelihara 

Kad ucapan terbesar di dunia oleh Google


Kad ucapan itu memaparkan tarikh dan masa bayi diraja itu dilahirkan.


LONDON - Hanya beberapa jam selepas pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton melahirkan anak pertama mereka, gergasi enjin carian internet Google melancarkan kempen untuk menghasilkan sekeping kad ucapan terbesar dunia.
Kad ucapan gergasi itu akan dicetak dan diserahkan kepada Kate dan William.
Bagi tujuan tersebut, Google menjemput penguna-pengguna internet untuk mengirim gambar, profil serta ucapan mereka dalam kad maya tersebut.
Kad ucapan yang siap dicetak akan diserahkan kepada firma untuk dipersembahkan kepada Arkib Diraja untuk simpanan.
Penyertaan kad ucapan gergasi itu akan berakhir pada 6 Ogos depan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ZxvkRaKT 
Hakcipta terpelihara 

Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang


GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua ini menunjukkan anggota tentera melancarkan misi menyelamatkan mangsa di wilayah Gansu yang dilanda gempa bumi kelmarin.


DINGXI - Anggota-anggota penyelamat dilengkapi penyodok dan dibantu anjing pengesan memeriksa runtuhan kediaman untuk mencari mangsa yang masih hidup semalam selepas gempa bumi kuat menggegarkan barat daya China.
Pemerintah menghantar sekitar 6,000 petugas dan dua buah helikopter untuk membantu usaha menyelamat.
Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu menyebabkan sekurang-kurangnya 89 orang terkorban dengan lima lagi masih hilang dan 628 yang lain pula cedera.
Bencana itu melanda pada pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) dan berpusat 151 kilometer ke barat bandar ini, dalam wilayah pertanian Gansu.
Sekitar 123,000 orang terjejas akibat gempa tersebut dengan 31,600 penduduk telah berpindah ke beberapa penempatan sementara.
Pihak berkuasa China melaporkan, hampir 2,000 kediaman musnah dan 22,500 lagi rosak.
Gegaran itu menyebabkan sejumlah dinding kediaman, pokok dan tiang telefon tumbang.
"Selepas gegaran paling kuat berakhir, kami bimbang berlaku gempa susulan. Justeru, kami mengemaskan barangan kami dan berlindung di kawasan lapang," kata seorang pelajar jurusan seni berusia 21 tahun, Li Jingui.
Gempa bumi itu disusuli gempa susulan bermagnitud 5.6.
Kemusnahan paling teruk berlaku di daerah Min, dalam wilayah Dingxi yang terletak sekitar 1,200 kilometer ke barat ibu negara China, Beijing. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ZxvMio5n 
Hakcipta terpelihara 

Filipina arah guru Islam buka hijab


MANILA 23 Julai - Guru-guru Islam di negara ini diarah membuka purdah atau hijab ketika mengajar di dalam kelas.
Peraturan kerajaan itu bertujuan membentuk hubungan yang lebih baik antara guru dan pelajar.
Setiausaha Pendidikan, Armin Luistro berkata, arahan itu merupakan sebahagian daripada perubahan bagi menjadikan sekolah lebih sensitif kepada agama.
Berdasarkan salinan arahan yang diterima AFP, pelajar beragama Islam masih dibenarkan memakai purdah atau hijab di sekolah dan 'pakaian bersesuaian' ketika kelas jasmani.
Bagaimanapun, guru wanita Islam boleh memakai purdah di luar kelas, namun perlu menanggalkannya ketika mengajar supaya mereka boleh berinteraksi lebih baik dengan pelajar.
''Sebaik-baik guru itu memasuki kelas, dia diminta membuka hijab.
''Dengan mengarahkan guru wanita membuka tudung, mereka akan membenarkan pelajar lebih mengenali identiti guru dan mempromosi hubungan guru-pelajar dengan lebih baik,'' menurut arahan itu, hari ini.
Arahan itu menyebut, apabila guru wanita membuka hijab akan membolehkan pelajar melihat muka guru tersebut dan membantu dalam 'pembentukan bibir' bagi menyebut perkataan tertentu.
Agensi kerajaan, Pejabat Hal Ehwal Islam berkata, pihaknya bersetuju dengan pendekatan Jabatan Pendidikan tersebut namun masih belum menerima salinan arahan berkenaan.
Penasihat pejabat tersebut, Roque Morales berkata, beliau tidak mempunyai data berapa ramai orang Islam bekerja sebagai guru, namun purdah merupakan pakaian yang dipilih di selatan negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130724/lu_04/Filipina-arah-guru-Islam-buka-hijab#ixzz2Zwx9Yj00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keganasan terbaru di Mesir


Seorang lelaki yang memegang pistol (kiri) dan penentang Mursi, menahan seorang penyokong bekas Presiden itu (tengah) yang cedera, dalam satu pertempuran di Kaherah, Mesir, kelmarin. - AGENSI
KAHERAH 23 Julai - Sebanyak empat orang terbunuh dalam pertempuran terbaharu antara penyokong dan penentang Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi, semalam ketika keluarga Mursi berikrar untuk memfailkan saman terhadap tentera yang menggulingkannya.
Pegawai perkhidmatan kecemasan berkata, sekurang-kurangnya 28 orang cedera dalam pertempuran yang berlaku di Kaherah dan bandar berdekatan, Qalyub.
Dalam kejadian berasingan, seorang pegawai polis dan seorang penduduk maut dan empat askar cedera dalam beberapa serangan di daerah Sinai, kata sumber perubatan dan keselamatan.
Kejadian berkenaan berlaku ketika keluarga Mursi dilaporkan merancang memfailkan saman terhadap tentera yang 'menculik' Presiden yang dipilih rakyat dan menahannya sejak digulingkan pada 3 Julai lalu.
Anak Mursi, Shaima berkata, keluarganya merancang mengambil tindakan undang-undang itu di Mesir dan di luar negara.
''Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua tentera yang mendalangi rampasan kuasa, (Jeneral) Abdel Fattah al-Sisi dan anggota pemberontakan,'' katanya pada satu sidang media.
Keluarga Shaima berkata, mereka mempertanggungjawabkan keselamatan Mursi ke atas Abdel Fattah.
Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap organisasi hak asasi dan sivil yang berdiam diri terhadap jenayah penculikan ke atas Presiden yang sah.
Anak lelaki Mursi, Osama berkata, keluarganya tidak mendengar khabar berita tentang bapanya sejak beliau digulingkan tentera.
Mursi ditahan di sebuah lokasi rahsia sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130724/lu_02/Keganasan-terbaru-di-Mesir#ixzz2Zwwdi7LB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kelebihan Sa'ad bin Abi Waqash Ketepatan Panah dan Doa Mustajab.



Empat ribu kaum muslim syahid dalam sehari oleh angkatan perang Persia. Situasi yang tak terkendali dan pengkhianatan orang-orang Iraq terhadap pasukan kaum muslimin memaksa Amirul Mu'minin Umar Ibnu Khattab memutuskan berangkat sendiri memimpin pasukan di Qadisiyah.

Amirul Mu'minin menunjuk Ali bin Abi Thalib sebagai wakil pemimpin di Madinah. Belum lama berjalan, sebagian anggota rombongan yang diketuai Abdurrahman bin Auf mengusulkan agar Amirul Mu'minin kembali ke Madinah. Terlalu berisiko bagi pemimpin umat Islam berangkat ke medan perang sementara keadaan kaum Muslimin memerlukan banyak arahan.

Akhirnya dikumpulkan sahabat utama dan Amirul Mu'minin bermusyawarah dan Umar bersepakat untuk kembali ke Madinah. Umar kemudian menanyakan siapa kiranya yang akan berangkat ke Qadisiya dan memimpin pasukan?

Tiba-tiba Abdurrahman bin Auf berseru "Saya telah menemukannya..!" 'Siapa dia?" tanya Umar. "Dialah Singa yang menyembunyikan kukunya, Sa'ad bin Malik az-Zahuri!"

Sa'ad bin Abi Waqash lebih dikenal sebagai salah satu sahabat yang dijamin masuk surga. Sa'ad masuk islam ketika berumur 17 tahun dan dia pernah berkata "Pada suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk tiga orang pertama yang masuk Islam."

Sa'ad memiliki banyak keutamaan disisi Rasulullah SAW. Suatu saat dia pernah disambut Rasulullah SAW dengan gembira dan sambil membangga-banggakan Sa'ad, sabdanya "Ini dia bapa saudaraku...! Siapa orang yang punya bapa saudara seperti bapa saudaraku ini?" itulah Sa'ad, abangnya ialah Uhaib putra dari manaf yang menjadi bapa saudara dari Aminah, Ibunda Rasulullah SAW.

Selain itu Sa'ad adalah orang yang pertama kali melepas anak panah dalam Islam dan juga mula-mula terkena anak panah. Sa'ad juga mendapat keutamaan sebagai satu-satunya orang yang dijamin oleh Rasulullah dengan jaminan kedua orang tua beliau. Bersabdalah Rasulullah SAW di perang Uhud:"Panahlah hai Sa'ad! Ibu bapakku menjadi jaminan bagimu...!"

Ali bin Abi Thalib juga mengatakan, "Tidak pernah saya dengar Rasulullah menyediakan ibu bapakknya sebagai jaminan seseorang kecuali untuk Sa'ad!"

Sa'ad adalah seorang kesatriaan Muslim yang paling berani. Ia mempunya dua kekuatan yang sangat ampuh: panah dan doanya. Jika ia memanah maka pasti tepat sasaran, jika ia berdoa maka akan dikabulkan-Nya.

Hal ini tak lepas dari doa Rasulullah untuk Sa'ad. Suatu hari Rasulullah menyaksikan dari Sa'ad sesuatu yang menyenangkan dan berkenan mendoakan Sa'ad "Ya Allah, tepatkanlah bidikan panahnya dan kabulkanlah doanya..!"

Demikian menjadi masyhur bahwa doanya makbul. Suatu hari, ketika fitnah di zaman Ali sebagai khalifah datang, Sa'ad mendengar seorang laki-laki memaki Ali, Thalhah dan Zubair. Ketika dilarangnya, orang itu justru menolak.

Maka Sa'ad berkata "Kalau begitu akan saya doakan kamu kepada Allah." Laki-laki itu berkata "Rupanya kamu hendak menakutiku, seolah-oalh kamu seorang Nabi." Maka Sa'ad pun pergi wudhu dan melakukan shalat dua rakaat kemudian berdoa:

"Ya Allah, kiranya menurut ilmu-Mu, laki-laki ini telah memaki segolongan orang yang telah peroleh kebaikan-Mu dan tindakan mereka mengundang amarah murka-Mu, maka mohon lah dijadikan hal ini sebagai pertanda dan pelajaran.."

Tidak lama kemudian, tiba-tiba dari salah satu pekarangan rumah muncul seekor unta liar dan memijak laki-laki tadi hingga meninggal. 

Sa'ad juga contoh bagi kita dalam hal istiqomah dalam iman dan hidayah. Betapa mahalnya hidayah itu bahkan harus kita gigit dengan geraham kita untuk tak melepaskannya. Terkisahlah ibunda Sa'ad yang melakukan mogok makan berhari-hari demi menentang keislaman anaknya.

Semakin hari semakin parahlah keadaan ibu Sa'ad ini. Dalam ujian keimanan yang berat seperti ini, keimanan Sa'ad kukuh menghujam dan keluarlah kalimat yang abadi itu. 

"Demi Allah, ketahuilah wahai ibonda, seandainya bonda memiliki seratus nyawa, lalu ia keluar satu per satu tidaklah anakmu ini akan meninggalkan Agama ini walau ditebus dengan apapun."

Akhirnya ibondanya akur dan turunlah ayat tentang kisah Sa'ad ini, "Dan seandainya kedua orang tua memaksamu untuk mempersekutukan Aku, padahal itu tidak sesuai dengan pendapatmu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya (QS Lukman : 15)

‘‘Kisah Seorang Ahli Maksiat dan Anak Yatim’’



Dikisahkan, seorang salaf berkata;
“...Dahulu aku adalah seorang yang tenggelam dalam berbagai macam perbuatan maksiat dan mabuk²an. Pada suatu hari aku menemukan seorang anak yatim yang miskin. Lalu aku ambil anak yatim itu dan aku berbuat baik kepadanya.

Aku beri ia makan, pakaian, dan aku mandikan ia sampai bersih semua kotoran yang menempel di tubuhnya, dari ujung rambut sampai ujung kaki. Aku menyayanginya seperti seorang ayah menyayangi anaknya, bahkan lebih.

Malamnya aku tidur dan bermimpi bahwa kiamat sudah tiba. Aku dipanggil menuju hisab. Kemudian aku diperintahkan untuk masuk neraka karena banyaknya dosa dan maksiat yang aku kerjakan. Malaikat Zabaniyyah menyeretku untuk memasukkanku ke dalam neraka. Saat itu aku merasa kecil dan hina di hadapan mereka.

Tiba² anak yatim itu menghadang di tengah jalan sambil berkata; ‘‘Tinggalkan ia wahai malaikat Rabb-ku...!!! Biarlah aku memintakan syafaat untuknya kepada Rabb-ku...!!! Dialah yang dulu telah berbuat baik kepadaku, dan telah memuliakanku...!!!’’

Malaikat berkata; ‘‘Tetapi aku tidak diperintahkan untuk itu...!!!’’

‘‘Sekonyong² terdengar seruan dari Allah SWT, firman-Nya; ‘‘Biarkan dia, sungguh Aku telah mengampuninya dengan syafaat anak yatim itu dan kebaikannya kepadanya...!!!’’

Lalu aku terbangun dan aku pun bertaubat kepada Allah ‘azza wa jalla, dan saya terus berusaha semaksimal mungkin untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak² yatim...!!!”