Pages

Wednesday, July 24, 2013

Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang


GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua ini menunjukkan anggota tentera melancarkan misi menyelamatkan mangsa di wilayah Gansu yang dilanda gempa bumi kelmarin.


DINGXI - Anggota-anggota penyelamat dilengkapi penyodok dan dibantu anjing pengesan memeriksa runtuhan kediaman untuk mencari mangsa yang masih hidup semalam selepas gempa bumi kuat menggegarkan barat daya China.
Pemerintah menghantar sekitar 6,000 petugas dan dua buah helikopter untuk membantu usaha menyelamat.
Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu menyebabkan sekurang-kurangnya 89 orang terkorban dengan lima lagi masih hilang dan 628 yang lain pula cedera.
Bencana itu melanda pada pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) dan berpusat 151 kilometer ke barat bandar ini, dalam wilayah pertanian Gansu.
Sekitar 123,000 orang terjejas akibat gempa tersebut dengan 31,600 penduduk telah berpindah ke beberapa penempatan sementara.
Pihak berkuasa China melaporkan, hampir 2,000 kediaman musnah dan 22,500 lagi rosak.
Gegaran itu menyebabkan sejumlah dinding kediaman, pokok dan tiang telefon tumbang.
"Selepas gegaran paling kuat berakhir, kami bimbang berlaku gempa susulan. Justeru, kami mengemaskan barangan kami dan berlindung di kawasan lapang," kata seorang pelajar jurusan seni berusia 21 tahun, Li Jingui.
Gempa bumi itu disusuli gempa susulan bermagnitud 5.6.
Kemusnahan paling teruk berlaku di daerah Min, dalam wilayah Dingxi yang terletak sekitar 1,200 kilometer ke barat ibu negara China, Beijing. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ZxvMio5n 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment