Pages

Wednesday, July 24, 2013

Keganasan terbaru di Mesir


Seorang lelaki yang memegang pistol (kiri) dan penentang Mursi, menahan seorang penyokong bekas Presiden itu (tengah) yang cedera, dalam satu pertempuran di Kaherah, Mesir, kelmarin. - AGENSI
KAHERAH 23 Julai - Sebanyak empat orang terbunuh dalam pertempuran terbaharu antara penyokong dan penentang Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi, semalam ketika keluarga Mursi berikrar untuk memfailkan saman terhadap tentera yang menggulingkannya.
Pegawai perkhidmatan kecemasan berkata, sekurang-kurangnya 28 orang cedera dalam pertempuran yang berlaku di Kaherah dan bandar berdekatan, Qalyub.
Dalam kejadian berasingan, seorang pegawai polis dan seorang penduduk maut dan empat askar cedera dalam beberapa serangan di daerah Sinai, kata sumber perubatan dan keselamatan.
Kejadian berkenaan berlaku ketika keluarga Mursi dilaporkan merancang memfailkan saman terhadap tentera yang 'menculik' Presiden yang dipilih rakyat dan menahannya sejak digulingkan pada 3 Julai lalu.
Anak Mursi, Shaima berkata, keluarganya merancang mengambil tindakan undang-undang itu di Mesir dan di luar negara.
''Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua tentera yang mendalangi rampasan kuasa, (Jeneral) Abdel Fattah al-Sisi dan anggota pemberontakan,'' katanya pada satu sidang media.
Keluarga Shaima berkata, mereka mempertanggungjawabkan keselamatan Mursi ke atas Abdel Fattah.
Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap organisasi hak asasi dan sivil yang berdiam diri terhadap jenayah penculikan ke atas Presiden yang sah.
Anak lelaki Mursi, Osama berkata, keluarganya tidak mendengar khabar berita tentang bapanya sejak beliau digulingkan tentera.
Mursi ditahan di sebuah lokasi rahsia sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130724/lu_02/Keganasan-terbaru-di-Mesir#ixzz2Zwwdi7LB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment