Pages

Tuesday, August 20, 2013

Ferrari dilelong RM90.37 juta untuk kebajikan



KERETA ini dibeli oleh Eddie Smith pada tahun 1967 pada harga £5,000 (RM25,692) dan dijual dengan harga £17.6 juta (RM90.37 juta)di Monterey, California.- Agensi


MONTEREY - Sebuah kereta klasik jenama Ferrari dilelong pada harga £17.6 juta (RM90.37 juta) oleh firma lelongan RM Auctions di sini, dalam negeri California sekali gus mencatat rekod jualan kereta tertinggi di dunia untuk kereta sport jenama berkenaan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Lapor akhbar itu lagi, hasil jualan tersebut akan didermakan untuk tujuan kebajikan.
Ferrari model 275 GTB/4*S NART Spyder itu dijual oleh keluarga seorang ahli perniagaan dan dermawan, Eddie Smith yang meninggal dunia pada 2007.
Sebelum ini, kereta tersebut dibeli oleh Smith pada 1967 pada harga serendah £5,000 (RM25,692).
Kereta sport unik itu mula mendapat perhatian umum apabila beberapa pakar menjangkakan ia mampu mencecah harga lelongan £10 juta (RM51.3 juta).
Ia dijual minggu ini pada harga jualan melebihi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu s £6 juta (RM30.8 juta) untuk sesebuah kereta jenama Ferrari.
Bidaan kereta itu bermula pada harga AS$16 juta (RM52.55 juta) dan ia meningkat sebanyak AS$1 juta (RM3.28 juta) sehingga mencecah angka AS$25 juta (RM82.1 juta) pada hari Sabtu lalu.
Nilai keseluruhan harga kereta tersebut termasuk premium adalah £17.6 juta (RMRM90.37 juta).
Identiti pembeli kereta itu kekal misteri. Ia dipercayai akan di hantar ke Switzerland sebagai salah satu koleksi peribadi pemilik baharunya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2cVlhsCN0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment