Pages

Thursday, May 9, 2013

Remaja ‘pejuang’


Foto
TERRI bersama ibu tiri, Nicky dan Calvesbert.
Foto
KEADAAN Terri ketika dia berusia empat tahun.
London: Seorang remaja yang terbakar teruk ketika bayi dalam satu kejadian ngeri, kini membanggakan bapanya ketika dia bersedia untuk memulakan pengajian di kolej.

Terri Calvesbert kehilangan rambut, bibir, hidung, semua jari dan kaki kirinya selepas api memusnahkan bilik tidurnya pada November 1998.


Bapanya, Paul Calvesbert berkata, dia tidak yakin Terri yang ketika itu berusia 23 bulan, dapat bertahan akibat kecederaan parah berkenaan. Bagaimanapun, Terri dapat membuktikan dia seorang budak yang kuat.

Justeru, kini Calvesbert, 40, teruja melihat Terri, 16, bersedia sepenuhnya untuk memulakan babak baru dalam hidupnya selepas menamatkan pengajian di Sekolah Sukan Westbourne.


Calvesbert dari Ipswich, Suffolk berkata, melihat Terri menamatkan pengajian di sekolah itu sangat bermakna dalam bagi dirinya.


“Saya tidak pernah terfikir dapat melihat Terri memulakan persekolahan, apa lagi sehingga ke peringkat ini,” katanya.


Selepas insiden malang berkenaan, kata Calvesbert, dia membayangkan Terri tidak sempat membesar, namun anaknya itu membuktikan dia bukan individu biasa.


Bagi Calvesbert, Terri adalah seorang ‘pejuang’.

Terri pula mengakui bahawa dia berdepan dengan ketakutan ketika mula bersekolah.


Namun, katanya, dia menjalin persahabatan dengan ramai orang dan mereka sentiasa menjaganya. Kini, dia bersedia menyahut cabaran baru dalam hidupnya apabila memilih kajian haiwan di Kolej Otley, dekat Ipswich.


Katanya, dia selalu ingin bekerja di hospital atau menjadi pemandu ambulans supaya dapat membantu orang ramai.


“Mungkin sebab saya menghabiskan banyak masa di Hospital Broomfield ketika saya kecil,” katanya ketika ditemui.


Kemudian, kata Terri, dia berminat bekerja dengan kanak-kanak sebelum menyedari adalah lebih mudah menguruskan haiwan berbanding kanak-kanak. Terri baru saja beberapa hari menyambut ulang tahun kelahirannya apabila kebakaran berlaku yang berpunca daripada puntung rokok ibunya, Julie Minter. Kebakaran berkenaan menyebabkan 90 peratus tubuh Terri melecur, manakala muka, kulit kepala, leher, dada, belakang dan kedua-dua kaki serta tangannya parah. Terri perlu menjalani lebih banyak pembedahan selepas ini apabila doktor bersedia membentuk semula mukanya menjelang usia 18 tahun. - The Sun

1 comment: