Pages

Thursday, May 9, 2013

Bangkai ‘raksasa laut’ terdampar di New Zealand


Auckland: Tanda tanya menyelubungi penemuan bangkai ‘raksasa laut’ yang ditemui terdampar di New Zealand.

Dengan gigi tajam berbaris dan mulut luas, bangkai haiwan sepanjang kira-kira 10 meter itu ditemui separuh tertanam di dalam pasir di Pantai Pukehina, kira-kira 190 kilometer di tenggara Auckland.


Beberapa teori dikemukakan, termasuk haiwan itu sebenarnya ikan jerung atau buaya air masin, sejenis ikan lumba-lumba atau hidupan prasejarah.

Dalam satu video di YouTube, Elizabeth Ann bertanya sama ada sesiapa mengenali haiwan berkenaan.


Katanya, haiwan berkenaan mempunyai kepala dan gigi besar serta sirip. “Ia mungkin sepanjang sembilan meter, tetapi bahagian bawah badan bangkai ‘raksasa laut’ berkenaan mungkin hilang akibat dibaham oleh sesuatu,” katanya. Sementara itu pakar marin, Anton van Helden menafikan ia adalah bangkai dinosaur kerana sirip yang ada padanya menunjukkan ia adalah ikan paus.


“Ikan jenis itu memang banyak di Bay of Plenty,” katanya ketika ditemui, semalam.

No comments:

Post a Comment