Pages

Sunday, April 7, 2013

Penduduk berpesta tangkap ikan



Ribuan penduduk memenuhi tebing Sungai Brantas bagi menangkap ikan yang timbul akibat mabuk. - AGENSI
KEDIRI, Jawa Timur - Penduduk Kota Kediri berpusu-pusu menyerbu Sungai Brantas di sini selepas ribuan ekor ikan timbul dari dasar sungai itu, Sabtu lalu.
Tribunnews.com melaporkan, ikan-ikan itu timbul selepas air di Empangan Karangkates dilepaskan bagi membuang mendapan lumpur di situ kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan.
Perkara itu sekali gus membuatkan ikan-ikan di sungai itu mabuk selepas air sungai menjadi keruh bercampur lumpur.
Bagaikan pesta, penduduk membawa pelbagai kelengkapan bagi menangkap ikan yang timbul ke permukaan air akibat mabuk seawal pukul 8 pagi waktu tempatan.
Penduduk tempatan menggelar operasi membuang lumpur itu sebagai pladu.
''Biasanya, pintu air dibuka selama 24 jam hingga mengakibatkan banyak ikan mabuk. Selagi air sungai keruh, banyak ikan akan timbul,'' kata Ali Saroni, 31.
Ali ketika ditemui bersama isterinya telah mendapat satu tong ikan pelbagai jenis selepas mula menyauk ikan yang timbul dari awal pagi.
Antara ikan yang berjaya ditangkap penduduk adalah daripada jenis bader, wader, sili, gabus dan juga udang.- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130406/lu_10/Penduduk-berpesta-tangkap-ikan#ixzz2PjpvU4rh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment