Pages

Sunday, April 7, 2013

Berkayak di lahar gunung berapi



Peminat sukan kayak, Pedro Oliva tidak gentar mendekati tebing berbatu walaupun lahar panas dari Gunung Berapi Kilauea di Hawaii mengalir ke dalam laut. - AGENSI
HAWAII 5 April - Berani melakukan apa saja, mungkin itu ungkapan sesuai buat seorang peminat sukan kayak dari Brazil, Pedro Oliva.
Dalam penjelajahan terbaharunya, lelaki itu menunjukkan keberaniannya berdayung di kawasan berhampiran lahar panas yang melimpah dari Gunung Berapi Kilauea, Hawaii, hingga mengalir ke lautan.
Tidak cukup dengan itu, dia turun dari kayak dan berjalan di kawasan berbatu di situ serta cuba menguji kehangatan lahar lebur dengan suhu mencecah antara 700 dan 1,100 darjah celsius dengan mencelup pendayung ke dalamnya.
Pendayung tersebut terbakar sejurus terkena cecair panas itu.
Oliva meneroka beberapa laluan berkayak di Hawaii yang kurang diketahui umum bersama dua rakannya, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry.
Dua lelaki tersebut yang merupakan peminat sukan kayak profesional mengakui keberanian Oliva dalam ekspedisi tersebut.
"Anda boleh mendengar dengan jelas bunyi desis lahar panas yang bercampur air laut. Memang menakutkan dan tangan anda boleh terbakar seandainya terkena cecair itu.
"Namun, Oliva tetap Oliva, dia mahu merasai sesuatu dengan lebih dekat, kerana itu dia berani mencuba dengan pendayung," kata mereka.
Pasukan itu menghabiskan masa selama sehari menjelajah kawasan tersebut yang terletak pada ketinggian 60 meter dengan melalui kawasan lahar yang telah mengeras.
Penjelajahan pasukan itu dirakam bagi program televisyen Brazil, Kaiak yang akan disiarkan di negara tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130406/lu_08/Berkayak-di-lahar-gunung-berapi#ixzz2PjpoS3AF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment