Pages

Saturday, February 9, 2013

Gempar jumpa ikan 100kg

Garut: Orang ramai gempar apabila satu bangkai ikan besar ditemui tersadai berhampiran Sungai Cimanuk di Sukamentri, Garut, semalam.

Menurut penduduk, ikan dipercayai jenis kancra hitam itu berukuran 170 sentimeter panjang mempunyai berat 100 kilogram (kg).


Media melaporkan, penduduk tempatan bernama Wahidin orang pertama melihat ikan itu di sungai berkenaan, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Wahidin, disebabkan saiznya yang besar, dia tidak berani menangkapnya sendirian.


“Saya memberitahu penduduk kampung dan kami sama-sama mencarinya, tetapi ikan itu gagal dikesan,” katanya. Semalam, kata Wahidin, dia dan penduduk kampung sekali lagi mencari ikan berkenaan di Sungai Cimanuk.


Bagaimanapun, katanya, mereka terkejut menemui bangkai ikan itu di tepi sungai. Sementara itu, penduduk kampung percaya ikan berkenaan mati kerana air sungai dicemar sisa industri kraftangan berasaskan kulit di kawasan berhampiran. - Antara News

No comments:

Post a Comment