Pages

Saturday, February 9, 2013

Budak Buta Sebelah Mata Akibat Dipukul Guru

Budak Buta Sebelah MataIndia – Jaideep baru berusia lapan tahun namun dia tidak akan melupakan pelajaran seumur hidup yang diterima daripada guru besarnya.
Apa tidaknya, kerana gagal membayar yuran pengajiannya di A S Memorial Public College, di Bulandshahar, dia hilang sebelah mata akibat dipukul oleh guru besarnya.
Dia kini terbaring di katil dan masih terpaksa menerima hakikat buta penglihatan.
Semuanya kerana bapanya menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar wang untuk yuran pengajian.
Bapanya, Upendra Singh telah meminta guru besar kolej itu memberinya masa untuk mengumpul wang, namun minggu lepas, guru besar tersebut telah bertindak kasar terhadap pelajar itu.
“Matanya mula bengkak dan kami membawanya ke hospital. Doktor memberitahu kami, Jaideep hilang sebelah penglihatan akibat dipukul dengan benda keras di kepala.
“Saya tidak mampu membayar yuran selama enam bulan dan hanya meminta guru besar member masa selama dua minggu namun dia memukul anak saya dengan teruk,’’ kata bapanya.
Keluarga Jaideep bagaimanapun mendakwa polis tidak bertindak terhadap aduan mereka.
“Saya ke balai polis untuk membuat aduan namun mereka menghalau kami pulang. Semuanya kerana pengaruh daripada pengetua itu,’’ katanya.
Namun pengurusan sekolah mempunyai teori yang berbeza.
Jaideep dikatakan bergaduh dengan pelajar lain ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.
Kejadian itu bagaimanapun memberikan kesan mendalam kepada Jaideep, kerana dia kini berasa trauma untuk ke sekolah lagi.
Iklan Teks: 

No comments:

Post a Comment