Pages
▼
Wednesday, July 18, 2012
Pasukan Anti Assad Mengatakan Berhasil Tembak Jatuh Helikopter Tentera Di Damasyik
Pejuang Syria mengatakan mereka telah menembak jatuh sebuah helikopter tentera di daerah Damsyik Qaboun pada hari Selasa lepas (17/7), hari ketiga pertempuran sengit yang terjadu di ibu negara Syria antara pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan lawan-lawannya.
"Helikopter terbang di ketinggian rendah. Sangat mudah untuk menyasarkan mereka menggunakan senjata anti-pesawat," kata seorang pegawai senior pejuang kepada agensi berita Reuters.
Pejuang anti Assad pada Isnin malam lalu mengumumkan pelancaran sebuah operasi serangan skala penuh.
Komando Gabungan Tentera Pembebasan Syria (FSA) di Homs mengatakan operasi mereka dilancarkan dalam menanggapi pembunuhan dan kejahatan biadab yang dilakukan oleh rejim Assad.
FSA, kata kenyataan itu, melakukan "serangan terhadap semua stesen keselamatan dan cabangnya di bandar-bandar dan luar bandar, untuk masuk ke dalam pertengkaran sengit dengan pasukan kerajaan dan menyeru mereka untuk menyerah.
Barat diam terhadap tragedi berdarah yang menimpa Muslim Rohingya demi kepentingan perniagaan?
Barat telah buta terhadap penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar (Burma) untuk menjaga kepentingan ekonominya di negara-negara Asia, menurut seorang penganalisis politik.
Bagi kaum Muslimin, harapan bukan tertumpu pada negara-negara Barat, hanya saja para penganalisis merasa perlu menyindir Barat, kerana mereka adalah orang-orang yang paling vokal mengusung 'Hak Asasi Manusia' dan demokrasi.
"Orang-orang Rohingya saat ini sedang berada dalam episod yang paling bengis dalam sejarah mereka, dan penderitaan mereka adalah salah satu masalah yang paling mendesak di mana sahaja di dunia ini," tulis Ramzy Baroud, dalam artikelnya yang diterbitkan PressTV, Senin (16 / 7/2012).
"Namun penderitaan mereka, nampaknya hadir dari keutamaan antarabangsa dan serantau," kata Baroud.
Baroud beranggapan bahawa diamnya dunia Barat atas tragedi berdarah yang menimpa Muslim Rohingya datang seiring "syarikat-syarikat Barat melompat ke Myanmar (dalam usaha) untuk mengimbangi pengaruh China atas ekonomi Myanmar," tambah Baroud.
Sementara itu, icon demokrasi Myanmar Ang San Suu Kyi hingga kini masih diam, menutup mata dan telinga atas kekerasan terhadap Muslim yang terjadi di negaranya. Ironisnya, dia mendapat hadiah keamanan di Oslo pada saat kekejaman terhadap Muslim Rohingnya sedang berlangsung di Arakan.
Sementara itu, Baroud juga menyindir media-media mainstream yang cenderung tenang berkaitan isu pembunuhan Muslim Rohingya oleh etnik Buddha Rakhine dan pasukan 'keselamatan' Burma, yang mempunyai sokongan penuh dari kerajaan Burma, mereka kelihatan tidak peduli terhadap penderitaan Muslim yang sedang berlangsung.
KISAH NABI KHIDIR A.S.
Biarpun tidak disebut dalam al-Quran, Nabi Khidir AS menjadi sebutan umat Islam sejak zaman berzaman, malah ada juga yang percaya beliau masih hidup sehingga sekarang. Siapakah sebenarnya Nabi Khidir AS sehingga dianggap sedemikian rupa, sedangkan 25 orang Rasul yang dinyatakan Allah secara qatie (putus) di dalam Al-Quran semuanya telah wafat kecuali Nabi Isa AS. Kisah Nabi Khidir ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
.
Di dalam Al-Quran ada menceritakan pertemuan Nabi Musa AS dengan lelaki soleh yang disebut sebagai hamba-Nya yang diajarkan ilmu ladunni. Nabi Musa AS berguru beberapa ketika dengannya sebelum meneruskan dakwah baginda ke atas kaum Bani Israel. Lelaki itulah diyakini para ulama tafsir seperti Ibnu Abas, Ibnu Kathir dan Al-Tabari sebagai Nabi Khidir AS. Dalam bahasa Arab Khidir bermaksud hijau.
.
Berdasarkan dalil Al-Quran Nabi Khidir AS diwujudkan semasa zaman Nabi Musa AS, pada suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya tentang ajaran Allah SWT, selesai Baginda berucap, bangkitlah seorang lelaki lalu bertanya: "Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling pandai?" dengan pantas Nabi Musa AS menjawab: "Aku!". Lelaki itu bertanya lagi: "Adakah pernah engkau tahu, ada orang lebih berilmu daripada kau!". "Tidak!", jawab Nabi Musa AS. Tetapi jawapan Nabi Musa AS segera ditegur Allah SWT kerana ucapannya itu tercermin riak kesombongan. Lantas Allah SWT menurunkan wahyu menyatakan ada lagi seorang hambaNya yang lebih berilmu (Sahih Bukhari, Hadis ke 72).
Insaf dengan teguran Allah itu, bersama seorang pengikutnya, Yusya' Bin Nun, Nabi Musa AS bermusafir mencari lelaki soleh tersebut hingga menemuinya di satu tempat di mana bertemunya dua lautan. (QS Al-Kahfi:60-82). Dikatakan tempat itu ialah di pertemuan Teluk Suez dengan Teluk Akabah di lautan Merah. Ini kerana di situlah lokasi peredaran sejarah kehidupan Bani Israel yang dipanggil Daratan Sinai setelah mereka keluar dari bumi Mesir.
Sebagai Pesuruh Allah, Nabi Musa AS memiliki ketinggian ilmu sehingga baginda dapat menghadapi kezaliman dan keangkuhan Firaun, Haman dan Qarun. Malah Baginda juga berhadapan perbagai kerenah Bani Israel sehingga dikurniakan Mukjizat yang hebat seperti boleh membelah lautan, tongkat menjadi ular dan diturunkan makanan dari langit. Kata-kata Nabi Musa AS itu telah dicelah Allah SWT dan mengutuskan Nabi Khidir AS untuk menyedarkan Baginda bahawa masih terdapat hamba-Nya yang lebih berilmu.
Nabi Khidir AS adalah seorang yang soleh yang berperanan menyebarkan risalah Allah kepada orang disekitarnya. Tetapi Nabi Khidir AS tidak diutuskan seperti Nabi-Nabi lain yang bertaraf Rasul. Nabi Khidir AS ditugaskan membimbing Nabi Musa AS yang hidup dizamannya, sebagaimana kita sekarang wajib menyampaikan dakwah kepada orang lain disekeliling kita. Baginda tidak dikurniakan Mukjizat seperti Nabi Musa AS sebaliknya diajarkan ilmu secara Laduni. Hal ini turut dimiliki Para Wali Allah dan Alim Ulama yang dianugerahkan Allah Ilmu Makrifat serta Kasyaf. Golongan ini selalunya berhati-hati daripada mendabik dada dengan ilmu yang mereka miliki. Sifat warak dan merendah diri pada Baginda inilah yang diamalkan oleh Wali Allah sehingga orang ramai menyebut-nyebut namanya sampai ke hari ini.
Biarpun ada golongan Sufi mendakwa ada bertemu malah bersahabat dengan Nabi Khidir AS, tetapi sebenarnya yang wujud adalah semangat kewarakan Baginda, seperti Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, namanya sentiasa disebut-sebut walaupun telah wafat ribuan tahun yang lampau. Begitu juga orang yang mati syahid seperti para Sahabat Rasulullah, Al-Quran sendiri menyebut mereka ini tidak mati walaupun hakikatnya jasad mereka telah disemadikan.
Oleh itu marilah kita ambil jalan tengah. Setiap manusia itu pasti mati, begitu juga Nabi Khidir AS. Memikirkan sama ada Nabi Khidir AS masih hidup atau tidak adalah lebih baik kita menanamkan sifat Nabi Khidir AS dalam diri kita. Ini kerana bukan saja Nabi Musa AS mesti mencari Nabi Khidir AS untuk menambah ilmu malah sesiapa saja perlu mencari Nabi Khidir AS. Orang yang mempunyai watak seperti Nabi Khidir AS memang sukar ditemui. Namun kita sering ditemui orang alim yang bertutur penuh hikmah dan kejernihan buah fikirannya dapat dijadikan pedoman hidup. Dipandang dari satu segi dikata wujud ramai Khidir dan dia tidak mati melainkan sentiasa silih berganti. Marilah kita amalkan semangat Nabi Khidir AS dalam menyebarkan ilmu tanpa sifat angkuh dan sombong. InsyaAllah!!.
.
KIRIMAN TIGOSOTIGO
173 biri-biri mati disambar petir
ULAN BATOR - Sebanyak 173 biri-biri ditemui mati, semalam akibat disambar petir di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia.
Menurut Alten Bagen, 18, kejadian yang mengorbankan ternakan keluarganya itu seperti satu mimpi buruk.
"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.

Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.
Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.
Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.
Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.
"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.
"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.
Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.
Dalam pada itu, menurut juruteknik tempatan, Jangeq Chafu ternakan mati akibat panahan kilat pada musim panas adalah perkara biasa.
"Padang ragut di sini merupakan sebuah kawasan pergunungan. Penduduk tempatan menjadikannya sebagai lokasi untuk kambing biri-biri meragut rumput pada pada musim panas,"
Ternakan sememangnya terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disambar kilat," kata Chafu.

Bekas duta: Presiden Syria mungkin guna senjata kimia
LONDON - Seorang ahli politik kanan Syria, yang kini cenderung kepada pembangkang, mendedahkan bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad, yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak 17 bulan lalu, tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata kimia jika kedudukannya terkepung.
Nawaf Fares, bekas Duta ke Iraq berkata, laporan-laporan yang tidak dapat disahkan menggambarkan senjata sedemikian kemungkinan sudah pun digunakan.
Katanya, tindakan mengebom sebahagian besar kawasan di Syria dilakukan oleh rejim Bashar dengan kerjasama al-Qaeda.
Dalam temu bual dengan BBC, Nawaf berkata, Bashar tidak akan melepaskan kedudukannya dengan mudah.
"Sangat pasti bahawa kerajaan ini akan jatuh dalam waktu terdekat," katanya.
Ketika ditanya sama ada Bashar kemungkinan akan menggunakan senjata kimia terhadap pembangkang, Nawaf berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
"Ada maklumat, maklumat yang tidak disahkan bahawa senjata-senjata kimia ada digunakan di Homs," kata beliau.
Katanya, beliau pasti bahawa jika kedudukannya semakin terancam, "maka rejim (Bashar) akan menggunakan senjata-senjata kimia."

Penantian 5 tahun berakhir, Israel benar lawatan Palestin
SEKUMPULAN penduduk Palestin dari Gaza, kelmarin berkesempatan menghabiskan masa selama setengah jam melawat saudara-mara mereka di penjara Israel untuk pertama kali dalam tempoh lima tahun.
Jurucakap penjara Israel, Sivan Weizman mengesahkan lawatan bersejarah itu tidak mencetuskan sebarang insiden tidak diingini.
Lawatan keluarga itu adalah sebahagian daripada syarat perjanjian untuk menamatkan mogok lapar yang dipersetujui bersama wakil tahanan pada Mei lalu.
Difahamkan, jadual lawatan seterusnya dijangka disambung semula secara tetap dalam tempoh dua minggu lagi.
Kumpulan terdiri daripada 40 sanak saudara tahanan Palestin, berkumpul di ibu pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di Bandar Gaza sejak awal pagi untuk menyertai rombongan tersebut.
ICRC adalah pihak yang bertanggungjawab menganjurkan lawatan pertama itu.
Wakil daripada ICRC turut mengiringi rombongan tersebut melintasi sempadan Erez untuk memasuki Israel.
Wajah mereka jelas memaparkan riak kegembiraan dan ada yang seakan tidak sabar untuk bertemu insan yang dirindui selama ini.
Perjalanan selama dua jam menuju ke penjara Ramun, selatan Israel itu dirasakan bagai terlalu lama.
Seorang daripada kumpulan rombongan itu adalah ibu kepada Mohammed Hamdiya.
Wanita tersebut tidak dapat menjelaskan perasaannya yang bercampur baur pada ketika itu.
“Setelah sekian lama, akhirnya saya dapat menatap wajah anak yang dirindu selama ini,” katanya.
Sementara itu, Fatima Nashbat juga melahirkan rasa teruja untuk bertemu suaminya selepas hampir enam tahun tidak bersua.
Dalam satu kenyataan, Ketua ICRC di wilayah Israel dan Palestin, Juan Pedro Schaerer turut menyambut baik perkembangan baru tersebut dan berharap ia akan diteruskan pada masa hadapan.
“Sebelum ini, kami sudah berulang kali menuntut hak lawatan keluarga tahanan disambung semula.
Di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, pihak berkuasa Israel mempunyai tanggungjawab untuk membenarkan keluarga tahanan melawat mereka.
Bagaimanapun, kerajaan Hamas melihat lawatan itu sebagai satu langkah tidak bernilai kerana rejim Zionis tidak memberi sebarang jaminan ia akan diteruskan memandangkan mereka masih gagal untuk memenuhi beberapa tuntutan tahanan yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Kami mahu negara antarabangsa menggesa Israel supaya menghormati hak tahanan Palestin, sekali gus menamatkan sebarang bentuk penindasan ke atas mereka,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

PRU Libya: Pakatan liberal atasi parti Islam
TRIPOLI - Pakatan moderat mengatasi pesaing terdekat daripada kalangan konservatif Islam dalam pilihan raya umum pertama Libya sejak Muammar Gaddafi digulingkan tahun lalu.
Pakatan itu diketuai oleh Mahmoud Jibril, Perdana Menteri sementara.
National Forces Alliance (NFA) memenangi 39 daripada 80 kerusi yang diperuntukkan kepada parti-parti politik sementara Justice and Construction Party, sayap politik Ikhwanul Muslim Libya, memperoleh 17 kerusi.
Sebanyak 200 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kali dengan 120 dikhususkan kepada calon-calon bebas.
Perkembangan itu mencetuskan keadaan sukar - pihak yang akan menguasai perhimpunan kebangsaan di Parlimen.
NSA dan Ikhwanul Muslim Libya masing-masing mendakwa sebahagian besar calon bebas akan menyokong blok mereka.
Laporan Reuters menyebut bahawa wakil rakyat bebas yang dipilih mewakili masyarakat yang memperlihatkan campuran dari segi hubungan dengan penduduk tempatan, reputasi dan keperluan sosial berbanding ideologi.
"Terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara (majoriti). Ia akan jelas dalam beberapa hari lagi, ke mana calon bebas akan memihak," kata Gumaa al-Gamaty, pengasas Taghyeer Party.
"Saya lihat NFA akan menarik beberapa wakil rakyat bebas dan parti-parti kecil," katanya.

Tentera Laut AS bunuh nelayan India di Teluk
DUBAI: Seorang nelayan India terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat menembak bot mereka di luar pantai Dubai di perairan selatan Teluk, semalam.
Pegawai pertahanan Amerika berkata, bot berkenaan tidak mengendahkan amaran supaya tidak mendekati kapal pembekal minyak USNS Rappahannock.
Anggota tentera laut Amerika itu bimbang bot itu mengancam keselamatan mereka.
“Sejak 2000, kami begitu bimbang terhadap bot kecil,” kata seorang pegawai pertahanan di Washington, merujuk kepada serangan berani mati ke atas kapal pemusnah, USS Cole di Pelabuhan Aden, Yaman. - AFP
Pentagon percepat penghantaran USS John Stennis
WASHINGTON: Berikutan ketegangan di Iran dan Syria, Amerika Syarikat mengambil langkah mengerah lebih cepat sebuah kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat.
Jurucakap Pentagon, George Little memberitahu wartawan semalam, Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta meluluskan permohonan supaya USS John Stennis ditempatkan di perairan itu empat bulan lebih awal daripada jadual. “Keputusan itu akan membantu kerja sokongan terhadap keperluan pasukan tentera laut yang ada di Asia Barat ketika ini dan mengurangkan ‘tempoh kekosongan’ apabila kapal pengangkut pesawat USS Entrprise meninggalkan kawasan berkenaan.
Terdapat dua kapal pengangkut pesawat ditempatkan di rantau itu ketika ini - USS Abraham Lincoln dan USS Enterprise.
USS Lincoln berlepas pulang semalam ke Amerika Syarikat selepas berada di rantau itu selama lapan bulan, kata Pentagon.
USS Lincoln akan digantikan dengan USS Dwight Eisenhower sedikit masa lagi dan akan menjadi satu-satunya kapal pengangkut pesawat Amerika berada di perairan Asia Barat sekiranya USS John Stennis tidak dikerah lebih awal. - AFP
AS, Israel bersatu sekat hasrat Iran
BAITULMAQDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton semalam berkata, Washington akan menggunakan seluruh kekuatannya untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.
Menurutnya, Amerika Syarikat bekerjasama rapat dengan Israel untuk tujuan itu.
Bercakap kepada wartawan selepas lawatan 24 jamnya ke Baitulmaqdis, Hillary berkata, Iran masih belum mengambil keputusan untuk mengekang impian nuklearnya.
“Kami akan menggunakan semua elemen kekuatan Amerika untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear,” katanya dalam kenyataan yang membayangkan ancaman tindakan ketenteraan, pilihan yang tidak pernah ditolak oleh Washington.
Menurutnya, atas usaha Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa bagi menangani ancaman nuklear Iran, Teheran kini berdepan dengan tekanan paling berat pernah dihadapinya, menggambarkan bahawa pentadbiran Obama mengadakan kerjasama rapat dengan Israel mengenai perkara itu.
“Adalah adil untuk berkata bahawa kami berusaha bersama-sama untuk memberi kesan maksimum mengenai keputusan yang diambil Iran,” kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu.
Hillary tiba di Israel awal semalam pada penghujung lawatannya ke sembilan negara dan berunding dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, Presiden Shimon Peres, Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan Menteri Luar, Avigdor Lieberman.
Israel sebelum ini memberi amaran, Iran akan menjadi ancaman kepada kewujudan negara Yahudi itu jika ia memiliki senjata nuklear dan tidak menolak tindakan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Republik Islam berkenaan. Peres bagaimanapun menyuarakan keyakinan terhadap pendirian tegas Washngton ke atas Iran.
Diplomat Amerika itu juga memberi taklimat kepada pemimpin rejim Zionis berkenaan mengenai perbincangannya dengan presiden baru Mesir, Mohamed Mursi dan meyakinkan mereka bahawa pentadbiran baru Kaherah menegaskan sekali lagi sokongan mereka terhadap perjanjian damai dengan negara Yahudi itu yang ditandatangani lebih 30 tahun lalu.
Mengenai penyambungan semula rundingan damai antara Israel dengan Palestin beliau berkata, ia hanya boleh diadakan sekiranya kedua-dua pihak bersungguh-sungguh berusaha ke arah keamanan. - AFP
Warga Filipina perlu bayar RM32,000 untuk keluar Syria
MANILA: Pekerja Filipina yang cuba untuk melarikan diri daripada ketegangan di Syria akan dikenakan bayaran AS$10,000 (RM31,638) oleh majikan mereka sebelum mereka boleh meninggalkan negara itu, kata jabatan luar di bandar raya ini semalam.
Majikan di Syria menuntut bayaran besar untuk penghantaran pulang pekerja Filipina, kata jurucakap Jabatan Luar, Raul Hernandez kepada wartawan.
“Masalahnya sekarang ialah majikan meminta lebih banyak wang sebagai pampasan kos penghantaran pulang. Sebelum ini, hanya AS$4,000 (RM12,655) bagi setiap pekerja dan sekarang ia mencecah hingga RM31,638,” katanya. - Phillippines Inquirer
Mayat Gaddafi dipersenda
ANGGOTA pemberontak perkotak-katik mayat Gaddafi.
GAMBAR dari YouTube menunjukkan mayat Gaddafi yang dibunuh pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu.
TRIPOLI: Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam.
Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.
Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi.
Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai.
Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu.
Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing.
Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung.
Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: “Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar.” Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi.
Ia disiarkan kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti liberal sekular.
Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969.
Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. - DM
Akhbar China bantah campur tangan asing di Syria
BEIJING: Akhbar utama China semalam memberi amaran mengenai campur tangan asing di Syria menjelang ketibaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon ke negara itu.
Kehadiran Ban di Beijing semalam bertujuan mendapat sokongan China bagi tindakan lebih tegas terhadap Presiden Bashar al-Assad.
China berulang kali menolak campur tangan antarabangsa bagi menghentikan pertelingkahan bersenjata di Syria yang berlarutan sejak 16 bulan lalu.
Bagaimanapun, kuasa Barat berusaha untuk menguatkuasakan satu ketetapan baru PBB yang mengancam sekatan jika Bashar tidak mengundurkan senjata beratnya.
“Hayat pemimpin politik Syria yang ada sekarang hanya boleh ditentukan oleh rakyat Syria saja.
“Ia masalah dalaman dan masyarakat antarabangsa perlu menghormatinya,” kata akhbar People’s Daily dalam rencana pengarangnya.
Ban berunding dengan Presiden Hu Jintao dan pemimpin China lain dan isu Syria menjadi tajuk utama perbincangan mereka.
Beliau sebelum ini menggesa China menggunakan pengaruhnya untuk menyokong rancangan damai duta antarabangsa, Kofi Annan. - AFP
Pasang CCTV bendung rasuah
DHAKA: Bangladesh mencuba untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai anggota birokrat di Kementerian Pendidikan yang mengambil rasuah untuk perkhidmatan mereka, dengan memasang beberapa kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat utama di bandar ini.
Menteri Pendidikan, Nurul Islam Nahid dalam upacara memasang kamera litar tertutup itu berkata, “Pegawai harus menukar cara berfikir mereka dan yang mereka bekerja untuk pembayar cukai.”
Katanya, ia menjadi imej buruk kerana orang ramai terpaksa berhadapan dengan pegawai atau pekerja yang meminta rasuah untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Sistem pendidikan di Bangladesh dicemari oleh guru yang membayar rasuah untuk mendapatkan jawatan tinggi, perhimpunan politik kampus ganas yang menyebabkan empat pelajar terbunuh sejak Januari tahun ini, dan ahli birokrat yang dibayar gaji rendah dan tidak mempunyai insentif untuk membantu pembayar cukai.

Orang ramai mula marah dengan ketidakcekapan Kementerian Pelajaran di mana sumber dalaman berkata, permintaan rasuah semakin berleluasa di dalam negara di mana Tahap Ketelusan Antarangbangsa meletakkan negara itu sebagai berada di paras terbawah dalam indeks rasuah 2011.
Seorang pegawai yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, “Rasuah semakin berleluasa dalam sektor pendidikan.” - Reuters
Pemberontak isytihar perang
Pertempuran sengit meletus dengan tentera kerajaan di Syria
Damsyik: Ibu negara Syria semakin bergegar dengan konflik selepas pemberontak mengumumkan akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera kerajaan. Serang pemberontak
Tentera Syria Merdeka (FSA) berkata, operasi itu digelar ‘gunung berapi Damsyik dan gempa bumi Syria’.
Saksi melaporkan tembakan mesingan di Medan Sabaa Bahrat, terletak di tengah Damsyik.
“Tembakan mesingan kedengaran di Medan Sabaa Bahrat. Anggota keselamatan bersenjata Kalashnikov dilihat di kawasan yang juga lokasi Bank Pusat,” kata mereka.
Kejadian tembak menembak juga dilaporkan meletus di Baghdad Street, jalan raya utama dekat medan berkenaan.
Sekat laluan
FSA juga cuba menyekat laluan keluar masuk dari Aleppo di utara, ke Daraa di selatan dan dari Deir Ezzor di timur ke Latakia di persisiran pantai.
Beberapa jam selepas pengumuman berkenaan, aktivis dan pemerhati melaporkan, helikopter tentera membedil daerah Qaboon di Damsyik.
Pemberontak serta tentera turut bertempur di kawasan penempatan Al-Midan dan Al-Hajar al-Aswad.
“Tentera kerajaan menggunakan helikopter dilengkapi mesingan untuk menyerang Qaboon,” kata Pemantau bagi Hak Asasi Syria beribu pejabat di Britain,
Aktivis di Damsyik memberitahu, serangan helikopter dilancarkan selepas FSA di Qaboon menangkis cubaan tentera menawan semula kawasan itu.
Tentera turut menyerang kawasan kejiranan dengan mortar dan melepaskan tembakan ke semua arah di daerah itu daripada helikopter yang terbang rendah, kata aktivis yang memperkenalkan dirinya sebagai Omar.
Di Manila, laporan menyatakan, pekerja Filipina yang cuba lari dari medan konflik didenda AS$10,000 (RM35,0000) oleh majikan mereka sebelum dibenarkan meninggalkan negara itu.
Perkara terbabit didedahkan Kementerian Luar Filipina, semalam.
Majikan Syria menuntut pekerja itu memulangkan wang untuk membawa mereka bekerja di sana, kata jurucakap Kementerian Luar, Raul Hernandez. - AFP
Damsyik: Ibu negara Syria semakin bergegar dengan konflik selepas pemberontak mengumumkan akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera kerajaan. Serang pemberontak
Tentera kerajaan guna helikopter dilengkapi mesingan serang Qaboon” - Pemantau bagi Hak Asasi SyriaAskar prokerajaan pula menggunakan helikopter penyerang menyerang pemberontak di kawasan tertentu di Damsyik dan pertempuran dilaporkan sengit.
Tentera Syria Merdeka (FSA) berkata, operasi itu digelar ‘gunung berapi Damsyik dan gempa bumi Syria’.
Saksi melaporkan tembakan mesingan di Medan Sabaa Bahrat, terletak di tengah Damsyik.
“Tembakan mesingan kedengaran di Medan Sabaa Bahrat. Anggota keselamatan bersenjata Kalashnikov dilihat di kawasan yang juga lokasi Bank Pusat,” kata mereka.
Kejadian tembak menembak juga dilaporkan meletus di Baghdad Street, jalan raya utama dekat medan berkenaan.
Sekat laluan
FSA juga cuba menyekat laluan keluar masuk dari Aleppo di utara, ke Daraa di selatan dan dari Deir Ezzor di timur ke Latakia di persisiran pantai.
Beberapa jam selepas pengumuman berkenaan, aktivis dan pemerhati melaporkan, helikopter tentera membedil daerah Qaboon di Damsyik.
Pemberontak serta tentera turut bertempur di kawasan penempatan Al-Midan dan Al-Hajar al-Aswad.
“Tentera kerajaan menggunakan helikopter dilengkapi mesingan untuk menyerang Qaboon,” kata Pemantau bagi Hak Asasi Syria beribu pejabat di Britain,
Aktivis di Damsyik memberitahu, serangan helikopter dilancarkan selepas FSA di Qaboon menangkis cubaan tentera menawan semula kawasan itu.
Tentera turut menyerang kawasan kejiranan dengan mortar dan melepaskan tembakan ke semua arah di daerah itu daripada helikopter yang terbang rendah, kata aktivis yang memperkenalkan dirinya sebagai Omar.
Di Manila, laporan menyatakan, pekerja Filipina yang cuba lari dari medan konflik didenda AS$10,000 (RM35,0000) oleh majikan mereka sebelum dibenarkan meninggalkan negara itu.
Perkara terbabit didedahkan Kementerian Luar Filipina, semalam.
Majikan Syria menuntut pekerja itu memulangkan wang untuk membawa mereka bekerja di sana, kata jurucakap Kementerian Luar, Raul Hernandez. - AFP
Bollywood 100 tahun 2013
Mumbai: Dua peminat filem Bollywood yang kecewa dengan kurangnya suasana glamor dan kemeriahan menjelang ulang tahun ke-100 industri filem berkenaan, cuba menyerikan bandar Mumbai dengan melakar mural bertemakan aktor terkenal India.
Antara lukisan mereka termasuk imej pelakon Amitabh Bachchan menghisap rokok ketika zaman mudanya yang dilukis cantik di tembok tepi jalan, meniru gaya lukisan seni poster menggunakan tangan. Karektor Vijay dalam filem Deewar pada 1975 mengisahkan watak jahat dipegang oleh Bachchan.
Watak berkenaan kini diberi penghormatan untuk diletakkan di jalan raya daerah Bandra, kawasan kediaman ramai bintang filem Bollywood. - AFP

Bot untuk bawa pelancong Olimpik di London
BENTUK bot yang membawa pelancong Sukan Olimpik menyeberangi Sungai Thames berlabuh di sebuah pelabuhan di Pula, Croatia semalam.- REUTERS
LONDON - Sebuah bot yang berukuran 37 meter panjang dan lebar 17.5 meter akan membawa pelancong-pelancong Sukan Olimpik menyeberang Sungai Thames di London.
LONDON - Sebuah bot yang berukuran 37 meter panjang dan lebar 17.5 meter akan membawa pelancong-pelancong Sukan Olimpik menyeberang Sungai Thames di London.
Bot itu boleh membawa 600 penumpang.
Ketika ini bot tersebut berada di sebuah pelabuhan di Pula, Croatia.
Sukan Olimpik London akan diadakan pada 27 Julai hingga 12 Ogos depan. - REUTERS
Orang utan sambut ulang tahun ke-50 tahun
MAJOR mencium Laurent.- AFP |
Pada majlis itu, pengurus zoo itu, Sebastien Laurent memberikan secubit kek untuk disuapkan ke dalam mulut haiwan tersebut yang bernama Major.
Orang utan itu yang lahir di Indonesia menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-50.
Major yang seberat 125 kilogram dipercayai orang utan dalam kurungan yang paling tua yang masih hidup. - AFP
Pemberontak lancar serangan besar-besaran
GAMBAR yang disiarkan oleh media kumpulan pemberontak, Shaam News Network semalam menunjukkan bangunan kediaman yang musnah akibat pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak di Homs tengah Syria.- AFP BEIRUT - Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad semalam menyatakan pertempuran membebaskan ibu kota Damsyik sudah bermula.
Pertempuran sengit dilaporkan telah berlalu di ibu kota tersebut sejak Ahad lalu.
"Kami mengalihkan pertempuran dari wilayah Damsyik ke ibu kota," kata jurucakap FSA yang berpangkalan di Homs, Kolonel Kassem Saadeddine.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk mengawal keseluruhan Damsyik.
Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar bermula sejak Mac lalu.
Menurut pihak berkuasa Maghribi, seramai 20,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Beberapa buah helikopter dilaporkan ditempatkan di Damsyik buat kali pertama bagi melancarkan serangan ke arah kawasan perumahan yang didiami penduduk anti-Bashar.
Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan pihaknya menyokong pelan damai Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan bagi menamatkan konflik di Syria. Beliau menyatakan demikian kepada Annan di Moscow. - Agensi
Kemarau terburuk di AS
SEEKOR lembu meragut rumput di kawasan yang kering di Hays, Kansas pada 6 Julai lalu.- Agensi |
Menurut agensi itu, kira-kira 55 peratus wilayah di AS mengalami kemarau pada bulan lalu.
Pada tahun 1956, kemarau melanda 58 peratus daripada wilayah AS.
Cuaca panas dan kering akan berterusan dalam tempoh dua minggu lagi.
Ia akan menyebabkan tanaman jagung dan kacang soya di tengah AS terjejas.
Seorang ahli meteorologi untuk agensi cuaca MDA EarthSat, Don Keeney berkata, cuaca kering akan berterusan di Illinois, Iowa, Kansas, Nebraska, Minnesota, Dakota dan selatan Wisconsin. - Agensi