Pages

Wednesday, July 18, 2012

Pasang CCTV bendung rasuah

DHAKA: Bangladesh mencuba untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai anggota birokrat di Kementerian Pendidikan yang mengambil rasuah untuk perkhidmatan mereka, dengan memasang beberapa kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat utama di bandar ini.
Menteri Pendidikan, Nurul Islam Nahid dalam upacara memasang kamera litar tertutup itu berkata, “Pegawai harus menukar cara berfikir mereka dan yang mereka bekerja untuk pembayar cukai.” 
Katanya, ia menjadi imej buruk kerana orang ramai terpaksa berhadapan dengan pegawai atau pekerja yang meminta rasuah untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Sistem pendidikan di Bangladesh dicemari oleh guru yang membayar rasuah untuk mendapatkan jawatan tinggi, perhimpunan politik kampus ganas yang menyebabkan empat pelajar terbunuh sejak Januari tahun ini, dan ahli birokrat yang dibayar gaji rendah dan tidak mempunyai insentif untuk membantu pembayar cukai.

Orang ramai mula marah dengan ketidakcekapan Kementerian Pelajaran di mana sumber dalaman berkata, permintaan rasuah semakin berleluasa di dalam negara di mana Tahap Ketelusan Antarangbangsa meletakkan negara itu sebagai berada di paras terbawah dalam indeks rasuah 2011.

Seorang pegawai yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, “Rasuah semakin berleluasa dalam sektor pendidikan.” - Reuters

No comments:

Post a Comment