Pages
▼
Wednesday, May 16, 2012
Jalan Kaki
Jalan Kaki
Diriwayatkan dari Abi Qalabah daripada Abi Asma' dari Tsauban dari Rasulullah SAW:
Apabila kamu melihat panji panji hitam dari sebelah Khurasan, maka hendaklah kamu mendatanginya dengan berjalan kaki kerana sesungguhnya bersamanya terdapat khalifah Allah Al Mahdi.
- Albad'u Wattarikh (Juzuk 1 m/s 174)
- Kharidatul 'Ajaib (m/s 197)
Dari banyak hadis yang menggesa umat Islam mendatangi Panji Hitam Al Mahdi dari Khurasan hanya hadis ini yang menyatakan supaya mendatangi mereka dengan “BERJALAN KAKI”
Apakah ini indikasi bahawa didalam tentera Al Mahdi nanti akan ada tentera jalan kaki yang terdiri dari orang awam yang akan datang untuk berbaiah dengan Panji Hitam Al Mahdi.
Nah, jika begitu halnya, kita umat Islam di Malaysia terpaksa mengharungi perjalanan yang sangat jauh untuk datang berbaiat tanpa tunggangan berupa kuda.Adakah ini disebabkan adanya salji tebal yang akan meliputi bumi sehingga terputus jalan-jalan dan tidak ada tunggangan berupa kuda yang dapat digunakan untuk pergi menuju mereka nanti.
Maka dengan isyarat hadis ini, sesiapa yang ingin meneruskan niat untuk datang berbaiah kepada mereka akan terpksa meredah bumi negara asing dengan salji meliputi bumi dan menggalas beban dan senjata semata-mata untuk berjuang bersama-sama Thoifah Mansrah Akhir Zaman nanti.
Persoalannya siapakan yang akan mampu berbuat demikian dalam keadaan extreme tersebut?
Jika orang dari Malaysia atau rantau Nusantara , cuaca sejuk adalah halangan terbesar bagi kita untuk aktif dalam kerja seharian, maka adakah ini isyarat lain bahawa hanya mereka2 yang telah sedia berada di kawasan sejuk melampau seperti Afgahanistan dan wilayah Khurasan sahaja mampu berbuat demikian.
Pastinya bukan calang-calang orang mampu berbuat demikian, dan hanya mereka yang terpilih disisi Allah SWT sahaja akan berpeluang untuk berbait dan berjuang.
Islam Menang Atau Syahid!
http://www.facebook.com/jihad.almahdi
12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI
12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah
http://www.facebook.com/leabaiduri
Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..
Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.
Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu menangkap 5 pelajar tersebut.
Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya. Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.
Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
- Pemimpin yang adil;
- pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
- seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
- 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
- lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
- seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
- dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)
Okey, mari kita hurai sikit..
Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.
Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan sebagainya.
Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..
“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.
Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda di atas.
Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.
Kesimpulan:
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. (IH)
By-Ibnu Hasyim

Buka Minda, Bukakan Mata Hati Anda Lihatlah Kebesaran Allah Di Sekeliling Kita...
Buka Minda, Bukakan Mata Hati Anda Lihatlah Kebesaran Allah Di Sekeliling Kita...
"Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya." (Al Furqan:53)
Subhanallah...
-Sila klik Share untuk kongsikan bersama rakan-rakan anda-
Perkongsian dari Fitrihadi.com
Pahala solat berjemaah..
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Dalam hadis-hadis yang lain terdapat juga pendapat yang mengatakan sembahyang berjemaah itu lebih baik dari sembahyang bersendirian sebanyak 20, 25 kali ganda, 50 kali ganda.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang seseorang dalam berjamaah melebihi sembahyang bersendirian, samada di rumahnya ataupun di pasar dengan 20 darjat. (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang berjamaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang. (HR Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)
Pahala makmum yang sembahyang betul-betul dibelakang imam ialah 100 kali ganda sembahyang bersendirian. Pahala makmum yang sembahyang di sebelah kanan imam ialah 75 kali ganda sembahyang bersendirian. Pahala makmum yang sembahyang di sebelah kiri imam ialah 50 kali ganda sembahyang bersendirian. (Mereka ini hendaklah yang cukup umur dan faham hukum) Lain-lain makmum 25 kali ganda.
Sembahyang berjemaah di tempat terbuka misalnya di padang mendapat pahala 50 kali ganda sembahyang bersendirian. Ia merupakan satu dakwah dalam bentuk perbuatan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang berjamaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang. (HR Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)
Manakala sembahyang berjemaah di atas bukit pula diberikan pengampunan dosa.
http://nasbunnuraini.wordpress.com/
Tahanan Palestin setuju akhiri mogok lapar
myMetro | Tahanan Palestin setuju akhiri mogok lapar:
"RAMALLAH: Tahanan Palestin yang mogok lapar bersetuju untuk menamatkan tindakan mereka semalam selepas Israel berjanji untuk meningkatkan keadaan di penjara.
“Semua pihak menandatangani perjanjian untuk mengakhiri mogok itu,” kata Qadura Fares, Ketua Kelab Tahanan Palestin kepada wartawan selepas rundingan beberapa jam antara pegawai penjara dengan tahanan kanan di Penjara Ashkelon.
Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman mengesahkan kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Anggota Jihad Islam, Bilal Diab dan Thaer Halahla yang tidak makan sejak 76 hari lalu, juga bersetuju menamatkan mogok mereka. - AFP"
'via Blog this'

Palestin sambut Hari Nakba
myMetro | Palestin sambut Hari Nakba:
Rejim Zionis juga melaporkan, roket yang dilepaskan dari Gaza jatuh di selatan Israel.
Sambutan berkenaan pada masa lalu sering mencetuskan pertempuran dengan tentera dan polis.
Tunjuk perasaan utama dijadual diadakan di Ramallah, Tebing Barat. Rancangan juga diatur untuk mengadakan tunjuk perasaan serupa berhampiran penjara tentera di Ofer dan pusat pemeriksaan Qalandia.
Jawatankuasa Pengawasan Tertinggi Arab yang mewakili masyarakat Arab di Israel menggesa diadakan mogok umum dan mengatur lawatan ke kawasan yang dulunya perkampungan Palestin.
Kira-kira 160,000 orang yang tinggal kini dikenali sebagai Arab Israel.
Mereka kini berjumlah seramai 1.3 juta orang atau 20 peratus daripada populasi Israel.
Jurucakap polis Israel, Mark Rosenfeld berkata, pasukan tambahan sudah dikerah untuk menghadapi sambutan Hari Nakba itu.
“Kami menyelaraskan kawalan dengan tentera dan polis sempadan dan berharap tiada keganasan berlaku,” katanya.
Tahun lalu, tentera Israel melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan dari Lubnan dan Syria. Empat penunjuk perasaan Syria dan 10 dari Lubnan terbunuh sementara ratusan lagi cedera. - AFP
'via Blog this'
BAITULMAQDIS: Penduduk Palestin dan warga Israel keturunan Arab semalam menyambut ulang tahun Hari Nakba atau ‘Bencana’ bagi memperingati pengusiran ratusan ribu warga Palestin berikutan penubuhan Israel pada 1948.
Tunjuk perasaan diadakan di seluruh wilayah Palestin. Sementara itu, pertempuran dilapor meletus antara polis dengan penunjuk perasaan awal semalam di Issawiya, timur Baitulmaqdis.
Rejim Zionis juga melaporkan, roket yang dilepaskan dari Gaza jatuh di selatan Israel.
Tentera dan polis Israel dilapor diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga menjelang ulang tahun sambutan itu.
Sambutan berkenaan pada masa lalu sering mencetuskan pertempuran dengan tentera dan polis.
Tunjuk perasaan utama dijadual diadakan di Ramallah, Tebing Barat. Rancangan juga diatur untuk mengadakan tunjuk perasaan serupa berhampiran penjara tentera di Ofer dan pusat pemeriksaan Qalandia.
Pada masa sama, perhimpunan besar-besaran juga diadakan di Semenanjung Gaza.
Jawatankuasa Pengawasan Tertinggi Arab yang mewakili masyarakat Arab di Israel menggesa diadakan mogok umum dan mengatur lawatan ke kawasan yang dulunya perkampungan Palestin.
Dalam peristiwa 64 tahun lalu, 760,000 penduduk Palestin, yang kini dianggar berjumlah 4.7 juta orang dengan waris mereka, diusir dari kediaman masing-masing berikutan peperangan yang mengiringi perisytiharan penubuhan Israel.
Kira-kira 160,000 orang yang tinggal kini dikenali sebagai Arab Israel.
Mereka kini berjumlah seramai 1.3 juta orang atau 20 peratus daripada populasi Israel.
Jurucakap polis Israel, Mark Rosenfeld berkata, pasukan tambahan sudah dikerah untuk menghadapi sambutan Hari Nakba itu.
“Kami menyelaraskan kawalan dengan tentera dan polis sempadan dan berharap tiada keganasan berlaku,” katanya.
Tahun lalu, tentera Israel melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan dari Lubnan dan Syria. Empat penunjuk perasaan Syria dan 10 dari Lubnan terbunuh sementara ratusan lagi cedera. - AFP
'via Blog this'
20 jam meringkuk dalam bonet
myMetro | 20 jam meringkuk dalam bonet:
ROME: Pendatang tanpa izin memang diketahui sanggup melakukan apa saja asalkan dapat menyusup masuk ke Itali, tetapi penemuan terbaru semalam dianggap begitu luar biasa.
Menurut polis, pemuda berusia 18 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu berharap dapat masuk ke Itali melalui Bari dengan cara begitu.
“Ketika ditemui, pemuda itu bersembunyi di celah enjin kereta dengan berbekalkan sebotol air dan sehelai selimut,” katanya.
Jurucakap imigresen Bari berkata, mereka menahan kereta berkenaan selepas mendapati pemandu dan penumpangnya - kedua-duanya warga Bulgaria - dalam keadaan cemas.
Jurucakap itu berkata, pemandu terbabit dikenali sebagai Kaloyanov Ivaylo, 24, manakala temannya Georgieva Stanislava, 39.
Pemuda Afghanistan itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Feri berkenaan berlepas dari Patras pada pagi Ahad sebelum singgah di Igoumenitsa dan menyambung perjalanan ke Bari.
Laluan itu memang popular di kalangan penyeludup manusia yang mengenakan caj minimum 5,000 euro (RM19,664) untuk masuk ke Itali. - DM
'via Blog this'
KEADAAN pendatang asing tanpa izin ketika dia ditemui pegawai imigresen Itali di Bari, semalam. |
ROME: Pendatang tanpa izin memang diketahui sanggup melakukan apa saja asalkan dapat menyusup masuk ke Itali, tetapi penemuan terbaru semalam dianggap begitu luar biasa.
Seorang pemuda Afghanistan sanggup bersembunyi dalam bonet kereta dengan posisi mengerekot selama 20 jam.
Menurut polis, pemuda berusia 18 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu berharap dapat masuk ke Itali melalui Bari dengan cara begitu.
Bagaimanapun, kata sumber, usahanya gagal apabila pegawai imigresen melakukan pemeriksaan mengejut dan menemuinya dalam bonet kereta Nissan berkenaan.
“Ketika ditemui, pemuda itu bersembunyi di celah enjin kereta dengan berbekalkan sebotol air dan sehelai selimut,” katanya.
Jurucakap imigresen Bari berkata, mereka menahan kereta berkenaan selepas mendapati pemandu dan penumpangnya - kedua-duanya warga Bulgaria - dalam keadaan cemas.
Katanya, kereta itu baru saja tiba di Bari menaiki feri dari Greece.
Jurucakap itu berkata, pemandu terbabit dikenali sebagai Kaloyanov Ivaylo, 24, manakala temannya Georgieva Stanislava, 39.
“Kedua-dua mereka ditahan, manakala pendatang tanpa izin itu terpaksa dibantu keluar dari bonet berkenaan kerana berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya.
Pemuda Afghanistan itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Feri berkenaan berlepas dari Patras pada pagi Ahad sebelum singgah di Igoumenitsa dan menyambung perjalanan ke Bari.
Laluan itu memang popular di kalangan penyeludup manusia yang mengenakan caj minimum 5,000 euro (RM19,664) untuk masuk ke Itali. - DM
'via Blog this'
‘Jutawan segera’ tak mengaku curi
Berita Harian Online | ‘Jutawan segera’ tak mengaku curi:
Pergi ke luar negara lepas bank tersilap masuk wang
WELLINGTON: Seorang wanita New Zealand yang dituduh meninggalkan negara bersama pasangannya selepas sebuah bank tersilap memasukkan berjuta-juta dolar ke dalam akaunnya, mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan penggubahan wang dan mencuri.
Pendakwa menuduh Kara Hurring pergi ke China bersama pasangannya Hui Gao apabila bank Westpac secara tidak sengaja memasukkan NZ$10 juta (RM23.9 juta) ke dalam akaunnya pada April 2009 selepas beliau memohon overdraf bernilai NZ$100,000 (RM293,000).
Kesilapan itu hanya disedari selepas beberapa hari dan pada waktu berkenaan, sejumlah NZ$6.78 juta (RM16.21 juta) didakwa sudah dipindahkan ke akaun tertuduh dan pasangannya.
Pasangan kekasih itu kemudian digelar sebagai ‘jutawan dalam pelarian’ kerana sudah meninggalkan tanah air selepas ‘diberi’ wang yang begitu banyak.
Sebelum mendapat perhatian media, tertuduh bekerja di sebuah stesen minyak milik pasangannya. Hurring ditahan selepas pulang ke New Zealand pada Februari tahun lalu.
Dia muncul di Mahkamah Daerah Rotorua dan didakwa mencuri NZ$11,000 (RM23,900) dan dua tuduhan menggubah wang HK$1.5 juta (RM595,391) di Macau.
Dia yang berusia 33 tahun kemudian menafikan tahu menahu mengenai wang yang dikeluarkan dari akaun bank di Goa bukan milik pasangannya.
Pendakwa, Fletcher Pilditch turut berkata ada sedikit keraguan mengenai pengakuannya itu kerana Gao pernah memberitahu bahawa dia seorang kaya selepas menyedari bank membuat kesilapan ketika memeriksa akaun.
Pilditch memberitahu mahkamah, pasangan itu tidak melaporkan kesilapan berkenaan sebaliknya lari ke luar negara.
“Mereka tinggalkan semuanya. Mereka juga tinggalkan kucing peliharaan. Mereka biarkan tempat perniagaan begitu saja dan pergi ke Auckland serta berniat untuk tidak pulang lagi,” katanya.
Perbicaraan dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat ini. Gao ditahan di Hong Kong September tahun lalu dan dihantar pulang ke New Zealand akan berhadapan dengan perbicaraan berasingan pada tarikh yang belum diputuskan. – AFP

5 maut letupan bom di Colombia
Berita Harian Online | 5 maut letupan bom di Colombia:
BOGOTA: Lima maut manakala 17 lagi cedera apabila dalam letupan bom di tengah ibu negara Colombia semalam yang disifatkan Presiden Juan Manuel Santos sebagai serangan yang mensasarkan bekas Menteri Dalam Negeri.
“Saya diberitahu bahawa letupan bom itu bagi membunuh Fernando Londono. Ketika kejadian dia di dalam kereta kalis pelurunya," kata Santos, yang terpaksa membatalkan lawatannya ke Cartagena bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.
“Dr Londono kini dalam keadaan stabil di hospital," kata Santos sambil menambah pemandu dan pengawal keselamatan peribadi bekas menteri itu terbunuh.Datuk Bandar Bogota, Gustavo Petro dalam halaman Twitter berkata, suspek pengebom sudah ditahan dan pihaknya sedang menonton semula video dari CCTV di tempat kejadian.
Setakat ini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam serangan itu yang berlaku di jalan raya sesak di Calle 74 dan Avenida Caracas, di barat laut ibu negara itu. - AFP

Mogok lapar Palestin berakhir
Berita Harian Online | Mogok lapar Palestin berakhir:
RAMALLAH: Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.
Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.
Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.
Beribu-ribu lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar.
Di Gaza, penduduk Palestin menjerit ‘Allahu Akbar’ dan ‘Alhamdulillah’ menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan dan pihak berkuasa penjara Israel.
Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur.
Perjanjian itu menamarkan salah satu bantahan terbesar tahanan Palestin apabila dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama.
Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari.
“Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum.
Kemeriahan juga dibantu sambutan ‘Nakba’. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk Palestin mengingati ‘malapetaka’ apabila beratus ribu lari atau diusir dari kediaman oleh pengganas Israel.
Siren kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama satu minit menjelang perarakan besar di ‘Clock Square.’
Di seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar satu kunci dan perkataan ‘kembali’ dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan kini menjadi sebahagian Israel.– AFP

Gempa 6.0 magnitud gegar Papua New Guinea
Berita Harian Online | Gempa 6.0 magnitud gegar Papua New Guinea:
NEW YORK: Kenderaan membawa konvoi pekerja pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria dilaporkan terkena letupan bom ketika melalui satu jalan raya, semalam namun tiada yang cedera.
Jurucakap PBB, Martin Nesirky, berkata kejadian berlaku di kawasan perhimpunan penunjuk perasaan di Bandar Hama.
Nesirky berkata, tiga daripada empat kenderaan PBB dilaporkan rosak teruk apabila bom meletup jam 2 petang waktu tempatan.
Misi Pemantau PBB di Syria (UNMIS) kemudian terus menghantar pasukan rondaan ke tempat kejadian. - AFP

'Nasib baik satu dalam sejuta'
Kosmo! Online - Negara:
'via Blog this'
Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my
junhairi.alyasa@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - "Saya memang tidak sangka dapat pulang dalam keadaan masih bernyawa, mungkin saya antara satu dalam sejuta yang bernasib baik kerana terselamat."
Demikian luahan rasa lega usahawan cicak tokek, Nazarrudin Saidin, 39, yang berjaya kembali ke tanah air selepas setahun menjadi mangsa culik kumpulan serpihan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, selatan Filipina pada Mei tahun lalu.
Menceritakan kembali detik cemas sebelum diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung di pulau tersebut pada Sabtu lalu, Nazarrudin berkata, dia nekad untuk melarikan diri walaupun terpaksa menempuh kawasan hutan bakau yang banyak buaya.
"Selepas saya pasti keadaan betul-betul selamat, saya terus melarikan diri pada waktu maghrib sebelum terserempak dengan sekumpulan penduduk kampung yang tahu saya adalah antara orang yang diculik.
"Mereka membantu dengan membawa saya keluar dari kawasan itu dengan menaiki sebuah bot pada pukul 9 malam. Ketika itu cuaca tidak bagus, kami sampai di Sandakan pada pukul 6.30 pagi Ahad selepas sembilan jam dipukul gelombang," ceritanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Drama penculikan setahun itu menyebabkan berat badan Nazarrudin susut 10 kilogram (kg) kepada 70kg sekarang,
Kosmo! sebelum ini melaporkan Nazarrudin ke negara tersebut kerana mahu mencari tokek iaitu cicak besar yang mempunyai nilai tinggi di pasaran gelap kerana didakwa penawar HIV.
Pada pertemuan tersebut, suasana pilu menyelubungi keluarga berkenaan apabila ibu Nazarrudin, Siti Hamdah Ahmad, 60, memeluk erat anaknya sambil menangis teresak-esak sebaik sahaja dia keluar dari kereta.
'via Blog this'
Elak guna minyak masak berulang kali
Kosmo! Online - Negara:
'via Blog this'
Oleh FAHAMI AHMAD
fahami.ahmad@kosmo.com.my
fahami.ahmad@kosmo.com.my
SERDANG – Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.
Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.
Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.
“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.
“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.
'via Blog this'
Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan
Kosmo! Online - Negara:
'via Blog this'
PUTRAJAYA - Populariti nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' terserlah apabila ia mencatat rekod baharu apabila menerima 18,243 bidaan sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari kelmarin.
Jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding rekod 4,750 bidaan tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran kenderaan siri 'WVW'.
Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) difahamkan masih bertungkus-lumus memproses serta menganalisis kesemua bidaan yang diterima berdasarkan empat kategori iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui jumlah bidaan itu di luar jangkaan serta mengejutkan mereka.
'via Blog this'
Kerusi bergerak ciptaan Honda
Kosmo! Online - Dunia:
'via Blog this'
TOKYO - Syarikat Honda Motor mencipta kerusi bergerak dengan menggunakan teknologi robotik yang dikenali sebagai Uni-Cub.
Kerusi itu mempunyai sebuah roda utama di bahagian depan dan roda kecil di bahagian belakang yang membantu ia berpusing.
Para pengguna perlu menyengetkan badan mereka ke kiri jika mahu ia bergerak mengikut arah tersebut.
Jika mahu ke kanan, pengguna perlu melakukan pergerakan yang sama dengan menyengetkan badan ke arah itu.
Setakat ini syarikat itu tidak mempunyai rancangan untuk menjual kerusi tersebut. - AGENSI
'via Blog this'
Cari makanan dalam tong sampah
Kosmo! Online - Dunia:
'via Blog this'
VANCOUVER, British Columbia - Beberapa orang mencari sisa makanan yang dibuang dalam tong sampah untuk dimakan di sini.
Mereka merupakan kumpulan yang dikenali sebagai freegan yang tidak membelanjakan wang untuk membeli makanan.
Freegan ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu free bermaksud percuma dan vegan yang merujuk kepada para pemakan sayur.
Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan.
Anggota-anggota kumpulan itu turut membuat makanan seperti sandwic daripada sisa makanan.
Matlamat kumpulan itu ialah untuk membangkitkan kesedaran orang awam tentang isu pengambilan makanan yang berlebihan. - Agensi
'via Blog this'
Polis tidak benarkan konsert Lady Gaga di Jakarta
Kosmo! Online - Dunia:
'via Blog this'
JAKARTA - Polis Indonesia semalam enggan membenarkan penyanyi terkenal, Lady Gaga mengadakan persembahan di sini.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert tersebut.
Menurut jurucakap Polis Nasional Indonesia, Saud Usman Nasution, konsert Lady Gaga yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan akan dibatalkan.
"Kami tidak akan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta," katanya.
Sebelum ini Barisan Pertahanan Islam (BPI) melancarkan bantahan di Jakarta yang berikrar menghalang penyanyi itu menjejakkan kaki di sini.
"Kami amat gembira apabila polis menghalang pemusnah moral itu (Lady Gaga) daripada datang ke negara ini.
"Sudah tentu kami menentangnya, dia hanya memakai seluar dalam dan coli," kata Pengerusi BPI Jakarta, Habib Salim Alatas.
Menurut Habib, Lady Gaga amat berbahaya kepada generasi muda Indonesia kerana dia pernah menyatakan dirinya utusan syaitan.
Pasukan Pembela Muslim juga pernah mendesak polis supaya membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para peminat Lady Gaga.
Para peminat penyanyi penyanyi tersebut mewujudkan akaun #IndonesiaSavesGaga di laman Twitter bagi meminta polis menarik kembali keputusan tersebut.
Penganjur konsert itu, Big Daddy Productions sudah menjual lebih 50,000 tiket.
Namun, ia enggan mengesahkan sama ada konsert Born This Way Ball itu telah dibatalkan secara rasmi.
Penyanyi itu dijadualkan membuat persembahan di Stadium Gelora Bung Karno.
Seorang pemegang tiket itu, Mariska Renata menyatakan dia berasa amat kecewa tentang pekembangan tersebut.
"Kami telah matang untuk memezakan antara nilai-niali moral dengan seni dan budaya," katanya.
Konsert Lady Gaga di Asia bermula sejak bulan lalu.
Sementara itu, penyanyi tersebut melawat menara Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter di Tokyo, Jepun semalam. - Agensi
'via Blog this'
Sarkozy jadi penganggur
Kosmo! Online - Dunia:
'via Blog this'
PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy keluar dari Istana Elysee semalam dengan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Sarkozy menjadi penganggur selepas Francois Hollande mengangkat sumpah menjadi Presiden bagi menggantikannya.
Hollande dipilih oleh rakyat bagi menggantikan Sarkozy dalam pilihan raya Presiden yang diadakan baru-baru ini.
Sarkozy, 57, dilaporkan mahu menghabiskan masa bersama keluarga dan isterinya yang ketiga, Carla Bruni yang juga seorang model dan penyanyi.
Beberapa pembantu kanannya menyatakan beliau akan menjadi peguam semula selepas tidak lagi menjadi Presiden.
Bagaimanapun, beliau akan berdepan dengan siasatan rasuah dan pelanggaran peraturan kewangan dalam kempen pilihan raya.
Sarkozy akan turut disiasat berhubung peranannya dalam urus niaga senjata sama ada beliau menerima rasuah. - AFP
'via Blog this'
Filem The Avengers kutip lebih RM3 bilion
Kosmo! Online - Dunia:
'via Blog this'
LOS ANGELES - Filem The Avengers memperoleh kutipan pecah panggung lebih AS$1 bilion (RM3.08 bilion) di seluruh dunia, kata beberapa pegawai kelmarin.
Menurut laman industri IMDb, filem tersebut memperoleh kutipan sebanyak AS$$1,002,082 (RM3,083,406).
Menurut agensi Exhibitor Relations yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, filem tersebut mengutip sebanyak AS$207 juta (RM638.3 juta) pada tayangan pembukaan dua minggu lalu menambah kutipan sebanyak AS$103.1 juta (RM317.8 juta) pada hujung minggu lepas di Amerika Utara.
Filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama pengeluar komik terkenal, Marvel itu diadaptasi daripada komik bersiri paling popular, The Avengers.
Ia mengisahkan watak Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye dan Black Widow mengalahkan kuasa jahat yang diketuai oleh Loki. - AFP
'via Blog this'