Pages

Wednesday, May 16, 2012

‘Jutawan segera’ tak mengaku curi

Berita Harian Online | ‘Jutawan segera’ tak mengaku curi:
Pergi ke luar negara lepas bank tersilap masuk wang

WELLINGTON: Seorang wanita New Zealand yang dituduh meninggalkan negara bersama pasangannya selepas sebuah bank tersilap memasukkan berjuta-juta dolar ke dalam akaunnya, mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan penggubahan wang dan mencuri. 

Pendakwa menuduh Kara Hurring pergi ke China bersama pasangannya Hui Gao apabila bank Westpac secara tidak sengaja memasukkan NZ$10 juta (RM23.9 juta) ke dalam akaunnya pada April 2009 selepas beliau memohon overdraf bernilai NZ$100,000 (RM293,000).


Kesilapan itu hanya disedari selepas beberapa hari dan pada waktu berkenaan, sejumlah NZ$6.78 juta (RM16.21 juta) didakwa sudah dipindahkan ke akaun tertuduh dan pasangannya.
Pasangan kekasih itu kemudian digelar sebagai ‘jutawan dalam pelarian’ kerana sudah meninggalkan tanah air selepas ‘diberi’ wang yang begitu banyak. 

Sebelum mendapat perhatian media, tertuduh bekerja di sebuah stesen minyak milik pasangannya. Hurring ditahan selepas pulang ke New Zealand pada Februari tahun lalu. 

Dia muncul di Mahkamah Daerah Rotorua dan didakwa mencuri NZ$11,000 (RM23,900) dan dua tuduhan menggubah wang HK$1.5 juta (RM595,391) di Macau. 

Dia yang berusia 33 tahun kemudian menafikan tahu menahu mengenai wang yang dikeluarkan dari akaun bank di Goa bukan milik pasangannya. 
Pendakwa, Fletcher Pilditch turut berkata ada sedikit keraguan mengenai pengakuannya itu kerana Gao pernah memberitahu bahawa dia seorang kaya selepas menyedari bank membuat kesilapan ketika memeriksa akaun. 

Pilditch memberitahu mahkamah, pasangan itu tidak melaporkan kesilapan berkenaan sebaliknya lari ke luar negara. 

“Mereka tinggalkan semuanya. Mereka juga tinggalkan kucing peliharaan. Mereka biarkan tempat perniagaan begitu saja dan pergi ke Auckland serta berniat untuk tidak pulang lagi,” katanya. 

Perbicaraan dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat ini. Gao ditahan di Hong Kong September tahun lalu dan dihantar pulang ke New Zealand akan berhadapan dengan perbicaraan berasingan pada tarikh yang belum diputuskan. – AFP 
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment