Pages

Wednesday, May 16, 2012

5 maut letupan bom di Colombia

Berita Harian Online | 5 maut letupan bom di Colombia:
BOGOTA: Lima maut manakala 17 lagi cedera apabila dalam letupan bom di tengah ibu negara Colombia semalam yang disifatkan Presiden Juan Manuel Santos sebagai serangan yang mensasarkan bekas Menteri Dalam Negeri. 

“Saya diberitahu bahawa letupan bom itu bagi membunuh Fernando Londono. Ketika kejadian dia di dalam kereta kalis pelurunya," kata Santos, yang terpaksa membatalkan lawatannya ke Cartagena bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.
“Dr Londono kini dalam keadaan stabil di hospital," kata Santos sambil menambah pemandu dan pengawal keselamatan peribadi bekas menteri itu terbunuh.
Datuk Bandar Bogota, Gustavo Petro dalam halaman Twitter berkata, suspek pengebom sudah ditahan dan pihaknya sedang menonton semula video dari CCTV di tempat kejadian. 

Setakat ini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam serangan itu yang berlaku di jalan raya sesak di Calle 74 dan Avenida Caracas, di barat laut ibu negara itu. - AFP
'via Blog this'

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete