Cyberita Online Luar Negara:
BEIJING: Seorang wanita meletupkan dirinya sebagai membantah tindakan merobohkan rumahnya di barat daya China, semalam.
Tindakan wanita itu menyebabkan dua orang terbunuh dan mencederakan 14 orang lain, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.Wanita itu, yang turut terbunuh, berada di pejabat pemerintah daerah di wilayah Yunnan bagi merundingkan pampasan bagi rumahnya yang dirobohkan apabila beliau tiba-tiba meletupkan bahan letupan yang terpasang di badannya.'Kami telah mulakan siasatan. Saya tidak boleh beritahu apa-apa kepada anda tetapi tiga orang terbunuh dan 14 orang cedera,' kata seorang pegawai yang dihubungi melalui telefon di pejabat pemerintah tempatan.Pegawai itu juga tidak mahu memberikan namanya.'Dalam kalangan mereka yang cedera, empat cedera parah dan kini dalam perjalanan ke sebuah hospital di Kunming,' tambah pegawai itu, merujuk kepada ibu kota wilayah Yunnan.Seorang saksi memberitahu agensi berita Xinhua bahawa wanita itu meletupkan dirinya setelah beliau diminta menandatangani dokumen berkaitan pampasan yang akan diterima.Dia dipercayai terbunuh serta-merta.Tiada butiran lanjut tentang pertikaian antara wanita itu dengan pemerintah China.Namun, tindakan pemerintah China merampas tanah dan memaksa warganya berpindah sering mencetuskan bantahan di negara dengan lebih 1.3 bilion penduduk itu. -- AFP.
'via Blog this'
Pages
▼
Friday, May 11, 2012
Israel didesak bebas tahanan Palestin
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:
'via Blog this'
RAMALLAH 10 Mei - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mendesak Israel mendakwa atau membebaskan tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar selepas sekumpulan aktivis mengadakan tunjuk perasaan di luar pejabat pertubuhan itu, di Tebing Barat, semalam.
Desakan itu dibuat melalui jurucakapnya dalam satu kenyataan selepas para aktivis menulis surat kepadanya meminta badan dunia itu bertindak bagi membantu menyelamatkan tahanan Palestin yang berada dalam keadaan kritikal.
“Ki-moon sangat prihatin dengan keadaan kesihatan tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar dalam penjara Israel, yang didakwa pihak itu (rejim Zionis Israel) sebagai penahanan pentadbiran," kata jurucakapnya, Martin Nesirky.
Menurutnya, pemimpin itu turut menyuarakan kebimbangan dengan keadaan tahanan terbabit yang semakin lemah.
“Beliau mengulangi pendiriannya bahawa penahanan tersebut perlu dibuat melalui pendakwaan dan perbicaraan dengan jaminan kehakiman atau dibebaskan segera," katanya.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan mendesak langkah bagi membantu tahanan yang semakin lemah dengan cara menyekat pekerja PBB daripada memasuki pejabat mereka di Ramallah.
Ketika ini, lebih satu pertiga daripada 4,700 tahanan Palestin yang dipenjarakan Israel melancarkan mogok lapar bagi membantah penahanan mereka.
Dua daripada mereka, Bilal Diab, 27, dan Thaer Halahla, 33, melancarkan mogok lapar masuk hari ke-71 hari ini kerana membantah penahanan mereka yang dibuat tanpa pendakwaan.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah kelmarin, memberi amaran enam tahanan terbabit berada dalam keadaan kritikal dan meminta pihak Israel membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Namun, sehingga kini, Israel menolak semua rayuan yang dikemukakan tahanan dan menghalang anggota keluarga mengunjungi tahanan. - AFP
'via Blog this'
2 letupan di Damsyik, 40 maut
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:
'via Blog this'
BEIRUT 10 Mei - Dua letupan menggegarkan bangunan perisikan tentera di ibu negara Syria hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 103 yang lain cedera.
Siaran televisyen Syria dalam laporannya menuduh 'pengganas' bertanggungjawab dalam serangan di selatan Damsyik itu dan turut menyiarkan berpuluh-puluh kenderaan terbakar dan terbalik serta ketulan daging manusia yang bertaburan.
Serangan tersebut berlaku sehari selepas sebutir bom meletup berhampiran pasukan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan memantau pelan gencatan senjata.
Serangan hari ini juga berlaku kurang dua minggu selepas seorang pengebom berani mati membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang di Damsyik.
Penduduk Damsyik berkata, letupan itu berlaku di kawasan yang sama pada pukul 8 pagi ( 1 petang waktu Malaysia).
Rakaman video amatur yang disiarkan pihak media menunjukkan dua kepulan asap menjulang ke udara, satu daripadanya terbentuk daripada asap tebal.
Stesen televisyen tempatan turut menyiarkan imej kawah besar yang terbentuk dan sekurang-kurang sebuah lori terbalik akibat letupan itu.
Dinding bangunan yang terletak berhadapan dengan kawasan kejadian turut runtuh dan bunyi tembakan turut kedengaran sekali-sekala.
Seorang lelaki yang berada di tempat kejadian menunjukkan ke arah kereta yang musnah sambil sambil menyalahkan Arab Saudi sebagai bertanggungjawab dalam letupan tersebut kerana membiayai kumpulan pemberontak untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
"Adakah ini kebebasan? Ini adalah perbuatan Arab Saudi," katanya. - REUTERS
'via Blog this'
11 paramugari turut terkorban
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:
'via Blog this'
JAKARTA 10 Mei - Seramai 11 daripada 14 pramugari Sky Air yang sempat merakamkan foto bersama di hadapan pesawat Sukhoi Superjet 100 dilaporkan antara anak kapal yang menyertai penerbangan sulung pesawat itu di Indonesia sebelum terhempas di Gunung Salak.
Kesemua 11 pramugari itu ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.
Ogos lalu, PT Sky Aviation menandatangani pembelian 12 pesawat Sukhoi Superjet 100.
Setahun sebelumnya, Kartika Airline melakukan hal serupa untuk membeli 30 pesawat tersebut.
Pengiriman Superjet 100 untuk kedua-dua syarikat penerbangan tersebut bermula tahun ini.
Sementara itu, Aleksandr Yablontsev yang merupakan juruterbang Sukhoi Superjet 100 baru pertama kali menerbangkan pesawat berkenaan di ruang udara Indonesia.
Juruterbang kelahiran Rusia itu dipertanggungjawabkan menerbangkan Sukhoi dalam acara demonstrasi sulung beliau di Jakarta.
“Juruterbang itu kali pertama menerbangkan pesawat itu di Indonesia," jelas perunding perniagaan PT Trimarga Rekatama, Sunaryo pada sidang media di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma.
PT Trimarga Rekatama merupakan agen penjual pesawat Sukhoi Superjet 100 di Indonesia.
Menurut Sunaryo, juruterbang berkenaan merupakan seorang yang berpengalaman luas dan sudah melakukan persiapan secukupnya sebelum menerbangkan pesawat itu.
“Aleksandr sudah menerbangkan pesawat Sukhoi ini dari Rusia, Kazakhstan, Pakistan, Myanmar, dan Indonesia," tambah Sunaryo.
Berdasarkan laporan penumpang yang dikeluarkan, terdapat lapan warga negara Rusia yang juga terlibat dalam penghasilan pesawat Sukhoi ikut serta dalam penerbangan sulung itu. - UTUSAN
'via Blog this'
47 mayat nahas Sukhoi ditemui
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:
'via Blog this'
JAKARTA 10 Mei - Sebanyak 47 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang dilaporkan hilang, semalam ditemui petang ini.
Jurucakap Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas), Gagah Prakoso berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sekitar lereng Gunung Salak petang ini dan menemui bangkai pesawat dan juga mangsa nahas.
"Kesemua mayat tersebut terpaksa diangkut keluar melalui udara esok (Jumaat) memandangkan proses pemindahan agak sulit," jelas Gagah.
Pesawat buatan Rusia itu ditemui di ketinggian 5,400 kaki di daerah Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat
Pasukan mencari dan menyelamat menemui serpihan pesawat itu yang dilaporkan hilang pada petang Rabu yang membawa kira-kira 50 penumpang.
Sehingga petang ini, Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas) belum menemui mangsa yang terselamat di sekitar lokasi pesawat itu jatuh.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam kenyataan media di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di sini hari ini meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi terhadap nahas itu untuk mengetahui puncanya.
Susilo juga mengarahkan Ketua Basarnas, Marshal Madya Daryatmo mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa para penumpang.
Ketua Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan KNKT) Tatang Kurnadi berharap pasukan penyelamat dari Basarnas dapat menemui kotak hitam dari pesawat itu. - UTUSAN
'via Blog this'
APA ITU ISTIDRAJ?
By Harlina Binti Ahya Ulumuddin
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
Tapi, hidup mereka biasa sahaja.
Ada yang susah juga. Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.
Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.
Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.
Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.
Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.
Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.
Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.
Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahu a'lam
Ban gesa Israel bicara, bebas tahanan Palestin
RAMALLAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam menggesa rejim Zionis membicara atau membebaskan tahanan Palestin yang mogok lapar di penjara Israel.
Gesaan itu dibuat selepas aktivis Palestin mengecam sikap membisunya berhubung perkara itu di luar pejabat badan dunia berkenaan di Tebing Barat.
Puluhan penunjuk perasaan yang menggesa tindakan untuk membantu tahanan yang semakin lemah, menyekat kakitangan PBB daripada memasuki pejabat PBB di Ramallah.
Lebih sepertiga daripada 4,700 warga Palestin yang ditahan rejim Zionis melancarkan mogok lapar sejak beberapa minggu lalu.
Dua daripada mereka, Bilal Diab, 27, dan Thaer Halahla, 33, tidak makan sejak 71 hari lalu kerana membantah penahanan tanpa perbicaraan mereka.
Mereka ditahan di bawah peraturan yang dikenali sebagai penahanan pentadbiran yang membolehkan Israel menahan suspek selama enam bulan. Ban yang mengeluarkan kenyataan menerusi jurucakapnya, menggesa Israel bertindak bagi mengelak keadaan tahanan yang mogok lapar itu daripada bertambah buruk.
“Ban mengikuti perkembangan mengenai mogok lapar oleh tahanan Palestin yang dalam tahanan Israel.
“Beliau mengulangi gesaan supaya Israel membicara atau membebaskan mereka serta-merta,’” kata jurucakapnya, Martin Nesirky. - AFP

“Tuhan ni wujud ke?”
By Teratak Ilmu
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Antara pengajaran penting:
Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. Peringatan:
Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA. Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.
Wallahu Ta`ala A`lam.
Lempar nota cemas
PENGSAN...keadaan muka Juliani yang lebam selepas dibelasah suaminya dengan kayu golf dan tali pinggang. |
KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menulis nota “tolong selamatkan ibu, kami di W1310” dan melontarnya dari tingkat 13 sebuah kondominium di Batu Kawa, di sini, bagi mendapatkan pertolongan selepas ibunya dibelasah bapanya sehingga tidak sedarkan diri, malam kelmarin.
Nyata usaha itu tidak sia-sia, apabila nota berkenaan ditemui seorang penghuni kondominium sama yang kebetulan melalui blok pangsapuri itu, biarpun agak lewat iaitu kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas 14 jam ia ditulis.
Wanita mahu dikenali sebagai Mei, 40, berkata, dia menemui nota berkenaan di kaki lima berhampiran pintu utama blok itu dan membuang kertas itu ke dalam tong sampah berhampiran selepas membacanya.
“Saya sempat membaca nota di atas kertas itu, tetapi agak ragu dengan kesahihannya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah dan pulang ke rumah.
“Namun, saya berasa tidak sedap hati sebelum kembali semula ke tong sampah tadi untuk mengambil kertas itu dan pergi ke rumah yang dinyatakan.
“Saya menekan loceng beberapa kali sebelum seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan trauma sedang menangis membuka pintu, saya lihat seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan kesan lebam di muka dan kepala,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Mei berkata, terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa seorang warga Indonesia dikenali sebagai Juliani, berusia 26 tahun, seorang suri rumah dipukul suaminya menggunakan kayu golf dan tali pinggang sehingga tidak sedarkan diri.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 malam kelmarin, apabila suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja.
“Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dipukul suaminya, tetapi kejadian kelmarin paling teruk sehingga mangsa tidak sedarkan diri kerana mendakwa suaminya memukul dan menendangnya tanpa belas kasihan.
“Suspek seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Mangsa yang sudah sedar masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Roslan berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Indonesia dan kes disiasat mengikut bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan.
‘Saya rakam untuk dedah’
NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa |
KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”
Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.
Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.
hmetro
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Loji meletup, seorang maut
Mangsa yang melecur pada badan, muka dan kaki dikenali sebagai Mohd Zamri Fithri Mat Nor, dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut |
Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, asal Dungun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur hampir separuh badan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Sinar Harian difahamkan, semasa letupan pekerja terbabit tercampak terkena saluran paip gas menyebabkan kecederaan teruk dan badan terbakar.
Sementara dua mangsa yang cedera, Mohd Zamri Mohd Nor, 24, dan Khairul Amir Mohd Sidi, 23, dari Dungun dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut masing-masing di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Tujuh lagi pekerja, identitinya masih tidak dikenal pasti, dikejar ke Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, kesemua mangsa cedera ringan dibenarkan pulang.
Pelantar setinggi 5 meter runtuh
Sejurus kejadian berlaku, pelantar berketinggian kira-kira lima meter tempat pekerja terbabit melakukan kerja-kerja penyelenggaraan runtuh.
Adun Kemasik, Ir Rosli Othman melawat mangsa di Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh jam 6.45 petang. Namun usaha wakil media masuk ke pekarangan klinik gagal.
Rosli yang ditemui di luar klinik kesal dengan kejadian berkenaan berharap Petronas lebih hati-hati dalam memilih sub kontraktor yang mahu diserahkan projek.
“Petronas patut memilih syarikat sub kontraktor yang benar-benar layak kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang,” katanya.
Lihat mangsa ‘terbang’
Letupan kuat menggemparkan 2,000 pekerja yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.
Salah seorang saksi kejadian, Demi Ismail, 50, berkata, dia terdengar satu letupan kuat diikuti asap tebal dan kelihatan api menjulang setinggi kira-kira 6 meter.
“Selepas itu saya melihat, salah seorang pekerja ‘terbang’ lalu tercampak ke dalam longkang berhampiran, saya dan beberapa rakan bergegas ke longkang itu serta cuba menyelamatkannya.
“Saya dapati muka dan tangannya melecur,” katanya.
Demi berkata, dia turut mendapati beberapa rakannya cedera dan tidak lama kemudian sekumpulan anggota unit penyelamat serta pegawai perubatan syarikat tiba di tempat kejadian.
“Kami diarah berkumpul di kawasan lapang manakala mangsa cedera diberi rawatan serta-merta. Beberapa rakan saya yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Kerteh, Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Khairul Amir dimasukkan ke Hospital Dungun kerana mengalami sesak nafas. Mohd Zamri Fithri, melecur di bahagian tangan dan kaki manakala, Ahmad Qamarul Mat Yusof, 22, dari Taman Murni Perdana, Paka hanya cedera ringan di kaki dan dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan,” katanya.
Saya sesak nafas
“Ketika sedang bekerja, tiba-tiba saya terdengar letupan kuat diikuti dengan asap tebal dan api yang menjulang tinggi,” kata Khairul Amir Mohd Sidi, salah seorang mangsa yang terselamat.
Khairul yang bekerja sebagai sebagai pembantu instrumen di syarikat kontraktor di kawasan pemprosesan gas sejak dua bulan lalu berkata, kejadian letupan itu berlaku pada jarak 200 meter dari tempatnya bekerja.
Menurutnya, selepas letupan, dia menyedari ada sesuatu tidak kena di lokasi terbabit lalu bergegas ke kawasan perhimpunan bersama rakan sekerja yang lain.
“Saya cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan lapang kerana bimbang mungkin ada lagi kejadian sama seperti itu.
“Tidak lama kemudian saya rasa sesak nafas. Saya diberi rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital,” kata Khairul.
Khairul dipercayai terhidu asap kini dirawat di Hospital Dungun dan keadaannya dilaporkan stabil.
Pada 6 April lalu, Sinar Harian menyiarkan kejadian gas bocor dipercayai ammonia di loji memproses gas Petronas di Kerteh, Kemaman.
Kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam itu mengakibatkan 22 pekerja mengalami sesak nafas teruk dan dihantar ke Hospital Dungun manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Wanita cantik Pakistan jadi mangsa simbah asid
Wajah Shama selepas disimbah asid. Gambar kecil - Wajah Shama sebelum tragedi yang meragut kecantikkan dan seluruh kehidupannya. – Foto ihsan BBC |
Kini, ibu muda kepada empat cahaya mata itu tersenarai sebagai mangsa simbahan asid di kalangan wanita Pakistan dan menjadi mangsa kepada kecantikannya sendiri.
“Saya dan suami saya sering bertengkar di rumah. Pada hari itu sebelum tidur suami saya berkata,’anda terlalu bangga dengan kecantikan anda'. Kemudian, di tengah malam, tiba-tiba dia menyimbah asid ke badan saya dan melarikan diri," katanya ketika ditemui wartawan di hospital.
Lebih parah lagi kata Shama, suaminya turut membawa telefon bimbitnya ketika melarikan diri supaya wanita malang itu tidak dapat membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan.
Sedangkan, empat bulan lalu, wanita malang yang mempunyai raut wajah yang jelita itu sedang menikmati kehidupan yang gembira ketika sambutan hari lahir anaknya tetapi kini semuanya tersimpan dalam lipatan sejarah sehingga menyebabkan keyakinan dirinya terlupus.
“Apa yang berlaku benar-benar melukakan hati saya,” katanya dipetik BBC baru-baru ini.
“Saya berasa sakit pada apa yang saya, dan apa yang saya telah menjadi," katanya, dengan air mata pemburuan arnab pipi Scorched beliau.
“Semua warna telah pergi dari hidup saya. Saya rasa seperti saya mayat hidup, malah lebih teruk daripada mayat yang hidup. Saya kini seolah-olah tidak mempunyai hak untuk hidup," katanya sambil mengesat air mata.
Laporan BBC menyebut, menurut sukarelawan di Pakistan, kes-kes serangan asid bertambah di kebanyakan kawasan, walaupun tindakan undang-undang sukar diperkenalkan pada tahun lepas.
Sementara itu, satu dokumentari yang memenangi anugerah Oscar telah meletakkan jenayah itu di bawah perhatian dengan memfokuskan lebih 150 wanita mangsa simbahan asid yang dilaporkan setiap tahun.
Sementara itu, satu dokumentari yang memenangi anugerah Oscar telah meletakkan jenayah itu di bawah perhatian dengan memfokuskan lebih 150 wanita mangsa simbahan asid yang dilaporkan setiap tahun.
Jenayah ini biasanya dilakukan oleh suami mangsa sendiri tetapi sehingga kini masih tiada undang-undang yang dapat memberikan wanita Pakistan keadilan.
Sementara itu, di Karachi, seorang bekas penari, Fakhra Younis turut mengalami nasib sama dengan Shama akhirnya memilih untuk mengakhiri nyawanya.
Fakhra dikatakantelah ‘mati’ dua kali. Kali pertama ketika dia disimbah asid dan kali kedua ketika dia membunuh diri di Itali bulan lalu.
Sebelum membunuh diri, gadis malang itu terpaksa menjalani hampir 40 kali pembedahan bagi mengembalikan kecantikan wajahnya namun, masih tetap gagal.
Aktivis berkata, Fakhra telah putus harapan untuk mendapatkan keadilan dan bekas suaminya yang berasal dari keluarga politik telah dibebaskan dari dituduh membuat serangan itu.
Dalam pada itu, kematian Fakhra telah menjadi tajuk utama di sini, tetapi menurut aktivis, sebaliknya mangsa sering dipulaukan.
“Hanya kira-kira 10 peratus kes seperti ini sampai ke mahkamah.
“Walaupun dalam kes-kes berprofil tinggi seperti Fakhra, terdapat pendakwaan yang dikemukakan lemah. Ada ketika, mangsa tidak dapat pun membuat laporan polis," kata Zohra Yusuf, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.
Namun, menurut seorang bekas ahli parlimen, Marvi Memon, pesalah terpaksa berhadapan dengan kesukaran apabila undang-undang baru yang diluluskan tahun lepas menetapkan hukuman penjara 14 tahun atau hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Tetapikatanya, masih ramai penyerang masih bebas walaupun undang-undang baru itu telah dikuatkuasakan.
“Malah jika dia (penyerang) ditangkap, mereka akan merasuah polis dan mereka akan melarikan diri.
Golongan mereka berpendapat, ini adalah cara paling mudah untuk menghukum seorang wanita. Anda hanya boleh membuang asid dan memusnahkan seluruh hidupnya dalam satu saat," katanya.
Dalam pada itu, Marvi berkata, kurangnya kesungguhan ahli politik untuk melaksanakan undang-undang adalah penyebab kepada semua masalah ini.
“Saya mahu hukuman berat dijatuhkan kepada beliau supaya hukuman itu dapat memberi pengajaran kepada semua orang agar berfikir panjang sebelum melakukan sebarang jenayah.
"Amat sukar untuk mendapatkan kerjasama antara pihak polis dengan wanita kerana mereka turut tertekan untuk berbuat demikian," katanya.
Kerajaan mengakui perlu lebih banyak lagi cara dalam membantu mangsa asid dan perlaksanaan undang-undang adalah satu cabaran besar.
“Kelulusan” undang-undang adalah langkah pertama, kata Shahnaz Wazir Ali, seorang penasihat kerajaan.
Namun beliau mempersoalkan mengapa kes ini tidak mendapat keadilan dengan cepat? Inilah sebahagian yang kita perlu buat, kita perlu lebih peka dengan polis, mahkamah dan masyarakat.
* Diterjemah dari laporan BBC
* Diterjemah dari laporan BBC
Ibrahim amat digeruni AS
WASHINGTON: Pada usia baru 30 tahun, pakar bom al-Qaeda, Ibrahim al-Asiri menjadi individu paling digeruni pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Ibrahim yang bertanggungjawab terhadap rancangan mengebom sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat baru-baru ini, amat membenci negara itu.
Berulang kali Ibrahim menghasilkan bom yang gagal dikesan pengimbas keselamatan, termasuk bom seluar dalam yang mensasarkan sebuah jet dalam penerbangan ke Detroit, Amerika Syarikat pada 2008, bom yang disembunyikan dalam katrij pencetak yang mahu diletupkannya di Chicago dan juga sebutir bom yang disembunyikan dalam tubuh adiknya yang melancarkan serangan berani mati terhadap seorang pegawai Arab Saudi.
Ibrahim, warga Saudi belajar kimia di sebuah kolej menjadi radikal selepas kematian abangnya, kata ibu bapanya.
“Kematian itu menyebabkan dia berubah menjadi berbahaya,” kata Mike Rogers, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Senat Amerika Syarikat.
“Kita mahu memastikan dia tidak mempunyai peluang untuk terus membuat bom atau menurunkan pengetahuannya kepada sesiapa saja yang ingin membuatnya,” kata Rogers.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat memberitahu media, rekaan terbaru Ibrahim membabitkan bom yang dipasang dalam tubuh pejuang serta yang tersembunyi dalam haiwan peliharaan yang dibawa menaiki pesawat, bom dalam kamera dan pemacu cakera luaran yang boleh meletup jika dipasang pada komputer riba.
“Dia begitu inovatif dalam mencari jalan untuk membuat bom yang dibawa ke dalam pesawat dan boleh mengelak daripada dikesan mesin pengimbas di lapangan terbang,” kata bekas penasihat kanan Markas Operasi Khas Amerika Syarikat, Seth Jones.
Kebencian pakar buat bom itu terhadap Amerika meningkatkan lagi ancaman.
“Ibrahim amat bencikan Amerika Syarikat. Dia benci apa yang dibawa oleh budaya Amerika kepada dunia. Dia menyokong ideologi Osama bin Laden dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bom yang boleh membunuh seberapa ramai penduduk Amerika. Dia bencikan ideologi Amerika dan nilai Barat.
Ibrahim terselamat daripada sekurang-kurangnya satu serangan dron Amerika Syarikat tahun lalu. - Agensi

Pengajaran untuk pemandu bahaya
myMetro | Pengajaran untuk pemandu bahaya:
KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland.
Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.
Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.
Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.
Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.
Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.
“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM
KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland.
WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.
Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.
Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.
Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.
Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.
“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.
Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.
“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.
Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.
Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.
“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM
Gillard tak ikut Obama
Barack Obama (kiri) dan Julia Gillard. |
PM Australia tolak perkahwinan sejenis
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tetap menolak perkahwinan sejenis meskipun Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memecah tradisi politik di negaranya apabila menyokong pasangan sama jantina berkahwin.
Saya tidak akan mengundi menyokongnya. - Julia Gillard, Perdana Menteri Australia
Pada 2004, Australia meluluskan pindaan undang-undang yang secara jekas mentakrifkan perkahwinan sebagai antara lelaki dan wanita meskipun ada pihak menganggap tekanan meningkat supaya perkara itu diubah.Disember lalu, Parti Buruh yang memerintah menarik balik penentangan terhadap perkahwinan sejenis selepas 10,000 orang berarak ke tapak persidangannya. Pada masa ini, ada dua usul dikemukakan mengenainya di Parlimen.
Pada masa sama, parti itu membenarkan anggotanya membuat keputusan sendiri mengenai perkara itu dan ini bermakna penentangan terhadap perkahwinan sejenis akan kekal kerana pengundi berkecuali biasanya tidak menyokong pasangan sama jantina berkahwin.
Ketika ditanya wartawan selepas Obama menyatakan sokongan, Gillard berkata: “Saya sudah buat keputusan dan semua orang tahu pendirian saya dalam hal ini.” Di WASHINGTON, Obama pula dilihat memperjudikan kerjaya politiknya apabila beliau secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis.
“Saya baru merumuskan bahawa adalah penting untuk saya pergi lebih jauh dalam perkara ini dan menegaskan bahawa saya berpendapat pasangan sama jantina sepatutnya boleh berkahwin,” kata Obama.
ABC News yang mewawancara Presiden Amerika itu menyifatkan langkah Obama itu boleh menggagalkan peluangnya untuk memenangi penggal kedua pada November ini.
Pada Selasa lalu, sebanyak 61 peratus penduduk Carolina Utara mengundi untuk melarang perkahwinan sejenis dan perbuatan tinggal bersama tanpa ikatan sah.
Calon Presiden Republikan, Mitt Romney pula menyatakan sokongan kepada kelulusan undang-undang berkenaan. – AFP
Mayat penumpang Sukhoi ditemui
FOTO tentera Indonesia menunjukkan serpihan pesawat Sukhoi Superjet-100 bertaburan di lereng pergunungan Bogor, semalam. |
Cubaan rampas pesawat antara teori punca nahas
CIDAHU: Lima puluh penumpang kapal terbang penumpang baru buatan Russia disahkan maut selepas anggota pasukan penyelamat menemui mayat berhampiran bangkai pesawat berkenaan yang terhempas dekat kawasan gunung berapi di Indonesia ketika melakukan penerbangan ujian bagi menarik pembeli.
Oleh kerana tempat kejadian terpencil, mayat perlu dimasukkan dalam jaring dan dibawa keluar dengan helikopter. - Gagah Prakoso, Jurucakap agensi mencari dan menyelamat kebangsaan
“Kami belum temui sesiapa yang terselamat tetapi masih meneruskan operasi mencari. Saya tidak dapat cakap apa-apa mengenai keadaan mayat,” kata Prakoso sambil menambah pesawat berkelajuan tinggi itu dipercayai melanggar cerun, meletup dan berkecai.Pihak berkuasa terputus hubungan dengan Sukhoi Superjet-100 sebaik berlepas dari lapangan terbang di Jakarta membawa wakil syarikat penerbangan Indonesia.
Kebanyakan mangsa adalah eksekutif syarikat penerbangan Batavia Airlines; Pelita Air; Air Aviastar dan Sriwijaya Air selain lima wartawan dan seorang wakil firma pengeluar pesawat Perancis. Tiada warga Malaysia terbabit dalam nahas itu.
Oleh kerana tempat kejadian terpencil, mayat perlu dimasukkan dalam jaring dan dibawa keluar dengan helikopter, kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat kebangsaan, Gagah Prakoso.
Mayat mangsa nahas kelmarin itu diterbangkan ke Jakarta untuk dikenal pasti oleh ahli keluarga.
Ahli keluarga kebanyakan menunggu semalamam di lapangan terbang menangis sebaik mendengar berita mengenai penemuan bangkai pesawat itu.
Pesawat itu berlepas awal tengahari kelmarin untuk melakukan demonstrasi penerbangan.
Kira-kira 21 minit selepas itu, juruterbang dan pembantunya dari Russia meminta kebenaran turun dari ketinggian 3,000 meter ke 1,800 meter.
Pesawat itu kemudian hilang dari radar. Tidak diketahui mengapa krew meminta menukar laluan, katanya terutama apabila mereka terlalu hampir dengan gunung berapi setinggi 2,200 meter itu.
Komunikasi antara juruterbang dan kawalan lalu lintas udara juga disiasat, kata ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan, Tatang Kurniadi.
Lebih 1,000 orang termasuk askar dan polis terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat terbabit. Helikopter yang melakukan pemantauan dari udara berhampiran gunung berapi itu menemui bangkai pesawat berkenaan.
Pesawat penumpang pertama buatan Russia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet dua dekad lalu, melanggar rabung di Gunung Salak, gunung berapi yang tidak lagi aktif. – Agensi
Askar Mesir dituduh cabul aktivis wanita selepas ditahan
KAHERAH: Kumpulan hak asasi dan penunjuk perasaan wanita kelmarin menuduh pasukan tentera Mesir dan pihak berkuasa penjara melakukan pencabulan seksual termasuk memeriksa kemaluan mereka selepas ditahan kerana terbabit dalam demonstrasi baru-baru ini.
Tuduhan terbaru itu menambah ketegangan dalam kempen pemilihan Presiden Mesir yang bakal diadakan dua minggu lagi.
Berpuluh-puluh wanita antara 300 penunjuk perasaan yang ditahan berikutan protes di luar Kementerian Pertahanan di sini, minggu lalu.
“Ini pencabulan seksual. Wanita itu cedera fizikal dan emosi,” katanya.
Sesetengah tahanan wanita yang dibebaskan berkata, mereka didera secara lisan dan seksual oleh pasukan tentera selepas ditahan.
Seorang bekas tahanan, Aya Kamal, memberitahu Jawatankuasa Hak Asasi Parlimen mengenai penderaan ketika beliau ditahan.
Kamal memberitahu jawatankuasa dalam kenyataan yang dirakam dalam televisyen bahawa dia bersembunyi dalam masjid untuk mengelak tentera yang cuba meleraikan penunjuk perasaan.
Dia berkata, askar menyerbu masuk masjid dan mereka meluahkan kemarahan selain meraba, menyepak dan meludahnya serta beberapa tahanan wanita lain.
Katanya, tahanan lelaki juga dipukul dan diancam dengan serangan seksual.
Seorang tentera memukul kepalanya dengan cotar menyebabkannya pengsan buat seketika, sementara yang lain cuba melucutkan tudung kepalanya.
Di sebuah penjara tentera, Kamal berkata anggota tentera meraikan ketibaan tahanan.
“Mereka menghina kami. Mereka buka tingkap van dan cuba sentuh tubuh kami. Kami diancam diperkosa dan mereka mengancam jika ada yang membuka mulut, mereka akan dibiarkan berada di luar bersama askar dan tiada siapa tahu apa yang terjadi,” katanya sambil mengalirkan air mata.
Seif al-Dawla berkata, kebanyakan wanita tidak bersedia untuk tampil ke khalayak kerana stigma sosial yang membabitkan isu sosial dalam masyarakat dan kerana mereka boleh dipanggil semula untuk siasatan lanjut. – AP
Tuduhan terbaru itu menambah ketegangan dalam kempen pemilihan Presiden Mesir yang bakal diadakan dua minggu lagi.
Mereka menghina kami. Mereka buka tingkap van dan cuba sentuh tubuh kami. Kami diancam diperkosa dan mereka mengancam jika ada yang membuka mulut, mereka akan dibiarkan berada di luar bersama askar dan tiada siapa tahu apa yang terjadi. - Kamal, tahanan penjara tentera.
Dalam pertuduhan yang membawa ingatan kepada pencabulan sama ketika protes terdahulu, seorang aktivis hak asasi, Aida Seif al-Dawla, berkata pengawal penjara wanita mencabul beberapa tahanan wanita dengan memeriksa kemaluan atas alasan mencari dadah.“Ini pencabulan seksual. Wanita itu cedera fizikal dan emosi,” katanya.
Sesetengah tahanan wanita yang dibebaskan berkata, mereka didera secara lisan dan seksual oleh pasukan tentera selepas ditahan.
Seorang bekas tahanan, Aya Kamal, memberitahu Jawatankuasa Hak Asasi Parlimen mengenai penderaan ketika beliau ditahan.
Kamal memberitahu jawatankuasa dalam kenyataan yang dirakam dalam televisyen bahawa dia bersembunyi dalam masjid untuk mengelak tentera yang cuba meleraikan penunjuk perasaan.
Dia berkata, askar menyerbu masuk masjid dan mereka meluahkan kemarahan selain meraba, menyepak dan meludahnya serta beberapa tahanan wanita lain.
Katanya, tahanan lelaki juga dipukul dan diancam dengan serangan seksual.
Seorang tentera memukul kepalanya dengan cotar menyebabkannya pengsan buat seketika, sementara yang lain cuba melucutkan tudung kepalanya.
Di sebuah penjara tentera, Kamal berkata anggota tentera meraikan ketibaan tahanan.
“Mereka menghina kami. Mereka buka tingkap van dan cuba sentuh tubuh kami. Kami diancam diperkosa dan mereka mengancam jika ada yang membuka mulut, mereka akan dibiarkan berada di luar bersama askar dan tiada siapa tahu apa yang terjadi,” katanya sambil mengalirkan air mata.
Seif al-Dawla berkata, kebanyakan wanita tidak bersedia untuk tampil ke khalayak kerana stigma sosial yang membabitkan isu sosial dalam masyarakat dan kerana mereka boleh dipanggil semula untuk siasatan lanjut. – AP
Loji proses gas Petronas meletup
|
DUNGUN - Seorang pekerja maut manakala seorang lagi hilang apabila pusat pemprosesan gas di Kompleks A Loji Memproses Gas Petronas yang terletak di Kerteh, Kemaman dekat sini meletup semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.40 petang itu, seramai 23 pekerja cedera dengan sembilan daripada mereka dilaporkan parah kerana melecur teruk.
Sebahagian lagi mangsa yang cedera mengalami sesak nafas. Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Zahirah di Kuala Terengganu.
Mangsa yang maut ialah Rosli Mansor, 31, dari Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini manakala pekerja yang hilang hanya dikenali sebagai Sheikh Azlan. Sehingga malam tadi, Sheikh Azlan belum ditemui.
Budak lapan tahun pandu BMW
BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi