Pages

Friday, May 11, 2012

Wanita di China letupkan diri membantah rumah diroboh

Cyberita Online Luar Negara:



BEIJING: Seorang wanita meletupkan dirinya sebagai membantah tindakan merobohkan rumahnya di barat daya China, semalam.
Tindakan wanita itu menyebabkan dua orang terbunuh dan mencederakan 14 orang lain, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.Wanita itu, yang turut terbunuh, berada di pejabat pemerintah daerah di wilayah Yunnan bagi merundingkan pampasan bagi rumahnya yang dirobohkan apabila beliau tiba-tiba meletupkan bahan letupan yang terpasang di badannya.'Kami telah mulakan siasatan. Saya tidak boleh beritahu apa-apa kepada anda tetapi tiga orang terbunuh dan 14 orang cedera,' kata seorang pegawai yang dihubungi melalui telefon di pejabat pemerintah tempatan.Pegawai itu juga tidak mahu memberikan namanya.'Dalam kalangan mereka yang cedera, empat cedera parah dan kini dalam perjalanan ke sebuah hospital di Kunming,' tambah pegawai itu, merujuk kepada ibu kota wilayah Yunnan.Seorang saksi memberitahu agensi berita Xinhua bahawa wanita itu meletupkan dirinya setelah beliau diminta menandatangani dokumen berkaitan pampasan yang akan diterima.Dia dipercayai terbunuh serta-merta.Tiada butiran lanjut tentang pertikaian antara wanita itu dengan pemerintah China.Namun, tindakan pemerintah China merampas tanah dan memaksa warganya berpindah sering mencetuskan bantahan di negara dengan lebih 1.3 bilion penduduk itu. -- AFP.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment