Pages

Friday, April 13, 2012

Iran tidak berganjak: Mahmoud

TEHERAN: Iran tidak akan berganjak walaupun sedikit daripada haknya ke atas tenaga nuklear, kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad, semalam.
Menjelang rundingan bagi menyelesaikan kemelut program nuklear di Istanbul minggu depan, Mahmoud berkata, Iran tetap tegas mempertahankan haknya.

“Di bawah tekanan paling kuat, kami tidak akan berundur walaupun sedikit daripada hak kami yang tidak dapat dinafikan,” katanya dalam ucapan khas di Minab.

Dipetik agensi berita rasmi IRNA, Mahmoud berkata, bagi pihak Iran, dia menasihati musuh dan negara angkuh (merujuk kepada AS) supaya mereka mengubah sikap terhadap negara itu.

“Dan mereka patut tahu, Iran akan tetap berdiri teguh untuk mempertahankan hak kami yang tidak boleh dinafikan,” katanya. - AFP

Syria mula aman

DAMSYIK: Gencatan senjata disokong PBB untuk menamatkan pertumpahan darah sejak 13 bulan lalu nampaknya bertahan sejak dikuatkuasakan kelmarin.
China mengalu-alukan keputusan Damsyik melaksanakan “gencatan senjata komprehensif” dan menganggapnya sebagai langkah ke depan menuju penyelesaian politik, manakala Moscow menggesa masa lebih banyak diberikan bagi menjayakan pelan berkenaan.

Selepas Damsyik memungkiri komitmen menarik balik tentera dari kawasan penempatan menjelang Selasa lalu, pemantau berkata, belum ada sebarang tanda ia dilakukan semalam. Pemantau Syria Untuk Hak Asasi yang berpangkalan di Britain berkata, situasi di Syria kekal tenang di seluruh wilayah negara itu. Pegawai pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman, berkata beberapa letupan kedengaran di bandar Zabadani, tidak jauh dari ibu negara Syria sejurus selepas gencatan senjata berkuat kuasa.

“Tiada pengunduran serius dilihat di Idlib, Hama, Homs, atau Aleppo,” katanya. Aktivis di Damsyik, Hama dan Daraa juga melaporkan, keadaan tenang berterusan sejak gencatan senjata dikuatkuasakan. Sementara itu, aktivis lain berkata, ujian sebenar akan diketahui esok apabila penunjuk perasaan dijadual turun ke jalan raya selepas solat Jumaat.

Beberapa jam sebelum tarikh akhir gencatan senjata berkuat kuasa pada jam 6 pagi (11 pagi waktu Malaysia) kelmarin, tentera Syria melancarkan serangan ke kubu pembangkang, membunuh 25 orang awam, termasuk 10 di Rastan.

Insiden itu berlaku pada hari Kofi Annan mendakwa menerima surat daripada kerajaan Syria yang berjanji “menghentikan semua pertempuran di seluruh Syria pada jam 6 pagi.” Namun, surat itu menyatakan, Damsyik berhak “bertindak balas terhadap sebarang serangan dilakukan pengganas bersenjata.” Dalam perkembangan berkaitan, Presiden AS, Barack Obama, serta Canselor Jerman, Angela Merkel, bersependapat bahawa Majlis Keselamatan PBB perlu mengambil tindakan lebih tegas ke atas Syria. - AFP

Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih


Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci.^_^' Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

utk ruj & perkongsian

32 banduan tak pulang

BANDA ACEH: Pihak berkuasa Indonesia semalam melancarkan gerakan memburu 32 banduan yang dibebaskan sementara selepas amaran tsunami dikeluarkan ekoran gempa bumi besar melanda Aceh, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pidie di Aceh, Dumadi berkata, 63 tahanan keluar menerusi pintu pagar yang dibuka selepas gempa itu, tetapi tidak semua pulang.

“Kami melancar gerakan mencari 32 banduan yang tidak pulang,” katanya.

Pengawal membuka pintu untuk membolehkan tahanan menyelamatkan diri jika tsunami berlaku, katanya. - AFP

Joy jadi lelaki


JOY berwajah perempuan (kiri) dan lelaki (kanan).
JOY berwajah perempuan (kiri) dan lelaki (kanan).


JAKARTA: Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam.
Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang.
Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang.

“Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil,” kata Darwito.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar.
“Pemeriksaan ultrasound juga menunjukkan dia mempunyai testikel tetapi tidak normal,” katanya.

Pembedahan itu dijalankan dalam dua peringkat.
Semalam, pakar bedah melakukan uretroplasti untuk membuat saluran kencing baru di bahagian bawah zakarnya.

Pembedahan kedua akan dilakukan enam bulan selepas pembedahan pertama dengan pakar bedah berharap dapat mencantumkan saluran kencing baru pada hujung zakar Joy.

Dia menjadi tajuk akhbar apabila mengemukakan petisyen untuk menukar jantinanya dari wanita kepada lelaki tahun lalu.

Mahkamah Semarang meluluskan permohonannya 27 Disember lalu, apabila usianya genap 19 tahun. - JP

MENINGGALKAN DUSTA


Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi pujian hanya kepada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Dan selawat serta salam bagi Nabi dan Rasul-Nya yang paling mulia, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasalam, mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat kepada baginda, keluarga dan para sahabatnya, sebanyak-banyaknya.

MENINGGALKAN DUSTA

"Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu". Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: "Sesungguhnya kamu adalah berdusta"."(Al-Nahl 16:86)

Abu Umamah melaporkan Rasulullah SAW bersabda:

" Aku adalah penjamin di dalam istana melingkari syurga bagi orang-orang yang meninggalkan pergaduhan sekalipun di pihak yang benar dan penjamin di dalam istana di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta sekalipun bergurau. "
( Diriwayatkan oleh Baihaqi )

Isi kandungan kehebatan Neraka Jahanam


Petikan Dari Hadith Qudsi yang bermaksud:
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Mempunyai 7 tingkat.
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Inilah Isi kandungan kehebatan Neraka Jahanam khas untuk orang-orang yang ingkar

DrSoul's Quotes & Sayings Collections Sesiapa juga dibenarkan untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul

Waktu yang haram untuk shalat


Dari Ibnu Abbas berkata: “Datanglah orang-orang yang diridhai dan ia ridha kepada mereka yaitu Umar, ia berkata bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang sholat sesudah Subuh hingga matahari bersinar, dan sesudah Asar hingga matahari terbenam.” [HR. Bukhari]
Dari Ibnu Umar berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila sinar matahari terbit maka akhirkanlah (jangan melakukan) sholat hingga matahari tinggi. Dan apabila sinar matahari terbenam, maka akhirkanlah (jangan melakukan) sholat hingga matahari terbenam”. [HR. Bukhari]

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang dua sholat. Beliau melarang sholat sesudah sholat Subuh sampai matahari terbit dan sesudah sholat Asar sampai matahari terbenam. [HR. Bukhari]

Dari Muawiyah ia berkata (kepada suatu kaum): “Sesungguhnya kamu melakukan sholat (dengan salah). Kami telah menemani Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, kami tidak pernah melihat beliau melakukan sholat itu karena beliau telah melarangnya, yaitu dua rakaat sesudah sholat Asar”. [HR. Bukhari]

Dari Uqbah bin Amir: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang sholat pada tiga saat: (1) ketika terbit matahari sampai tinggi, (2) ketika hampir Zuhur sampai tergelincir matahari, (3) ketika matahari hampir terbenam.” [HR. Bukhari]

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah melarang sholat pada waktu tengah hari tepat (matahari di atas kepala), sampai tergelincir matahari kecuali pada hari Jumat. [HR. Abu Dawud] Menurut jumhur ulama, sholat ini adalah sunat Tahiyatul Masjid, selain sholat ini tetap dilarang melakukan sholat apapun.

Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Matahari terbit dengan diikuti setan. Pada waktu mulai terbit, matahari berada dekat dengan setan, dan ketika telah mulai meninggi berpisah darinya. Pada waktu matahari berada tepat di tengahtengah
langit, ia kembali dekat dengan setan, dan ketika telah zawal (condong ke arah barat) ia berpisah darinya. Pada waktu hampir terbenam, ia dekat dengan setan, dan setelah terbenam ia berpisah lagi darinya.” [HR. Nasa’i]

Waktu-waktu itu adalah waktu yang haram untuk shalat. Artinya apabila kita melakukan shalat sunat pada waktu haram, maka bukan pahala yang kita dapatkan, melainkan dosa.
Dari Zaid bin Arqam, bahwa ia melihat orang-orang mengerjakan shalat Dhuha [pada waktu yang belum begitu siang], maka ia berkata: “Ingatlah, sesungguhnya mereka telah mengetahui bahwa shalat Dhuha pada selain saat-saat seperti itu adalah lebih utama, karena sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Shalatnya orang-orang yang kembali kepada ALLAH adalah pada waktu anak-anak onta sudah bangun dari pembaringannya karena tersengat panasnya matahari”. [HR. Muslim]

RUJUK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT (MALAYSIA)
Jabatan Mufti Selangor
http://www.scribd.com/doc/73620613/Penentuan-Pengiraan-Waktu-Solat

DrSoul's Quotes & Sayings Collections Sesiapa juga dibenarkan untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul

Kelebihan Surah Al-Mulk (Memelihara dari azab kubur)



"“Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” (HR Tirmizi)

“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

"Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR Tirmizi)

"Azab kubur akan datang pada seseorang itu melalui kakinya. Kaki akan berkata: Kamu tidak ada jalan untuk mendatangiku dari arah kaki kerana dia telah membaca surah "Mulk". Kemudian dia datang kearah dada atau perut. Kemudian keduanya akan berkata: Kamu tidak ada jalan untuk mengazab aku dari dari arah ini kerana dia dia telah membaca surah "Mulk". Kemudian azab datang kearah kepala pula. Kepala akan berkata: Kamu tidak ada jalan untuk mengazab aku dari arah ini, kerana dia telah membaca surah "Mulk". (Hadzrat Abudullah bin Mas'ud R.hu berkata) Surah "Mulk" ini akan menghalang azab kubur. Didalam Taurat ia dinamakan sebagai surah Mulk. Barangsiapa membacanya pada waktu malam akan mendapat banyak ganjaran." (Mustadrak Hakim)

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga beliau membaca Alif Laam Miim Tanziil (Surah As-sajdah) dan Tabarokallazi (Surah Al-mulk) (HR Tirmizi)

Akibat Sombong Dan Angkuh Dengan ALLAH SWT


-Orang yang membina kapal Titanic ditanya, Sejauh manakah selamatnya kapal Titanic ini? Dengan nada yang ironis, dia berkata “Tidak ada Tuhan yang boleh tenggelamkan kapal ini”
& Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Titanic!
...
-Presiden Brazil Tancredo Neves semasa kempen pilihan raya berkata beliau mendapat 500,000 undi daripada parti itu dan berkata tidak ada Tuhan yang boleh menjauhkannya dari jawatan presiden.
Beliau mendapat undi tetapi dia jatuh sakit dan meninggal dunia sehari sebelum menjadi presiden!

-Cazuza, penyanyi Brazil & penyair, semasa persembahan beliau merokok dan menghembuskan asap rokok tersebut sambil berkata”Tuhan ini untuk anda”
Beliau meninggal dunia pada usia 32 akibat Kanser paru-paru dengan cara yang mengerikan!

Dalam surah (Al-Isra 17:37) ada menyebut:-
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

~.yie.~

Syurga




Orang-orang yang menjadi penghuni syurga
----------------------------------------------------------------

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalan kitab-kitab Taurat dan Injil, serta Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menyempurnakan janjinya kepada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa yang jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Mereka itu ialah) : orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas [ Surah at-Taubat : 111-112 ]

Ni'mat syurga
------------------------------

Firman Allah s.w.t :
"Mereka (ahli-ahli syurga) dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) yang sentiasa beredar di sekitar mereka dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab meni'matinya. Dan (juga dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih, serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini, dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, serta mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang telah mereka kerjakan." [ Surah Waaqiah : 17-24]

"Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu berada di dalam keadaan sibuk leka meni'mati kesenangan. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berteleku di atas pelamin." [Surah Yaasin : 55-56]

Suasana dalam syurga
----------------------------

Firman Allah s.w.t : "Dan malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu. (Mereka hormat dengan berkata ) : Selamat sejahteralah kamu berpanjangan disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu." [Surah ar-Ra'd : 23-24]

"Aku (Allah) telah sediakan untuk seluruh hamba-Ku yang salih (suatu balasan syurga) yang belum pernah dilihat oleh mata, dan belum pernah didengar oleh telinga, dan belum pernah terlintas dalam hati seorang manusia. Bacalah firman Allah jika kamu mahu : Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan unutk mereka (daripada segala jenis ni'mat) yang indah dipandang dan menggembirakan."

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~LB~

Gempa di Mata Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha


Inilah pelajaran yang diberikan oleh guru besar para shahabat dan tabi’in sepeninggal Nabi selama 47 tahun; Aisyah istri Nabi, seperti yang disampaikan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Jawabul Kafi.

Suatu saat Anas bin Malik bersama seseorang lainnya mendatangi Aisyah. Orang yang bersama Anas itu bertanya kepada Aisyah: Wahai Ummul Mukminin jelaskan kepadaku tentang gempa.

Aisyah r.a menjelaskan,

“Jika mereka telah menghalalkan zina, meminum khamar dan memainkan musik. Allah azza wajalla murka di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: guncanglah mereka. Jika mereka taubat dan meninggalkan (dosa), atau jika tidak, Dia akan menghancurkan mereka.

Orang itu bertanya kembali: Wahai Ummul Mukminin, apakah itu adzab bagi mereka?
Aisyah menjawab, “Nasehat dan rahmat bagi mukminin. Adzab dan kemurkaan bagi kafirin.”

Anas berkata: Tidak ada perkataan setelah perkataan Rasul yang paling mendatangkan kegembiraan bagiku melainkan perkataan ini.


Sangat jelas penjelasan Ummul Mukminin Aisyah tentang penyebab spiritual gempa. Tiga dosa yang semuanya marak di zaman kita ini. Khusus untuk dosa yang pertama, Aisyah r.a menggunakan kata istabahu yang artinya masyarakat telah menganggap zina itu mubah[perkara biasa]. Zina tidak hanya dilakukan, tetapi telah dianggap mubah. Dari ucapan, tindakan, kebijakan sebuah masyarakat bisa dibaca bahwa mereka yang telah meremehkan dosa zina, memang layak dihukum dengan gempa.


Inilah Kesimpulannya…

Dari semua pernyataan hamba-hamba terbaik Allah di muka bumi ini tentang gempa, ternyata penyebab spiritual gempa adalah sebagai berikut:

1. Sedikitnya orang-orang shiddiq [jujur dan amanah ] dan syahid yang tinggal di atas muka bumi
2. Masyarakat telah menghalalkan zina
3. Masyarakat telah mengkonsumsi khamar (narkoba)
4. Masyarakat telah memainkan muzik tanpa memikirkan larangan ALLah

Janganlah engkau kahwini wanita yg ada 6 sifat ini


Rasullah ada memesan pada kaum lelaki,Janganlah engkau kahwini wanita yg ada 6 sifat ini.Tau apa dia 6 sifat yg Rasullah pesan pada kaum lelaki? .Pada kaum wanita ketahuilah 6 perkara ini agar kita tak terjerumus dalam mana2 sifat yg ditegah ni.Mohon la pada Allah agar sentiasa dlm peliharaannya.

Wanita Hananah iaitu wanita yg tak pernah tak pandai nk bersyukur <<
Dia tak bersyukur dgn jodohnya dan kufur dgn nikmat perkahwinan yg telah ditentukan.

>> Wanita Hadaqah iaitu wanita yg suka memaksa serta mengikut nafsu <<
Wanita jenis ini sangat mementingkan diri sendiri.Mereka suka membeli barangan mengikut kehendak nafsu.Jadi dia akan memastikan serta memaksa suaminya utk membeli barangan tersebut demi kepentingan diri sendiri.

>> Wanita Syadaqah iaitu wanita yg suka membebel <<
Wanita jenis ini suka membebel dan bercakap banyak walaupun benda tu tak penting.Membebel tanpa mengira waktu.Akibat terlebih banyak membebel maka selalunya apa yg dikerjakan tak menjadi.Hanya tau komen saja.

>> Wanita Mananah iaitu wanita yg suka membangga diri serta mengungkit <<
Wanita jenis suka mengungkit walaupun pada benda2 kecil.Serta membanggakan diri walaupun dihadapan suaminya.

>> Wanita Ananah iaitu wanita yg banyak komen <<
Wanita ini memang patut dijauhi oleh kaum lelaki.Kerana wanita jenis ni akan komen apa saja.Baginya ada saja kesalahan yg dilakukan oleh oranglain walaupun suaminya sendiri.

>> Wanita Basaqah iaitu wanita yg suka menunjuk-nunjuk serta suka dipuji <<
Wanita jenis ini gemar menghias diri tetapi bukan utk dirinya atau suaminya.Tetapi utk dipertontonkan pada oranglain utk tujuan menunjuk-nunjuk serta utk mendapatkan pujian.


@< Itu antara 6 perkara yg di pesan oleh Rasul kita pada kaum lelaki.Jadi,pada kaum wanita sama2 dpt mengelakkan diri dari 6 perkara ini.Mohonlah padanya agar kita sentiasa dilindungi olehNya.Berubahlah agar kita tak melakukan perkara yg di tegah.InsyaAllah..

aku ke

AMBIL IKTIBAR.....DARI KISAH KAUM NABI LUTH...


Manusia telah diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah semulajadi. Dan salah satu fitrah semulajadi itu adalah lelaki berkehendakkan kepada pasangannya iaitu wanita dan sebaliknya. Jika manusia melawan fitrah semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT, maka nantikanlah azab dariNya.

Di dalam Al-Quran telah dirakamkan sejarah umat terdahulu. Antara sejarahnya adalah kaum Nabi Luth yang mengamalkan amalan homoseksual. Perlakuan ‘gay’ yang telah diamalkan oleh kaum Nabi Luth dahulu telah mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Walaupun telah diutuskan seorang nabi untuk mengajak meraka kembali kepada fitrah, namun mereka masih melawan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT. Nah, satu azab yang dahsyat telah Allah timpakan ke atas mereka. Bumi telah diterbalikkan dan ditelingkupkan ke atas golongan yang ingkar ini.

Ayat ke-82, surah Hud memperlihatkan secara jelas azab yang menimpa kaum Nabi Luth :

فَلَمَّا جَاء أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

Maksudnya: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami balikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.

Allahuakbar !!

Kesan azab Allah SWT masih boleh dilihat pada hari ini. Laut Mati, Jordan merupakan kawasan peninggalan kaum songsang yang telah diazab. Banyak peninggalan Nabi Luth yang masih kekal, antaranya ialah runtuhan kota, artifak-artifak lama dan sebagainya. Hari ini, ramai pelancong melawat kawasan tersebut tetapi sejarah dan pengiktibara berkenaan tempat tersebut tidak diambil tahu.

Justeru, penting bagi kita mempelajari sejarah-sejarah umat terdahulu dan memahami apa yang telah Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran agar kehidupan yang sedang kita lalui berada di landasan yang betul. Jangan sampai hidup kita dimurkai Allah.

Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk membawa manusia ke landasan yang diredhaiMu. Bukalah pintu hati kami dan pintu hati masyarakat yang bakal kami depani Ya Allah..limpahilah rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami Ya Allah.. Ya Rahman..

‘Hidup saya terganggu’

IMEJ BARU...Sri Wani tampil bertudung ala purdah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.
IMEJ BARU...Sri Wani tampil bertudung ala purdah
di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: “Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.

Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.

“Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.

“Sebelum ini pihak sebelah sana (Bahrom) cakap tak nak jatuhkan maruah sesiapa, tetapi mereka memberikan maklumat saya kepada media.

“Media siarkan tempat tinggal dan tempat saya berniaga hingga membahayakan keselamatan saya,” katanya.

Dia turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung gangguan dihadapinya dan berhasrat memasukkan laporan itu dalam pindaan permohonan injunksi berkenaan.
Abdul Walid mengarahkan Sri Wani memasukkan laporan polis itu dan sebarang pindaan lain segera serta memberi tempoh seminggu hingga 19 April depan untuk pengusaha butik kecantikan itu berbuat demikian.

Selain itu, mahkamah mengarahkan Bahrom memfailkan jawapan dua minggu dari tarikh pemohon menyerahkan afidavit dan menetapkan 17 Mei depan untuk perbicaraan kes itu.

Mengenai keputusan mahkamah menetapkan 23 April bagi keputusan sama ada permohonan Bahrom untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya diterima atau tidak, Sri Wani berkata, dia akan membawa saksi pada tarikh itu.

Penampilan Sri Wani di mahkamah semalam menarik perhatian kerana memakai jubah hitam dan bertudung ala purdah berwarna jingga dengan menutup wajahnya bagi mengelak dirakam jurugambar.




Kes Suresh beri keterangan palsu disebut semula 17 Mei

SHAH ALAM 12 April - Kes pekerja ladang, U.Suresh yang didakwa memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 17 Mei ini.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baru sementara menunggu keputusan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 30 April ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat memulakan perbicaraan sehingga mahkamah yang mendengar kes pembunuhan Sosilawati membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.
Sehubungan itu, beliau memohon tarikh sebutan baru selepas 30 April ini untuk sebutan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.
Suresh, 27, didakwa memberi keterangan palsu di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya lawan N. Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan di Mahkamah Tinggi 8 di sini antara pukul 9.30 pagi dan 12 tengah hari, 25 hingga 27 Julai 2011.
Keterangan tertuduh yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat Sosilawati dan tiga lagi mangsa itu berbeza dengan kenyataannya kepada Asisten Supritendan (ASP) Ong Seng Keong di Penjara Sungai Udang, Melaka pada 26 Oktober 2010.
Suresh yang sebelum ini bekerja di Ladang Gadong, Banting, lokasi empat mangsa itu dikatakan dibunuh dituduh mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pada 27 Julai tahun lalu, Hakim Akhtar berpendapat 22 daripada 23 percanggahan dalam keterangan oleh Suresh, saksi pendakwaan ke-29 adalah material serta membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi tersebut.

Negara berpecah Sudan bertempur

JUBA 12 April - Pesawat perang Sudan buat pertama kali melancarkan serangan ke atas bandar utama Sudan Selatan dengan menggugurkan lima bom di ibu negeri Unity semalam.
Timbalan Menteri Penerangan Sudan Selatan, Atem Yaak Atem berkata, serangan dalam pertempuran hari ketiga berturut-turut di bandar Bentiu itu, disasarkan ke arah sebuah jambatan.
Pertempuran terbaru itu, yang paling teruk sejak Sudan Selatan mencapai kemerdekaan pada Julai lalu selepas perang saudara paling lama di dunia, menemukan kembali dua musuh dan meningkatkan kemungkinan berlakunya perang.
Parlimen di kedua-dua pihak kelmarin menggesa rakyat mempertahankan negara masing-masing, tetapi Atem menyatakan Sudan Selatan masih tidak mahu berperang.
"Kami tidak mahu berperang kecuali ingin mempertahankan negara kami,'' katanya.
Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan ekoran serangan udara semalam.
Atem memberitahu, jambatan yang disasarkan itu terletak berdekatan kompleks Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu di kawasan pinggir bandar dengan jalan menghala ke utara sempadan.
"Kami tidak terkejut dengan serangan ini kerana kami tahu mereka (Sudan Utara) sengaja mencari alasan untuk berperang.
"Mereka juga tidak pernah mengiktiraf kenyataan bahawa negara kami telah merdeka. Kejadian ini (pengeboman) merupakan cara mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kemerdekaan kami," kata Atem. - AFP

Calon Presiden dibenar bertanding

KAHERAH 12 April - Calon daripada Parti Salafi, Hazem Salah Abu Ismail dibenarkan bertanding dalam pilihan raya Presiden Mesir akan datang selepas Mahkamah Pentadbiran di sini semalam memutuskan ibunya yang telah meninggal dunia tidak memiliki dua kerakyatan.
Keputusan itu dibuat selepas prosiding selama 10 jam semalam.
Mahkamah turut mengarahkan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan satu dokumen menyatakan ibu pemimpin itu hanya memegang kerakyatan Mesir sebelum meninggal dunia.
Undang-undang pilihan raya Mesir menetapkan, calon Presiden dan kedua ibu bapanya perlulah seorang warganegara tanpa memiliki kerakyatan negara lain.
Sebuah suruhanjaya bebas yang bertanggungjawab dalam pilihan raya Presiden yang akan diadakan bulan depan sebelum ini menyatakan, ia dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri bahawa ibu Abu Ismail merupakan warganegara Amerika Syarikat (AS) pada 2006.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kelayakan beliau untuk bertanding sebagai calon Presiden.
Beribu-ribu penyokong Abu Ismail yang mendakwa pemimpin itu menjadi mangsa kempen pihak lawan, bersorak dan menyambut keputusan tersebut dengan membakar bunga api di luar mahkamah yang bersidang sejak pagi.
Beliau dilihat sebagai calon berpotensi menang bagi pilihan raya Presiden kali pertama sejak kejatuhan Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu.
Abu Ismail yang dianggap ultra konservatif, memfailkan kes terhadap Kementerian Dalam Negeri, meminta mereka mengemukakan dokumen sebagai bukti yang menunjukkan ibunya memiliki kerakyatan dua negara. - REUTERS/dpa

Filipina undur kapal perang




Kapal perang terbesar Filipina US Hamilton yang dikerah ke kawasan perairan di pulau Scarborough Shoal di Laut China Selatan pada 8 April lalu bagi menyelia nelayan-nelayan China yang didakwa menceroboh wilayah Filipina itu diundurkan dari kawasan tersebut, semalam. Filipina menuntut supaya krisis itu dengan China diselesaikan secara diplomatik. - REUTERS


MANILA 12 April - Filipina hari ini mengundurkan kapal perang terbesarnya dari kawasan perairan yang menjadi pertikaiannya dengan China berhubung dakwaan pencerobohan nelayan China di pulau Scarborough Shoal di Laut China Selatan.
Namun tindakan Filipina itu masih belum dapat menyelesaikan krisis membabitkan penahanan nelayan-nelayan China itu, apabila Beijing pula bertindak menghantar kapal ketiganya ke kawasan perairan tersebut.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert del Rosario enggan mengulas mengenai tindak pengunduran kapal perang itu yang sebelum ini ditempatkan berhampiran pulau kecil itu sejak Ahad lalu dalam usaha untuk menahan nelayan China.
"Keputusan yang diambil itu tidak boleh dibincangkan dengan anda semua," katanya kepada wartawan.
Pengunduran itu bermakna Filipina kini hanya mempunyai bot mencari dan menyelamat pengawal pantai di kawasan perairan itu.
Insiden terbaru itu tercetus pada Ahad lalu apabila pihak berkuasa Filipina menemui lapan bot nelayan China di Scarborough Shoal, pulau kecil dan terumbu karang yang terletak kira-kira 124 batu nautika ke selatan pulau Luzon, Filipina.
Filipina menuduh kehadiran nelayan-nelayan China itu di kawasan tersebut menyalahi undang-undang Filipina kerana ia merupakan wilayahnya iaitu dalam lingkungan 200 batu nautika Zon Eksklusif Ekonomi seperti yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.
China pula bertegas mendakwa mempunyai hak kedaulatan ke atas semua perairan di Laut China Selatan, walaupun ia terletak berhampiran negara lain dan beratus-ratus kilometer dari negara itu.
Sementara itu, Del Rosatio berkata, kapal maritim ketiga China tiba di kawasan perairan itu untuk memberi sokongan kepada dua buah lagi kapal pemantau mereka yang telah berada di situ sejak kelmarin.
Kapal China telah menghalang rancangan pihak berkuasa Filipina untuk menahan nelayan-nelayan dari negara itu.
"Kapal ketiga tiba awal pagi ini dan saya difahamkan ia adalah kapal Biro Perikanan China," katanya.
Ketika ditanya sama ada kerajaan Filipina bimbang dengan bilangan kapal China itu, Del Rosatio berkata, mereka sedang memerhatikan perkembangan itu dan pada masa sama menegaskan supaya ia diselesaikan secara diplomatik. - AFP

Henti bina penempatan haram




Kawasan penempatan haram Yahudi, Kdumim (latar belakang) dilihat ketika penunjuk perasaan Palestin berdepan pasukan polis Israel dalam satu demonstrasi menentang penutupan jalan di kampung Kfar Kadum, berhampiran Nablus, Tebing Barat pada 23 Mac lalu. - Reuters


RAMALLAH 12 April - Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat hari ini menegaskan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu perlu mengumumkan pembekuan pembinaan penempatan haram jika mahu berunding secara langsung dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Erekat sekali lagi mengulangi bahawa pembekuan pembinaan penempatan haram dan pembebasan tahanan adalah syarat wajib untuk menyambung semula rundingan secara langsung dengan Palestin.
Beliau berkata demikian selepas kumpulan diplomatik proses damai Asia Barat dari Amerika Syarikat (AS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia yang dikenali sebagai Kuartet mengalu-alukan rundingan antara Netanyahu dan Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad minggu depan.
Ia merupakan rundingan tahap tinggi pertama melibatkan Israel dan Palestin sejak Januari lalu.
Menurut pejabat Netanyahu, pada rundingan yang berkemungkinan besar diadakan pada Selasa depan di Baitulmaqdis itu, mereka akan mencadangkan supaya rundingan tahap tinggi dan secara langsung dengan Abbas dibuat.
Fayyad merancang untuk memberikan sepucuk surat Abbas kepada Netanyahu berhubung masa depan proses damai dalam rundingan itu nanti.
Wakil Netanyahu, Yitzhak Molcho turut dijangka berjumpa Abbas dan memberikan surat mengenai pendirian Israel, menurut Perdana Menteri Palestin itu.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton; Setiusaha Agung PBB, Ban Ki-moon; Ketua Dasar Luar EU, Catherine Ashton; dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang mewakili Kuartet itu, mengadakan pertemuan di Washington semalam dan membincangkan kaedah untuk menggalakkan dialog.
Kuartet turut menggesa kedua-dua pihak 'mengelak tindakan yang menghakis kepercayaan' dan memberi tumpuan kepada usaha positif yang boleh memperkuat dan memperbaiki persekitaran untuk penyambungan semula rundingan secara langsung. - DPA

Syria masih gagal patuhi pelan damai: Annan


NEW YORK: Ketua misi antarabangsa, Kofi Annan hari ini mendakwa Syria masih tidak mematuhi syarat pelan damai dan meminta pasukan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dihantar dalam tempoh terdekat bagi memantau gencatan senjata yang dianggap rapuh itu.

Majlis Keselamatan PBB mungkin meluluskan resolusi hari ini bagi membenarkan kemasukan pasukan pemerhati dihantar ke negara yang berdepan konflik lebih 13 bulan itu yang setakat ini mengorbankan lebih 9,000 nyawa.

Annan memberitahu Majlis Keselamatan bahawa keadaan di Syria kini 'tenang tetapi rapuh' selepas penguat kuasaan gencatan senjata sejak semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, Presiden Bashar al-Assad masih tidak memenuhi lima perkara dalam syarat pelan damai.

Syria sepatutnya mesti menarik balik penghantaran tentera serta memberhentikan penggunaan senjata berat dari beberapa bandar utama bagi meredakan keganasan.

“Apa yang berlaku hari ini, kerajaan Syria masih tidak memenuhi semua syarat berkenaan," katanya. - AFP

6 maut serangan di Baghdad


BAGHDAD: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang kereta peronda polis di utara Iraq hari ini, membunuh dua anggota polis dan tiga orang awam, manakala sebutir bom meletup di tengah-tengah bandar Iraq dan meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, kata pegawai keselamatan tempatan.

Ketua polis negeri, Sarhad Qader, mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kumpulan itu menyerang hendap kereta peronda polis kira-kira 40 kilometer di selatan utara bandar Kirkuk.

"Mereka melepaskan tembakan daripada tiga kereta," katanya.

Katanya, sekumpulan lelaki itu menyerang polis hampir 30 minit sebelum melarikan diri. - AFP

2 gempa sederhana gegar Sumatera

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi sederhana menggegarkan Sumatera, Indonesia malam tadi.

Gempa pertama berukuran 5.4 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pada jam 7.01 malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 355 kilometer(km) di barat daya Pagar Alam, Sumatera dan 954km di barat daya daerah Pontian, Johor.

Sementara itu, gempa kedua berukuran 5.6 pada skala Richter melanda pantai barat utara Sumatera pada dua jam selepas itu.

Pusat gempa berlaku kira-kira 269km di barat daya Simeulue dan 815km di barat daya Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Kedua-dua gempa itu tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Roket Korea Utara berkecai

Foto
RAKYAT Korea Selatan menyaksikan paparan grafik
 pelancaran roket Korea Utara di skrin televisyen
 dekat stesen kereta api di Seoul hari ini. Roket yang dilancarkan
Korea Utara pecah tidak lama selepas terbang ke udara
 dan jatuh ke Laut Kuning di barat Semenanjung Korea. - Foto AFP

SEOUL: Roket yang dilancarkan Korea Utara pecah tidak lama selepas terbang ke udara, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-Seok.

“Beberapa miniit selepas pelancaran, ia pecah kepada beberapa bahagian dan hilang ketinggian," katanya.
Badan penyiaran Jepun, NHK, yang memetik sumber tentera, melaporkan bahawa roket itu naik pada ketinggian 120 kilometer sebelum pecah kepada empat bahagian dan jatuh ke Laut Kuning di barat Semenanjung Korea. - AFP

Banjir terburuk landa Kuala Dipang

 BEBERAPA rumah penduduk  Kampung Nyior, Kuala Dipang   tenggelam  dilanda banjir, semalam.
BEBERAPA rumah penduduk Kampung Nyior, Kuala
Dipang tenggelam dilanda banjir, semalam.

Lebih 254 keluarga dipindah air Sungai Kampar melimpah 

KAMPAR: Lebih 1,000 penduduk dari 254 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang, dekat sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air melimpah dari Sungai Kampar hingga mencecah paras bumbung.
Banjir sejak jam 3.30 pagi dan terburuk sejak 30 tahun di daerah ini, menyebabkan kebanyakan penduduk yang masih tidur di rumah, terkejut dan meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang kerana panik.
Banjir juga berpunca akibat dua ban pecah hingga menyebabkan ada rumah penduduk, terutama di tebing sungai berkenaan roboh seba-hagiannya dan dihanyutkan air, manakala sejumlah kenderaan tidak sempat dialihkan penduduk dan ditenggelami air. 

Penduduk yang terjejas adalah di Kampung Kuala Dipang, Kampung Baru Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Kampung Batu 20, Kampung Pulau Bergading dan Kampung Malaya. 

Kampung Baru Kuala Dipang berhampiran ban atau benteng adalah yang terawal dilanda banjir kira-kira jam 3.30 pagi tetapi mulai beransur surut mulai jam 8 pagi semalam. 

Kampung lain yang banjir itu berada berhampiran Sungai Kampar dan terletak di kedudukan agak rendah daripada Jalan Ipoh-Kampar, menyebabkan pengguna yang melalui kawasan itu dapat melihat dari kenderaan mereka beberapa rumah ditenggelami air hingga mencecah bumbung, manakala jalan raya ke Kuala Dipang ditenggelami air berarus deras yang boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda saja. 
Kesesakan jalan raya yang teruk turut berlaku sepanjang kira-kira lima kilometer laluan berkenaan sejak pagi. 

Setakat jam 3 petang semalam, seramai 1,145 mangsa didaftarkan membabitkan 767 mangsa dari 183 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar, manakala 378 orang dari 71 keluarga di Dewan Pulau Bergading, Kuala Dipang. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata jumlah mangsa banjir dipercayai lebih ramai kerana ada yang menumpang di rumah saudara atau anak masing-masing di tempat lain, selain penduduk tidak berpindah ke pusat pemindahan berikutan air sudah surut. 

“Kita percaya punca kejadian akibat hujan lebat luar biasa di kawasan berkenaan. Saya harap tiada pihak membuat andaian kononnya banjir ini kesan gempa bumi di Aceh kelmarin atau berlaku kegiatan pembalakan haram di hulu sungai," katanya pada sidang media di SMK Kampar di sini, semalam.

Tentera Syria akur gencatan


BEIRUT: Tentera Syria tidak melepaskan sebarang bedilan selama beberapa jam selepas gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkuat kuasa semalam, menjadikan bandar yang diserang bertalu-talu sejak beberapa hari lalu senyap sunyi.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu meyakinkan sesetengah aktivis pembangkang dan Barat bahawa Presiden Bashar al-Assad mematuhi pelan damai yang dipersetujui dengan wakil antarabangsa, Kofi Annan.
Sebagai tentangan kepada perjanjian itu, tentera Syria dan kereta kebal masih berada pada kedudukan mereka di beberapa bandar, kata aktivis.
“Ia malam yang dahsyat. Homs diserang teruk. Namun kini ia tenang dan tiada tembakan kedengaran,” kata Abu Rami, aktivis di bandar raya itu selepas tarikh akhir pada jam 6 pagi.

Jurucakap kerajaan, Jihad Makdissi, berkata Damsyik bersungguh–sungguh dengan pelan Annan.

Di ibu pejabat PBB, Annan, akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan.
Sementara itu, kuasa Barat, walaupun enggan membenarkan campur tangan ketenteraan, melobi Russia, sekutu kuat Bashar untuk menggugurkan kuasa veto ke atas langkah PBB lain untuk menekan pemimpin negara itu meletak jawatan selepas empat dekad keluarga memerintah.
Krisis selama 13 bulan menyebabkan arus tekanan di seluruh Asia Barat, melaga-lagakan golongan Sunnah Arab dan Syiah Iran. Ia juga memberi amaran kepada Turki, selepas Perdana Menterinya, semalam menyatakan negara itu berhak meminta bantuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mempertahankan sempadan mereka yang dibedil tentera Syria minggu ini. –

Gegaran berterusan

ORANG ramai kembali semula ke pejabat masing-masing selepas gempa melanda Bandaraya Mexico , semalam.
ORANG ramai kembali semula ke pejabat
 masing-masing selepas gempa melanda
 Bandaraya Mexico , semalam.


Aceh bergegar lagi selain Mexico, Amerika Syarikat 

BANDARAYA MEXICO: Gempa sekali lagi melanda Aceh semalam selain Mexico dan Amerika Syarikat tanpa menyebabkan kematian atau kemusnahan besar.
Gempa terbaru magnitud 5.3 di Aceh itu berpusat 442 kilometer ke barat daya Sabang di kedalaman 124 kilometer dan berlaku pada 7.29 pagi waktu tempatan.
Ketua geofizik Agensi Kaji Cuaca Geofizik, Iklim dan Geofizik, Dadang Permana, berkata 25 gegaran susulan dengan ukuran melebihi magnitud 5 berlaku sejak gempa bumi besar melanda tengah hari kelmarin. 

Gegaran susulan terbesar magnitud 8.3 berpotensi mencetuskan tsunami direkodkan pada 5.45 petang kelmarin, dua jam selepas gempa bumi pertama berlaku. 

Gempa juga melanda dekat pantai Mexico di perairan Pasifik magnitud 6.5 disusuli dengan satu lagi gegaran magnitud 7.1 di Sonora. Gempa magnitud 5.9 kemudian dilaporkan melanda kawasan 256 kilometer ke barat laut bandar Bandon di Oregon dan magnitud 5.3 di California, Amerika. 

Pegawai Biro Tinjauan Geologi Amerika (USGS), Doug Gibbons, berkata gempa bumi di Amerika tiada kaitan dengan dua gegaran di Indonesia dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. 
Gempa bumi Mexico dilaporkan berpusat di kawasan kurang penduduk di pergunungan barat negara itu tetapi masih menyebabkan bangunan tinggi bergoyang lebih 320 kilometer dari situ. 

Ramai meninggalkan bangunan di ibu kota. Kerajaan berkata, tinjauan udara menggunakan helikopter tidak mengesan sebarang kerosakan. Kerajaan negeri Michoacan, pusat gegaran, juga tidak melaporkan sebarang kerosakan. 

Gempa itu adalah yang terbaru dalam siri gegaran kuat melanda ibu negara Mexico sejak gempa magnitud 7.4 pada skala Richter menggegarkan selatan negara itu tiga minggu lalu, tetapi gegaran susulan tidak berlaku, kata pakar geofizik USGS, Dale Grant. 

Gempa bumi besar bulan lalu dirasakan di ibu kota Mexico dan ia merosakkan beratus-ratus rumah dan menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut berhampiran sempadan antara negeri Guerrero dan Oaxaca. 

Perkhidmatan gempa bumi Mexico berkata, gegaran diikuti rapat dengan 400 gegaran susulan termasuk satu yang berukuran 6 pada skala Richter. – AP/Bernama

Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai


Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa




Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran.

1. Sentiasa mendapat petunjuk
“Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)

2. Diberi penyelesaian dari masalah
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)

3. Dipermudah segala urusan
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)

4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga
“… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
“Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah
“Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Fussilat: 18)“… dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)

9. Terpelihara dari tipu daya musuh
“Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)

10. Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
“Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)

KFC Thailand mohon maaf



LAMAN sosial Facebook KFC dikritik kerana menulis mesej yang tidak sensitif ketika orang ramai panik berikutan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia kelmarin.



BANGKOK - Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.
Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.
Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."
Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf. - Agensi

Empangan bocor 75 liter sesaat




BEBERAPA pekerja cuba membaiki kebocoran pada empangan hidroelektrik Song Tranh 2, dalam wilayah Quang Nam kelmarin.


HANOI - Pemerintah Vietnam mengarahkan supaya kebocoran yang berlaku di empangan Hidroelektrik Song Tranh 2 dibaiki dengan segera.
Arahan itu dikeluarkan selepas orang ramai mula bimbang berhubung kebocoran yang berlaku pada empangan berkenaan yang terletak dalam wilayah Quang Nam, tengah Vietnam.
Pada Selasa lepas, pihak pengurusan Empangan berkenaan memberitahu, kebocoran yang berlaku dianggarkan sekitar 75 liter sesaat iaitu lima kali ganda lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini.
Mengulas mengenai kerosakan tersebut, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan, Hoang Quoc Vuong berkata, empangan itu masih selamat walaupun kebocoran yang berlaku adalah jauh lebih tinggi daripada tahap biasa.
"Kebocoran pada kadar 75 liter sesaat masih selamat. Di Amerika Syarikat, beberapa empangan mengalami kebocoran hingga 500 liter sesaat tetapi ia masih kukuh," katanya.
Menurutnya, pemerintah mahu kebocoran tersebut siap dibaiki menjelang 15 April ini. - Agensi

Polis Filipina musnahkan lebih 200kg dadah bernilai RM58.3 juta




SEORANG anggota Agensi Penguatkuasaan Antidadah Filipina berkawal di hadapan unit penguraian termal syarikat IWMI di bandar Cavite semalam.


CAVITE - Agensi Penguatkuasaan Antidadah Filipina (PDEA) menusnahkan lebih 200 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis yang dirampas di negara berkenaan. Semua barang terlarang itu yang dianggarkan bernilai sekitar 807 juta peso (RM58.3 juta), dimusnahkan melalui proses penguraian termal oleh sebuah syarikat tempatan, IWMI di sini, selatan Manila semalam.
Ketua PDEA, Jose Gutierrez berkata, proses haba berkenaan digunakan untuk memusnahkan 22kg kristal shabu, 206 liter cecair shabu, 95 liter cecair efedrina, 186kg daun ganja kering dan beberapa dadah jenis lain seperti kokain dan heroin. - Reuters