Pages

Thursday, January 26, 2012

33 Paus Tersadai Terpaksa Ditembak Mati Di NZ


WELLINGTON – Anggota Pusat Konservasi Marin New Zealand terpaksa menembak mati 33 ikan paus yang tersadai di pantai negara itu selepas beberapa usaha menyelamatkan sejak seminggu lalu gagal.

Paus yang ditempak itu adalah baki 99 paus yang tersadai di pantai Farewell Spit di South Island, sejak Isnin lalu.
Pengurus Kawasan Jabatan Konservasi, John Mason, berkata kakitangan jabatan itu bersama ratusan sukarelawan bertungkus-lumus sepanjang minggu ini untuk mengapungkan kembali paus yang tersadai itu.
Beliau berkata, pihaknya menyangka usaha itu berjaya semalam selepas paus itu berjaya memasuki kawasan paras air dalam tetapi haiwan itu kembali semula ke pantai hari ini.
Beliau berkata, keadaan paus terbabit semakin teruk dan sukar untuk diselamatkan lagi.
Sehubungan itu, 33 paus berkenaan terpaksa ditembak mati manakala 36 lagi mati secara semulajadi dengan 17 berjaya diselamatkan. – AP



Warga emas dituduh cabul kehormatan cucu perempuan

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas,74, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.

Warga emas itu dituduh mencabul kehormatan cucunya di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara jam 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang juga pengadu dalam kes berkenaan, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya. 

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes. 

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne. - BERNAMA 

Gempa magnitud 5.3 gegar kepulauan Greece

ATHENS: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda selatan kepulauan Laut Aegean, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan, kata pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Menurut Institusi Geodinamik Athens, gempa di dasar laut itu berlaku antara pulau peranginan pelancongan popular, Santorini dan Crete, kira-kira 244 kilometer dari tenggara Athens.
Greece adalah antara lokasi gelombang aktif, di mana daripada ratusan kejadian gempa di negara itu setiap tahun hanya beberapa mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan kecil. - AP Berita Harian Online | Gempa magnitud 5.3 gegar kepulauan Greece:

'via Blog this'

Speaker Palestin dipenjara tanpa bicara

BAITULMUQADDIS - Israel mengarahkan Speaker Parlimen Palestin, Aziz Dweik, dipenjara selama enam bulan tanpa dibicarakan berikutan penangkapannya berhampiran Tebing Barat di Ramallah minggu lalu atas alasan disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.

Menurut peguam Dweik, perintah penahanan yang dikeluarkan semalam tidak memberi sebab terperinci terhadap pemenjaraan anak guamnya itu.

Fadi Kawasmi berkata, perintah penahanan itu menyatakan Dweik ditahan kerana terlibat di dalam serangan menentang rejim itu.

Dweik merupakan penggubal undang-undang Hamas pertama daripada empat penggubal kumpulan Islam lain yang dilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh rejim Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah, di tahan oleh pihak berkuasa Israel minggu lalu.

Selasa lalu, tentera rejim bertindak menahan penggubal undang-undang Abdel Jaber Fukaha di Ramallah, manakala Mohammed Totah serta Khaled Abu Arafah turut ditahan Isnin lalu di tempat perlindungan mereka di kawasan Palang Merah di Timur Baitulmuqaddis.

 Berikutan itu, Perdana Menteri, Salam Fayyad dalam mesyuarat Kabinet Palestin di Ramallah, mengutuk penangkapan itu dan menuntut Israel segera membebas semua penggubal undang-undang itu.

Hamas turut menggambarkan penangkapan itu sebagai satu percubaan rejim untuk menghentikan usaha damai antara Hamas dan Fatah.

Perkampungan ditimbus tanah


Perkampungan ditimbus tanah

PORT MORESBY - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 20 lagi masih hilang selepas runtuhan tanah di Pergunungan Selatan, Papua New Guinea yang berlaku secara tiba-tiba, semalam.

Pengarah Pusat Bencana Kebangsaan Kepulauan Asia Pasifik, Martin Mosi berkata, runtuhan tanah itu menyebabkan beberapa buah kampung musnah dan meningkatkan jumlah kematian.

Ahli politik kawasan terjejas, Francis Potape memberitahu, dua perkampungan tertimbus sepenuhnya dan ketika kejadian semua mangsa sedang tidur.

“Ramai yang tertanam di bawah dan sebilangan mereka terdiri daripada kanak-kanak,” katanya menggambarkan keadaan kampung itu yang kini terputus hubungan dengan kawasan luar.

Amalan Terbaik Dalam Hidup

By Anis Hazwin Halim

Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

6 Makanan yang Memutihkan Gigi

Oleh Lika Aprilia Samiadi 
Semua pasti ingin memiliki gigi putih cemerlang, namun tak semua punya uang untuk memutihkan gigi di dokter atau dengan cairan pemutih gigi yang mengandung efek samping. Padahal gigi putih bersinar juga bisa didapatkan dengan mengonsumi lima makanan berikut ini.

1. Stroberi
Buah cantik ini memproduksi enzim malic acid yang membantu memutihkan gigi. Selain dengan langsung memakannya, stroberi bisa dimanfaatkan untuk memutihkan gigi dengan cara dihaluskan, digosokkan ke gigi, diamkan selama lima menit lalu bilas dan gosok gigi seperti biasa.

2. Buah-buahan dan sayuran yang renyah
Contoh terbaik adalah apel, seledri, dan wortel. Menggigit dan mengunyah buah dan sayuran seperti ini akan membantu membersihkan plak, "menggosok" gigi agar lebih putih bersinar, dan meningkatkan produksi air liur yang baik bagi kesehatan mulut.

3. Keju
Keju dan bahan olahan susu lainnya seperti yoghurt mengandung lactic acid yang berfungsi melindungi gigi. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa anak-anak yang mengonsumsi yoghurt empat kali seminggu lebih terlindung dari pembusukan gigi dibanding anak-anak yang tak minum yoghurt. Sedangkan untuk memutihkan gigi, keju adalah pilihan yang baik karena selain melindungi gigi dari kebusukan, keju juga mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.

4. Jeruk dan nanas
Saat mengonsumsi jeruk, nanas, dan buah-buahan asam lainnya, mulut memproduksi air liur lebih banyak, yang membantu membersihkan gigi secara alami.

5. Baking soda
Sebuah penelitian tahun 2008 menemukan bahwa pasta gigi yang mengandung baking soda berfungsi lebih baik dalam membersihkan plak. Anda bisa saja menggunakan baking soda langsung untuk membersihkan gigi, namun para dokter menyarankan agar hal ini tak dilakukan terlalu sering karena bisa mengikis enamel gigi. Pilihan paling aman adalah menggunakan pasta gigi yang mengandung baking soda.

6. Permen karet yang mengandung xylitol
Xylitol adalah pemanis alami yang dapat mencegah plak. Xylitol juga menetralkan tingkat keasaman di dalam mulut dan meningkatkan produksi air liur untuk membersihkan gigi.

Neeson mahu peluk Islam


Liam Neeson
LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.

Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.


Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya.

“Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.


Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.


“Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam,” katanya.


Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.


Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? “Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya. - TS

25 penggubal Palestin dalam tahanan Israel


25 penggubal Palestin dalam tahanan Israel

BANDAR GAZA - Tentera rejim Israel bertindak menangkap seramai 25 penggubal undang-undang Pales­tin sejak minggu lalu dan memasukkan mereka ke dalam penjara rejim.

Sehingga kini, tahanan warga Palestin di dalam penjara Israel mencecah angka 5,000 orang dengan alasan penglibatan tahanan dengan pengganas.

Penangkapan penggubal undang-undang itu dilihat helah Israel untuk menghancurkan proses perdamaian antara puak-puak Palestin.

Tindakan kejam Israel turut mengundang kemarahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Asia yang mahukan pihak berkuasa Palestin menamatkan semua jenis rundingan dan penyelarasan keselamatan dengan rejim angkuh itu.

Bangunan 20 tingkat runtuh di Brazil

PARA penyelamat membawa keluar mangsa bangunan runtuh dipercayai akibat letupan gas, di tengah Rio de Janeiro, Brazil, hari ini. - Foto AP
PARA penyelamat membawa keluar mangsa bangunan
 runtuh dipercayai akibat letupan gas, di tengah
 Rio de Janeiro, Brazil, hari ini. - Foto AP
RIO DE JANEIRO: Sebuah bangunan 20 tingkat di tengah Rio de Janeiro runtuh, awal hari ini dipercayai akibat letupan dengan dua orang dilaporkan cedera setakat ini.

Pegawai Bomba yang berada di kawasan runtuhan berdekatan panggung teater bandaraya berkenaan di Dataran Cinelandia mengesahkan sekurang-kurangnya dua orang cedera setakat ini.
Seorang lagi pekerja penyelamat berkata, beberapa pekerja pembinaan yang berada di dalam bangunan juga dilaporkan terperangkap.
Ketika ini, berpuluh anggota penyelamat dan pegawai perubatan berada di kawasan runtuhan. 

Kejadian awal pagi ini yang dilaporkan mencetuskan panik di sekitar kawasan berkenaan selepas kedengaran beberapa letupan. - AFP 

11 maut bangunan runtuh akibat letupan di Brazil


ANGGOTA bomba dan penyelamat bergegas ke bangunan 18 tingkat yang runtuh akibat letupan kuat di tengah Bandaraya Rio de Janeiro, Brazil, awal pagi ini. Setakat ini, 11 orang dilaporkan maut atau cedera dan puluhan lagi terperangkap. (berita lanjut) - Foto AF



2012/01/26

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 11 maut setakat ini apabila bangunan 18 tingkat di tengah Rio de Janeiro runtuh dipercayai akibat letupan, awal pagi ini. 

Stesen televisyen Globo News, memetik pegawai pertahanan awam berkata, setakat ini 11 orang maut atau cedera dan jumlah sebenar belum dapat dipastikan.

Bangunan terbabit yang berletak berdekatan panggung teater bandaraya di Dataran Cinelandia, dikatakan tumbang akibat letupan kuat sehingga mencetuskan panik di sekitar kawasan itu.
Sebelum ini, pasukan penyelamat berkata, beberapa pekerja binaan yang berada di dalam bangunan kini dipercayai terperangkap. 

Setakat ini 30 orang dilaporkan sudah dikeluarkan dari bangunan berkenaan dan mereka dilaporkan selamat. - AFP 

Kembar enam kelahiran pertama

KABUL: Seorang wanita Afghanistan yang hamil anak sulung tidak menyangka akan melahirkan kembar enam di hospital di bandar raya Mazar-e-Sharif.

Dia mengakui tidak menyedari hamil lebih daripada seorang bayi kerana tidak pernah menerima rawatan kesuburan.

Doktor berkata, wanita itu tiba di hospital Isnin lalu dan melahirkan tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan pada hari sama. Menurut doktor, melahirkan anak kembar enam tanpa rawatan kesuburan amat jarang berlaku.
Afghanistan negara yang mencatatkan kadar kematian ibu dan anak tertinggi di dunia.

Wanita yang dikenali Sharah, 24, berasal dari pedalaman wilayah Balkh.
Pengarah Kesihatan Wilayah, Mirwais Rabi, berkata semua enam bayi berkenaan sihat tetapi kurang berat badan dengan seorang daripadanya cuma seberat 700 gram.

Rabi berkata, bayi berkenaan diletakkan dalam inkubator dan diawasi sepasukan jururawat dan doktor. Sharah dalam keadaan sihat tetapi letih.
Doktor berkata, jika mereka menyedari dia hamil kembar enam, Sharah akan dimasukkan ke hospital beberapa hari lebih awal. Berita itu mendapat liputan utama di stesen televisyen dan radio Afghanistan.

“Dia berani, dia mengagumkan. Saya tidak tahu bagaimana dia membawa enam anak. Kerajaan perlu membantunya,” kata seorang penduduk. – AFP 

Penggodam ancam lagi

 WASHINGTON: Penggodam internet yang terkenal menggunakan nama Anonymous, mengumumkan pelan untuk melancarkan serangan ke atas rangkaian sosial popular, Facebook, pada Sabtu minggu ini.

Kumpulan berkenaan menyiarkan video di laman YouTube mengumumkan rancangan itu.
“Perang online sudah bermula antara Anonymous, orang ramai dan kerajaan Amerika Syarikat,” menurut video berkenaan. Laporan CBS News menyebut, pengumuman dibuat menggunakan akaun YouTube, AnonymousVoice777.

Ancaman terbaru kumpulan berkenaan menyerang Facebook bukanlah yang pertama.
Tahun lalu, kumpulan itu berikrar ‘membunuh Facebook pada Hari Guy Fawkes, iaitu pada 5 November.

Setakat ini, tiada apa yang berlaku. Menurut laporan, penggodam berkenaan meminta orang ramai membantu mereka menyerang Facebook hujung minggu ini, menyatakan mereka tidak akan berdepan masalah jika turut sama dalam rancangan itu. – Agensi 

Penduduk Haditha tak maaf askar Amerika

WUTERICH tiba untuk sesi penghakiman di Camp Pendhleton, California bersama peguam bela, Meridith Marshall.
WUTERICH tiba untuk sesi penghakiman di Camp
Pendhleton, California bersama peguam
 bela, Meridith Marshall.
Pegawai beri arahan bunuh 24 warga Iraq dipenjara 3 bulan 

HADITHA: Penduduk Haditha dan sanak saudara 24 warga Iraq yang dibunuh di sini oleh sekumpulan askar Amerika Syarikat menyuarakan rasa terkejut dan meluahkan kebencian terhadap hukuman ringan ke atas pegawai tentera Amerika yang memberi 'lampu hijau' kepada keganasan itu.
Peguam mangsa berikrar meneruskan kes itu sementara seorang doktor di hospital pekan ini menegaskan, penduduk Haditha tidak mungkin melupakan kejadian pembunuhan orang awam pada November 2005 itu.
“Ini adalah serangan menumpah darah rakyat Iraq. Hukumannya untuk jenayah kecil. Tetapi, membunuh 24 orang yang tidak berdosa dan hanya menerima hukuman tiga bulan? Ini menghina kemanusiaan.” keluh peguam dan ahli majlis perbandaran Haditha, Khalid Salman. 

Komennya dibuat selepas Staf Sarjan Frank Wuterich mengaku salah Isnin lalu atas kesalahan cuai dalam tugas dan hukuman maksimum adalah penjara tiga bulan. 

Wuterich juga diturunkan pangkat ke prebet dan dihukum tahanan selama 90 hari tetapi tidak dipenjarakan mengikut persetujuan awal sebelum perbicaraan. 

Seorang doktor, Ayad Ghazi Musleh bersetuju dengan pandangan Khalid. Seorang mangsa terselamat, kanak-kanak perempuan bernama Hind, hanya memandang. 
Pakar bedah di hospital Haditha itu berkata, keputusan terhadap Wuterich mengingatkannya kepada seorang mangsa, Aida Ahmed, pesakit yang beliau bedah sebelum kejadian pembunuhan beramai-ramai itu. 

“Dia masih dalam rawatan dan dibunuh di katilnya. Saya tidak dapat lupakan pembunuhannya,” kata Ayad Ghazi. 

Dakwaan membunuh digugurkan sebagai sebahagian daripada perjanjian mengaku salah Wuterich, yang mengetuai sekumpulan tentera dengan askar lain yang terbabit dalam kejadian itu terlepas daripada hukuman. 

“Penduduk Haditha sangat tertekan terutama keluarga mangsa, keluarga mangsa tidak bersalah yang dibunuh tanpa sebab,” kata wartawan televisyen satelit al Anbar yang berpejabat di Haditha, Assem Omar al-Hadithi. 

“Kami tidak mahu cakap mengenai permohonan maaf dan kebaikan, apa yang kami mahu adalah keadilan,” kata Omar yang dilahirkan di sini. 

Dalam kejadian itu, 24 rakyat awam Iraq terbunuh termasuk 19 dibunuh di beberapa rumah bersama lima lagi lelaki yang dikerah keluar kenderaan ketika tentera laut mengadakan rondaan pada 19 November 2005. 

Mangsa termasuk 10 wanita atau kanak-kanak yang ditembak rambang. Enam lagi dibunuh dalam satu rumah, kebanyakan ditembak di kepala termasuk wanita dan kanak-kanak yang bersesak-sesak dalam bilik. 

Wuterich menyuarakan kesedihan selepas menerima hukuman tetapi menegaskan beliau bukanlah pembunuh kejam bayi. 

Tujuh lagi tentera laut yang didakwa dalam kes itu dilepaskan menerusi pelbagai penghakiman perundangan, yang turut menambah kemarahan di Iraq di mana pihak berkuasa mendesak pasukan Amerika tertakluk kepada keadilan di Iraq sebelum Amerika menarik pasukannya pada Disember. 

“Saya tidak akan memaafkan mereka. Begitu juga dengan anak lelaki dan cucu saya,” kata kakitangan kerajaan, Awous Famih Hussein, 45, yang tinggal berdekatan jalan tempat bom diletupkan pada November 2005 yang membunuh seorang askar Amerika sebelum tentera laut mengamuk di Haditha yang didiami 80,000 orang. 

Awous Famih berkata, sudah lama dia mahu meninggalkan pekan itu untuk melenyapkan kenangan pahit pembunuhan tetapi tidak cukup wang untuk berpindah. 
“Sudah lama saya memikirkan untuk berhijrah ke Syria meninggalkan kesemuanya dan membawa keluarga,” katanya yang menceritakan yang beliau sudah bersedia untuk meninggalkan negaranya.– AFP. 

Mesir rai revolusi anti-Mubarak


GAMBAR lensa sudut luas menunjukkan kebanjiran penduduk Mesir di Dataran Tahrir semalam, bagi menyambut ulang tahun pertama kebangkitan yang menjatuhkan Mubarak.
GAMBAR lensa sudut luas menunjukkan kebanjiran penduduk Mesir di Dataran Tahrir semalam, bagi menyambut ulang tahun pertama kebangkitan yang menjatuhkan Mubarak.


Beribu-ribu penduduk hadiri sambutan ulang tahun pertama kebangkitan

KAHERAH: Rakyat Mesir semalam, meraikan ulang tahun pertama kebangkitan menumbangkan pemerintahan Presiden Hosni Mubarak dengan tentera merancang sambutan perayaan besar-besaran manakala aktivis berikrar menghidupkan semula revolusi yang masih belum selesai.
Genap setahun, diilhamkan oleh kebangkitan rakyat di Tunisia, penduduk Mesir mengadakan bantahan di jalan raya mendesak perubahan demokrasi dan menuntut penyingkiran Mubarak.
Kita mesti adakan perhimpunan hari ini, bukan untuk meraikan revolusi yang tidak mencapai sasaran tetapi menunjukkan secara aman azam kita untuk mencapai matlamat revolusi. - Alaa al-Aswani, Novelis
Kelmarin, pemerintah tentera Mesir, Marshal Hussein Tantawi mengumumkan penarikan undang-undang darurat selama beberapa dekad di negara itu, dalam usaha melembutkan penunjuk perasaan yang merancang bantahan besar-besaran di Kaherah semalam.

“Saya membuat keputusan menamatkan perintah darurat, di seluruh negara, kecuali dalam memerangi tindakan samseng, bermula pada pagi 25 Januari 2012,” kata Tantawi dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.

Bagaimanapun, aktivis mendakwa tindakan itu sekadar untuk mengaburi mata, mengecam penggunaan perkataan samseng sebagai cara untuk mengekalkan kuasa polis membuat tangkapan menurut undang-undang itu.

“Bagi semua tujuan, perintah darurat tidak ditarik balik,” kata Pengarah Inisiatif bagi Hak Individu Mesir (EIPR), Hossam Bahgat. 
Ketika Tantawi membuat pengumuman, beratus-ratus penunjuk perasaan sudah pun berarak ke Dataran Tahrir di Kaherah, simbol pusat kebangkitan rakyat.

Tarikh 25 Januari yang pernah menjadi Hari Polis secara rasmi kini diisytiharkan sebagai Hari Revolusi oleh Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), yang mengambil alih kuasa apabila Mubarak meletak jawatan Februari lalu.

Terdesak memulihkan imej selepas tuduhan melanggar hak, tentera merancang perayaan besar-besaran dengan perarakan tentera laut di bandar raya Iskandariah, pertunjukan udara di Kaherah dan pertunjukan bunga api di seluruh negara.

SCAF juga mengeluarkan syiling khas untuk majlis itu dan dijangka memberi penghormatan kepada kakitangan awam.

Ia menggesa semua rakyat supaya memelihara semangat 25 Januari, yang menyatukan semua penduduk, lelaki dan wanita, muda dan tua, Islam dan Kristian.

Namun, aktivis berkata revolusi dicemari oleh Tantawi yang juga Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Mubarak.

“Kita mesti adakan perhimpunan hari ini, bukan untuk meraikan revolusi yang tidak mencapai sasaran tetapi menunjukkan secara aman azam kita untuk mencapai matlamat revolusi.

“Matlamat itu ialah hidup bermaruah, membawa keadilan, membicarakan pembunuh dan mencapai keadilan sosial yang minimum,” tulis novelis terkenal dan aktivis prodemokrasi, Alaa al-Aswani, dalam akhbar al-Masry al-Youm.

Penunjuk perasaan mahu Tantawi dan pemerintah tentera lain meletak jawatan dengan segera dan tidak terbabit dalam draf Perlembagaan baru kerana bimbang mereka menjadikan kuasa tentera berkekalan dalam piagam itu. – AFP 

Penduduk gantung coli sebagai bantahan



         
JAKARTA: Penduduk setinggan yang tinggal di Tanah Merah di utara bandar raya ini menggantung coli di pagar Kementerian Dalam Negeri, semalam menuntut supaya Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi menyelesaikan konflik dengan pentadbiran Jakarta mengenai permit kediaman mereka.

Penduduk yang menggantung pakaian dalam wanita itu di pagar kementerian berkenaan di Jalan Medan Merdeka Barat, berkata, Gamawan gagal melaksanakan polisi agar pentadbiran tempatan mengeluarkan permit kepada semua penduduk yang layak. Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo sebelum ini enggan mengeluarkan permit kepada penduduk Tanah Merah, mendakwa mereka tinggal di tanah dimiliki syarikat minyak dan gas Pertamina secara haram.


“Sebagai menteri, Gamawan lebih berkuasa daripada gabenor. Dia patut mengambil tindakan ke atas gabenor kerana enggan melaksanakan arahan,” kata penyelaras demonstrasi, Aris.

Menurut Agensi Statistik Pusat, lebih 7,400 isi rumah dan 27,000 penduduk tinggal di tanah seluas 83 hektar itu. - Jakarta Post

Ansar al-Jihad ikrar taat setia kepada pemimpin al-Qaeda




         
KAHERAH: Kumpulan Ansar al-Jihad di Semenanjung Sinai yang mengumumkan kewujudannya pada Disember lalu mengisytiharkan kesetiaannya kepada pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, lapor laman pemantauan berpangkalan di Amerika Syarikat SITE, semalam.

Mesej di Internet yang ditujukan kepada Ayman berkata, ‘tentera anda di Sinai yang berada di Tanah Mesir memberi ikrar ketaatan dalam keadaan baik, buruk, susah, senang dan keadaan terdesak. “Kami tidak akan menarik diri atau menyerah hingga titisan darah terakhir kerana Allah dan hingga Islam memerintah dengan bantuan Allah Yang Maha Agung,” kata kenyataan itu yang dipetik laman SITE. Pada 21 Disember lalu, SITE berkata, kumpulan baru itu berikrar akan menyerang kerajaan tentera di Kaherah dan mensasarkan AS. Menurut SITE, kumpulan itu berikrar akan ‘melakukan yang terbaik untuk memerangi rejim Mesir dan penyokongnya di kalangan Yahudi, Amerika dan mereka yang rapat’.


Kenyataan itu turut membicarakan ‘perang terhadap Islam’ dan ‘pencuri’ sumber semula jadi Mesir yang dikatakan dijual kepada Israel, sebagai merujuk kepada perjanjian gas semula jadi yang penuh kontroversi antara kedua-dua negara itu. Kenyataan itu juga menyuarakan layanan kerajaan Mesir terhadap individu yang mengebom saluran paip gas dan pembunuhan seorang suspek ketika insiden keganasan di sepanjang sempadan Mesir-Israel Ogos tahun lalu. - AFP

Nato tidak berhasrat campur tangan di Syria, Iran

          
BERLIN: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tidak bercadang untuk campur tangan di Syria atau Iran, kata pemimpin tertinggi tentera pertubuhan itu di Eropah, semalam. Beliau menafikan kenyataan Russia yang pihaknya merancang untuk mengambil tindakan ketenteraan di kedua-dua negara terbabit.

“Daripada perspektif Nato, saya boleh menjelaskan kepada anda yang kami tidak ada sebarang rancangan di Syria, kami hanya mengawasi keadaan di sana,” kata Admiral James Stavridis dalam satu forum.


“Pada pendapat saya, sebelum Nato merancang untuk membabitkan diri di negara berkenaan, ia terlebih dulu memerlukan tindakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab.

“Saya tidak nampak kami menuju ke arah itu, oleh itu tugas Nato pada masa ini hanya mengawasi keadaan, terutama di kawasan berhampiran sempadan negara anggota,” katanya. Mengenai Iran, beliau berkata, Nato “bukan satu pertubuhan yang memberi tumpuan untuk membabitkan diri di Iran langsung.” - AFP

Lelaki curi lebih 11,000 pasang pakaian dalam wanita


 

BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata mereka menahan seorang pencuri dengan lebih 1,000 pasang pakaian dalam wanita di but keretanya.
Polis turut menemui lebih 10,000 pasang barangan sama di kediaman suspek berusia 48 tahun itu yang ditahan bersama seorang rakannya selepas memecah masuk sebuah bangunan di kawasan Chinatown di bandar raya ini.

Polis berkata, lelaki itu mengakui mencuri dan mengumpul pakaian dalam wanita sejak dia berusia 18 tahun.

“Dia mencium semua pakaian dalam itu sepanjang masa, malah juga ketika memandu,” kata Mejar Jeneral Saroj Promcharoen. - AFP

2 tahun dibelasah teman wanita


McNICHOLL menunjukkan kesan kecederaan pada badannya akibat dihentak dengan batang besi dan tukul besi.
McNICHOLL menunjukkan kesan kecederaan pada badannya akibat dihentak dengan batang besi dan tukul besi.


LONDON: Seorang ahli perniagaan yang dibelasah teruk oleh teman wanitanya dan hampir kehilangan tangan akan menjalani pembedahan kosmetik bagi menghilangkan kesan penderaan itu.
Ian McNicholl, 49, dari Hull, menderita selama dua tahun akibat didera Michelle Williamson, termasuk satu daripadanya disembur dengan cecair peluntur pada mata.

McNicholl juga menderita retak tengkorak, rahang, hidung dan tiga rusuknya patah, selain kesan melecur pada tangan akibat ditekap dengan seterika panas oleh teman wanitanya yang hanya mempunyai ketinggian 1.5 meter.
Tidak cukup dengan itu, McNicholl juga diseksa dengan puntung rokok pada hidungnya kerana disyaki bercinta dengan wanita lain.

Michelle kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan ke atas McNicholl.

Dalam satu kejadian, Michelle, 34, mencurah dua cerek air mendidih ke atas McNicholl dan pernah menyerang teman lelakinya itu dengan pencuci hampa gas.

Bersedia menjalani pembedahan kosmetik, McNicholl berkata dia mula disyaki berlaku curang di antara sambutan Krismas dan tahun baru pada 2006.

“Ketika itu Michelle mencederakan saya kali pertama dengan menumbuk muka sehingga menyebabkan mata saya lebam,” katanya.
Menurut McNicholl, Michelle kemudian meminta maaf dan berjanji insiden itu tidak berulang lagi.

Percaya dengan janji itu, McNicholl membenarkan Michelle berpindah ke rumahnya di Grimsby.

Bagaimanapun, beberapa minggu kemudian Michelle sekali lagi menyerangnya dengan pencuci hampa gas.

Kata McNicholl, Michelle mula merungut dan mengungkit hubungannya dengan pasangan sebelum ini.

Pengalaman paling perit dialami McNicholl berlaku apabila Michelle mencurahkan secerek air mendidih ke ribaannya.

“Ketika saya menjerit kesakitan, Michelle mengisi semula cerek berkenaan, memanaskan air dan mencurahnya untuk kali kedua,” katanya.

McNicholl berkata, Michelle juga suka menunjuk-nunjuk kesan kecederaan dialami kepada rakannya.

Ditanya mengapa dia tidak cuba melarikan diri, McNicholl berkata, dia takut kerana Michelle pernah mendakwa keluarganya terbabit dalam kegiatan jenayah dan tidak teragak-agak membunuhnya.

Sejurus sebelum ditahan polis, Michelle sempat menyerang McNicholl dengan batang besi dan tukul besi dalam kejadian selama hampir tujuh jam.

Michelle ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pihak tidak dikenali. - DM
myMetro | 2 tahun dibelasah teman wanita:

'via Blog this'

25 premis diarah tanggal logo halal tak diiktiraf


PUTRAJAYA 25 Jan. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan 126 operasi penguatkuasaan sijil halal di seluruh negara dan sepanjang operasi tersebut 25 premis makanan diarahkan mencabut logo halal yang dipamerkan di premis masing-masing.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof berkata, 25 premis tersebut diarah berbuat demikian kerana menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Menurutnya, seperti mana yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu, hanya logo halal yang dikeluarkan Jakim boleh diguna pakai dan diiktiraf di seluruh negara.

Serentak itu, katanya, semua sijil halal sedia ada terbatal pada malam 31 Disember dan semua pihak perlu mengemukakan permohonan baru kepada pengeluar tunggal iaitu Jakim untuk dipamerkan di premis masing-masing.

"Keputusan itu sejajar dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai lalu bagi menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972.

"Untuk logo halal ini, Jakim telah menguatkuasakan bermula 1 Januari lalu, bermakna selepas tarikh tersebut tidak ada lagi logo halal lain selain Jakim boleh digunakan, terutamanya di premis makanan dan restoran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Hakimah, premis yang berdegil tidak memohon sijil halal daripada Jakim akan dikenakan tindakan iaitu denda RM250,000 atau tiga tahun penjara bagi syarikat atau kedua-duanya sekali.

Bagi individu pula, denda tersebut berjumlah RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, katanya, sepanjang 126 operasi di seluruh negara, 25 premis yang didapati bersalah hanya diarahkan mencabut logo halal yang tidak diktiraf kerana dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini Jakim hanya bertindak memberi penerangan dan pendidikan.

"Buat masa ini, kami masih lagi dalam proses mendidik pengusaha premis makanan berhubung pentingnya memohon sijil halal Jakim dan memberitahu mereka tentang undang-undang baru ini. Bagaimanapun selepas tiga bulan, jika terus berdegil tindakan undang-undang seperti mana yang termaktub dalam APD 2011 akan dikenakan.

"Saya juga ingin menyeru kepada pemilik premis makanan agar membuat permohonan dengan segera bagi mendapatkan sijil halal, jika mereka memilih saat-saat akhir, ia akan menyebabkan kelewatan kerana pihak kami perlu membuat kajian spesifik untuk meluluskan sebarang permohonan," katanya.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Facebook kini jadi lubuk 'jerung'


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Para pengguna laman sosial Facebook seharusnya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya mengenai segala bentuk kemewahan yang dicanangkan oleh rakan 'maya' yang dikenali menerusi laman berkenaan.

Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin menyifatkan Facebook sebagai lubuk 'jerung' yang hanya menanti mangsa untuk disambar.

Katanya, masyarakat harus sedar tiada jalan pintas untuk mendapatkan keuntungan besar melalui pelaburan seperti yang digambarkan dan helah itu adalah sama dengan skim-skim lain yang diperkenalkan sebelum ini.

"Penipuan menerusi pelaburan Internet sudah lama berleluasa dan tidak sepatutnya masih ada mangsa yang terpedaya dengan omongan pihak-pihak berkenaan yang menjanjikan keuntungan sehingga 10 peratus sebulan daripada nilai pelaburan.

"Itu semua adalah sandiwara semata-mata bagi menarik minat mereka yang mahukan keuntungan segera. Masyarakat harus sedar bukan semudah itu untuk mengumpul kekayaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan khas akhbar ini mengenai modus operandi skim pelaburan Internet yang kini beralih menggunakan medium laman sosial Facebook untuk menjerat mangsa.

Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya wang yang ada itu dilaburkan ke dalam pelaburan yang disahkan dan dijamin kerajaan.

"Kerajaan telah menyediakan banyak saluran untuk kita membuat pelaburan seperti Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB), jadi mengapa harus memilih pelaburan yang tidak menentu.

"Sepatutnya sebelum mengeluarkan duit yang ada, kita seharusnya berfikir dengan masak kerana kerugian adalah risiko yang perlu ditanggung sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah (UMS),Profesor Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa menasihatkan orang ramai menyelidik dahulu latar belakang sesuatu skim sebelum membuat sebarang pelaburan.

"Harus dipastikan sama ada skim yang ingin disertai itu sah dan berdaftar dengan Bank Negara dan jangan mudah 'gelap mata' dek kemewahan dan pulangan yang digambarkan.

"Penipu ini licik dan pandai. Banyak cara yang mereka ada untuk memperdaya kita semua dan terkini mereka mengunakan laman sosial pula," tegasnya.

Katanya, masyarakat perlu berfikir secara logik dan rasional, sedangkan Petronas dan syarikat terbaik dunia yang lain pun hanya sekadar mencatat keuntungan sebanyak 30-50 peratus setahun.

"Jadi mana mungkin hanya dengan pelaburan 'maya' kita mampu untuk memperoleh pulangan sebanyak 10 peratus sebulan ataupun 120 peratus setahun," ujarnya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

AS tekad halang nuklear Iran

WASHINGTON 25 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, penyelesaian masih boleh dicapai secara aman dalam konfrontasi antarabangsa dengan Iran berhubung program nuklearnya tetapi beliau enggan menolak tindakan ketenteraan sebagai satu pilihan.
Kenyataan Obama itu membayangkan kesempatan untuk diplomasi semakin terhad, terutamanya ketika Iran sudah mengancam untuk menutup Selat Hormuz iaitu laluan utama bagi bekalan minyak dunia, ekoran sekatan antarabangsa yang semakin ketat dihadapinya.
Masyarakat antarabangsa sudah mengatasi perbalahan (berhubung isu Iran) dan kini bersepakat mengenai langkah untuk menyekat cita-cita nuklear Iran, kata Obama dalam ucapan tahunannya kepada anggota kedua-dua dewan Kongres AS, malam tadi.
Kesepakatan tersebut dicapai menerusi 'kekuatan diplomasi kita', kata Presiden itu, tanpa menyentuh kenyataan bahawa Rusia dan China terus berkeras menentang tindakan untuk memperketatkan sekatan ke atas Teheran.
"Amerika bertekad untuk menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear, dan saya tidak menolak sebarang tindakan untuk mencapai matlamat itu.
"Namun penyelesaian isu ini masih boleh dicapai secara aman, dan inilah yang jauh lebih baik," kata Obama.
Presiden daripada Parti Demokrat itu menyampaikan ucapan 'State of the Union' tersebut 10 bulan sebelum beliau dijadual bertanding semula untuk menduduki penggal kedua di White House.
Lawan Obama daripada Parti Republikan menggambarkan beliau sebagai tidak tegas terhadap Iran.
Pada November lalu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan, agensi itu mendapat gambaran keseluruhan bahawa Teheran 'menjalankan beberapa aktiviti yang ada kaitan dengan pembangunan sebuah bom nuklear'.
Teheran menolak laporan itu sebagai tidak berasas. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

60 dikhuatiri maut tanah runtuh di Papua New Guinea


Pandangan udara menunjukkan lokasi kejadian tanah runtuh yang menimbus kawasan hutan, – REUTERS


SYDNEY 25 Jan. – Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terbunuh dalam insiden tanah runtuh di pedalaman Papua New Guinea, ketika kebanyakan mangsa sedang nyenyak tidur, semalam.
Kejadian di Nogoli, tengah Papua New Guinea itu berlaku berhampiran projek besar gas asli cecair ExxonMobil di selatan negara tersebut.
Menurut media Papua New Guinea, 40 mayat telah ditemui dan 20 lagi masih hilang.
Pengarah Pusat Bencana Kebangsaan, Martin Mosi berkata, bilangan yang terkorban dalam bencana itu mungkin lebih ramai, tetapi menegaskan pihaknya masih belum dapat mengesahkan angka sebenar.
“Anggota kami kini dalam perjalanan ke tempat kejadian dan kami akan mendapat gambaran yang jelas tidak lama lagi.
“Namun yang pastinya, ia adalah bencana tanah runtuh yang besar dan meliputi kawasan yang luas,” kata Mosi.
Perdana Menteri Peter O’Neill dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Gambar dari udara yang diambil menunjukkan lumpur dan sisa-sisa sampah menimbus kira-kira satu kilometer kawasan hutan.
Jurucakap ExxonMobil berkata, semua pekerja mereka terselamat dan mereka kini saling berhubung dengan Pusat Bencana Kebangsaan. – AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian bacaan Al-Quran


Pasangan calon pilihan raya Gabenor Aceh (dari kiri) Muzakir Manaf, Zaini Abdullah, Fakhrulsyah Mega, Zulfinal, Yuli Zuardi dan Hendra Fadli ketika menjalani ujian bacaan Al-Quran di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, kelmarin. – AGENSI


JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.
Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.
Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.
“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.
Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.
Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.
Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.
Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.
“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.
Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh. – UTUSAN
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

AS lancar serbuan selamat pekerja diculik


MOGADISHU 25 Jan. - Tentera pasukan khas Amerika Syarikat (AS) yang menaiki beberapa helikopter melancarkan serbuan sebelum subuh di Somalia hari ini untuk menyelamatkan dua pekerja bantuan yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata tiga bulan lalu.

Rakyat AS, Jessica Buchanan, 32, dan Poul Thisted, 60, dari Denmark bertugas untuk agensi bantuan pemusnah periuk api, Danish Demining Group (DDG) semasa mereka diculik di bandar Galkayo, wilayah separa autonomi Galmudug, tengah Somalia pada 25 Oktober lalu.

"Dua pekerja DDG dibebaskan menerusi penggunaan kekerasan, dan kami mendapat maklumat sekurang-kurangnya enam helikopter melancarkan serangan awal pagi ini," kata pegawai keselamatan Somalia, Mohamed Nur.

Nur berkata, beberapa orang lanun terbunuh dalam pertempuran sengit dengan askar Amerika, manakala tebusan yang dibebaskan diterbangkan ke Djibouti oleh penyelamat mereka.

Stesen televisyen NBC memetik pegawai AS sebagai berkata, dua pasukan SEAL tentera laut AS mendarat dengan helikopter dan menyelamatkan tebusan selepas pertempuran bersenjata dengan penculik.

Serbuan itu dilancarkan di kawasan terpencil di antara dua wilayah yang dikenali sebagai sarang lanun di tengah Somalia, Hobyo dan Adado.

"Kami memungut lapan mayat lanun dari tempat kejadian dan kami difahamkan lima lagi yang ditangkap dibawa pergi oleh askar.

"Serbuan itu berlaku sebelum subuh dan askar yang sangat profesional dipercayai terlibat kerana serangan berakhir tidak sampai sejam kemudian," kata pegawai dalam pentadbiran Adado, Abduali Moalim.

Saksi berkata, askar asing mengambil alih lapangan terbang Galkayo semasa serbuan itu manakala beberapa pesawat sokongan turut mendarat di sana.

"Saya melihat sekurang-kurangnya lima helikopter tentera terbang di ruang udara bandar ini lewat malam tadi, dan pagi ini kami mendengar berita dua tebusan Barat dibebaskan oleh tentera asing," kata saksi, Abdulahi Isa. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Ketua Bulan Sabit Merah Syria ditembak mati

GENEVA 26 Jan. – Ketua Bulan Sabit Merah Syria ditembak mati di utara bandar Idlib, Syria kelmarin, lapor Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), semalam.
“Abdulrazak Jbero ditembak mati ketika dalam perjalanan dari Damsyik ke Idlib dan motif pembunuhan sedang disiasat.
“ICRC mengutuk pembunuhan itu di mana ia menunjukkan Syria masih tidak menghormati pasukan perubatan,” kata Ketua Operasi ICRC Asia Barat, Beatrice Megevand-Roggo. – REUTERS
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Mesir tahan penerbangan Libya Airlines

KAHERAH 26 Jan. – Penemuan satu objek yang disyaki bom mengakibatkan penerbangan sebuah pesawat Libya Airlines dibatalkan, semalam.
‘Objek besi’ itu ditemui beberapa minit sebelum pesawat 203 ke Tripoli berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir.
“Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, sepasukan pakar bom dan pengawal keselamatan di bawa ke dalam pesawat untuk melakukan pemeriksaan.
“Namun, tiada apa yang ditemui dan pihak berkuasa kini sedang menyoal siasat kesemua 75 penumpang pesawat tersebut,” kata pegawai lapangan terbang.
Menurut beliau, pesawat tersebut ketika ini ditahan di Kaherah sehingga siasatan selesai. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Banduan Kyrgyzstan mogok lapar, jahit mulut


26/01/2012 2:35am

BISHKEK, Kyrgyzstan 26 Jan. – Lebih 1,000 banduan di penjara Bishkek, Kyrgyzstan menjahit mulut mereka dalam satu protes yang diadakan di situ semalam.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 7,000 banduan yang mengadakan mogok lapar sebagai membantah keadaan di penjara berkenaan.

“Seramai 1,197 banduan menjahit mulut mereka sebagai sokongan kepada mogok lapar sementara 6,600 yang lain enggan menjamah sebarang makanan yang disediakan pihak penjara,” kata Ketua Timbalan Penjara, Kuanyshbek Kenebayev. – AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Burung pertama di dunia ada bulu hitam

GAMBAR menunjukkan 
spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx.

PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.
Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.
Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.
"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS. - AFP
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari

KERATAN Kosmo! semalam.
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.
Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.
Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.
Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.
Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.
Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari. - AFP
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'