Pages

Sunday, December 23, 2012

Spesies baru orkid, katak ditemui

Spesies baru orkid, katak ditemuiOrkid dari spesis Phalaennopsis Zebrina itu adalah rekod baru di Semenanjung Malaysia.
LEDANG - Perbadanan Taman Negara Johor berjaya menemui dua spesies baru bunga orkid dan katak menerusi Ekspedisi Saintifik Endau Rompin Trans Selai-Peta, pada Julai lalu.
Pegawai Penyelidiknya, Lili Tokimin berkata, spesies itu merupakan Scaphochlam Ys Sp yang ditemui di Sungai Marong, jenis tumbuhan kali pertama ditemui dalam bidang sains dan spesies endemik dinamakan Thottea Praetermissa yang dijumpai di kawasan Upeh Guling berhampiran Taman Negara Endau Rompin.
“Turut ditemui satu spesies orkid hutan yang sebelum ini hanya pernah ditemui di Sumatera dan pertama kali ditemui di Semenanjung Malaysia.
“Orkid dari spesies Phalaennopsis Zebrina itu adalah rekod baru di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika pembentangan Seminar Ekspedisi Saitifik Endau Rompin Trans Selai-Peta di Taman Negara Gunung Ledang yang melibatkan 100 peserta, kelmarin.
Lili berkata, penemuan itu akan dipaparkan dalam jurnal saintifik dan diketengahkan ke peringkat dunia supaya kajian lanjut dapat dilakukan untuk mengenal pasti kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di hutan negara ini.

“Ekspedisi anjuran bersama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia ini turut disertai pelbagai pihak termasuk universiti tempatan.

“Hasil daripada ekspedisi itu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) juga menemui dua spesies baru daripada keluarga halia serta tumbuhan renek yang pertama kali ditemui di dunia,” katanya.

Pada pertemuan sama, beliau berkata, ekspedisi berkenaan turut menemui satu spesies katak baru di Taman Negara berkenaan dari keluarga Rana Picturata berwarna hitam dan berbintik kuning.
Katanya, semua flora dan fauna terbabit ditemui di kawasan Taka Kunyit dekat Taman Negara Endau-Rompin.

Difahamkan, sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan pada seminar berkenaan oleh penyelidik daripada pelbagai universiti tempatan dan usaha akan diteruskan untuk mengenal pasti spesies baru dan langkah untuk terus memeliharanya.

1 comment:

  1. Phalaenopsis zebrina (untuk anggerik spesies nama harus dieja dgn huruf kecik italic) BUKANlah suatu penemuan baru d Semenanjung Malaysia. Semenanjung Malaysia,Burma,Thailand, Borneo dan Sumatra adalah kawasan taburan spesie ini sejak dari lama dahulu. Sila rujuk http://www.orchidspecies.com/phalzebrina.htm

    ReplyDelete