Pages

Sunday, December 23, 2012

Myanmar guna nuklear



Loji tenaga nuklear di United Kingdom yang dibina untuk membekalkan tenaga elektrik. Myanmar juga merancang untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan perubatan, penyelidikan dan sumber tenaga. - AGENSI
YANGON 22 Dis. - Myanmar merancang untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan perubatan, penyelidikan dan sumber tenaga, namun menafikan spekulasi mengenai pembinaan senjata atom, kata Komander Tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis konvokesyen Akademi Perubatan milik tentera, di sini hari ini.
Kenyataan tersebut dibuat sebulan selepas kerajaan Myanmar bersetuju untuk mengisytiharkan sebarang penggunaan peralatan nuklear di dalam negara ini.
"Dalam rawatan perubatan moden, perubatan nuklear terbukti berkesan bagi merawat kanser melalui penggunaan isotop radioaktif dan terapi radioaktif," katanya.
Tegas beliau lagi, tentera tidak akan membina sebarang teknologi nuklear bagi menghasilkan senjata pemusnah, namun akan melakukan penyelidikan dan eksperimen nuklear bagi tujuan tidak merbahaya.
Ia sejajar dengan piawaian antarabangsa bagi penggunaan nuklear dalam sektor perubatan, penyelidikan sains dan tenaga elektrik.
Spekulasi mengenai program nuklear Myanmar telah lama tersebar, dibocorkan oleh tentera yang belot yang mendakwa Myanmar mungkin akan membina program nuklear sendiri secara rahsia dengan bantuan Korea Utara.
Kerajaan pimpinan Presiden Thein Sein bulan lalu mengumumkan menandatangani persetujuan antarabangsa yang memerlukan pihaknya mengisytiharkan semua kemudahan dan peralatan yang mengandungi nuklear.
Walaupun pengisytiharan itu bergantung kepada Myanmar, ia memberi sedikit jawapan berhubung pemilikan senjata dwi-kegunaan dan kerjasama tentera dengan Pyongyang, seperti yang disyaki oleh Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara.
Perjanjian itu membenarkan penelitian oleh pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dilihat sebagai satu jalan ke arah demokrasi, dalam masa yang sama memperbaiki hubungan dengan Washington, yang diperoleh melalui lawatan Presiden AS, Barack Obama bulan lalu.
Junta Myanmar sebelum ini menafikan merancang program nuklear dan mengutuk tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berunsur politik. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121223/lu_04/Myanmar-guna-nuklear#ixzz2Fp2YdX3P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment