Pages

Tuesday, October 2, 2012

Rela gadai nyawa demi anak jiran

FONANGWAN (tengah) bersama Aneta (dua dari kiri) serta suaminya, Piotr Jedilkowski, dan anak mereka Kamila Brodowska (kiri) dan Adam.
FONANGWAN (tengah) bersama Aneta (dua dari kiri) serta suaminya, Piotr Jedilkowski, dan anak mereka Kamila Brodowska (kiri) dan Adam.
FONANGWAN bersama Adam yang diselamatkannya.
FONANGWAN bersama Adam yang diselamatkannya.
LONDON: Seorang remaja lelaki memperjudikan nyawanya meredah api semata-mata mahu menyelamatkan seorang budak yang terperangkap dalam rumah terbakar, lapor media semalam.
Sejurus sebelum itu, Nelson Fonangwan, 16, lena tidur tetapi terjaga apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong di kawasan kediaman mereka di Southampton, Hampshire.

Menurut Fonangwan, dia mendapati asap tebal keluar dari sebuah rumah tidak jauh dari situ.

Pada masa sama, ibu kepada dua anak, Aneta Jedlikoswka, 32, menumbuk pintu dapurnya untuk membolehkan dia menggapai tangan anaknya yang baru berusia dua tahun, Adam.

Melihat keadaan itu, Fonangwan bergegas ke rumah berkenaan, manakala ibunya menghubungi talian kecemasan 999.

Kata Fonangwan, Aneta memecahkan kaca tingkap rumah itu bagi membolehkan Adam diselamatkan.


“Walaupun gementar, saya merangkak untuk sampai ke tempat Adam dan membawanya keluar dari situ,” katanya. Bercakap kepada akhbar Southern Daily Echo, Fonangwan berkata, dia bagaikan tidak percaya melihat Aneta bersusah-payah memecahkan kaca tingkap dapur rumahnya.

“Wanita itu memang dapat membuat lubang pada tingkap dapurnya, tetapi pada masa sama tangannya luka dan berdarah akibat terkena serpihan kaca.

“Apa yang difikirkannya ketika itu cuma menyelamatkan Adam,” katanya.

Menurut Fonangwan, Aneta tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi cuma mampu menunjuk ke arah dalam rumah berkenaan sambil berkata: “Baby.” Melihat keadaan itu, kata Fonangwan, dia tahu tidak ada pilihan lain, kecuali bertindak pantas menyelamatkan anak Aneta. Insiden itu berlaku apabila Aneta keluar membuang sampah dan tiupan angin pula menolak daun pintu menyebabkan ia terkunci.

Ketika itu juga, kuali di atas dapur di dalam rumah Aneta mula terbakar. Fonangwan berasal dari Cameroon dan kini menuntut di Southampton. - DM

No comments:

Post a Comment