Pages

Tuesday, October 2, 2012

10 juta warga Yaman kelaparan




         
SANAA: Hampir separuh penduduk Yaman tidur dalam kelaparan setiap malam ketika keadaan politik tidak stabil menyebabkan peningkatan harga makanan dan minyak.

Menurut laporan Program Makanan Dunia (WFP), negara Semenanjung Arab itu menjadi negara ketiga tertinggi dalam masalah kanak-kanak kekurangan khasiat.


Yaman berada dalam keadaan tidak stabil sejak tercetus revolusi rakyat tahun lalu yang menentang pentadbiran Ali Abdullah Saleh selama 33 tahun.

Keadaan itu menyebabkan kerajaan Yaman lemah, manakala tentera berpecah dua dengan sebahagiannya menjadi penentang Ali, manakala militan al-Qaeda menguasai sesetengah kawasan negara itu. Terpaksa mengimport sebahagian besar keperluan makanannya kerana kekurangan tanah pertanian, Yaman juga menderita akibat peningkatan harga makanan dan bahan bakar global.


Jurucakap WFP, Barry Came, berkata lima juta orang, atau 22 peratus populasi negara itu tidak mampu mendapatkan makanan atau membelinya untuk diri sendiri.


“Kebanyakan mereka adalah buruh tanpa tanah yang menghalang mereka menanam makanan sendiri.

“Disebabkan harga makanan tinggi, mereka juga tidak mampu membelinya,” katanya. Menurut Came, ada lima juta lagi populasi Yaman ang terjejas teruk akibat peningkatan harga makanan dan berdepan ancaman kekurangan makanan.


Justeru, kata Came, kira-kira 10 juta penduduk Yaman terpaksa tidur dalam kelaparan setiap malam. Jumpa penerima bantuan harian WFP meningkat daripada 1.2 juta pada Januari menjadi lebih 3.8 juta, tetapi kelemahan infrastruktur dan takut menjadi mangsa culik puak tempatan menyukarkan penghantaran makanan kepada golongan memerlukan. Kata Came, selain itu, Yaman berdepan masalah aktiviti pengganas dan pelarian yang ramai.

“Tanpa keselamatan yang baik dan kestabilan politik, anda tidak dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment