Pages

Friday, October 5, 2012

AS sokong serangan balas Turki ke atas Syria

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) berharap konflik antara Syria dan Turki tidak bertambah buruksambil menggesa Istanbul berdiri teguh di sisi sekutunya, Pertubuhan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk menentang pencerobohan.
AS  juga bersetuju dengan tindakan serangan balas dilakukan oleh Turki ke atas Syria dengan menyifatkannya sebagai sesuai dan berkadar.
Bom mortar Syria yang membedil negara itu sebelum ini mengorbankan lima orang awam.
Jurucakap Pentagon, George Little memberitahu pemberita, "kami berharap pertembungan ini tidak meningkatmenjadi konflik yang lebih luas.”
Beliau juga berkata, AS berpendapat kesalahan harus diletakkan ke atas bahu Presiden Syria, Bashar al-Assad.
"Kami marah dengan tindakan kerajaan Syria di sepanjang sempadan Turki. Kami berdiri dengan sekutu Turki kami," tambah beliau.
Semalam, Parlimen Turki telah meluluskan tindakan ketenteraan seterusnya akan dilancarkan ke atas Syria sekiranya keadaan bertambah buruk.
"Pada kami, Turki memberikan respons balas. Parlimen Turki juga telah memberikan kapasiti kepada kerajaan untuk melakukan serangan balas jika berlaku sebarang pelanggaran kedaulatan Turki,” kata jurucakap Jabatan Amerika Syarikat,  Victoria Nuland.
"Daripada perspektif kami, respons dibuat Turki adalah sesuai, ia juga telah direka untuk mengukuhkan kesan pertahanan supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi, dan ia adalah berkadar," katanya lagi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay, Syria semalam memohon maaf melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas bedilan bom mortar itu dan berjanji tidak akan berulang lagi.

No comments:

Post a Comment