Pages

Friday, October 5, 2012

160 spesies baru ditemui di Gunung Kinabalu

Katak tanduk
Katak tanduk juga ditemui pasukan penyelidik
di kawasan Gunung Kinabalu. - Foto ihsan
Naturalis Biodiversity Center
Rama-rama Atlas
Rama-rama Atlas dipercayai paling terbesar di dunia.
 - Foto ihsan Naturalis Biodiversity Center
KOTA KINABALU - Penyelidik Malaysia dan Belanda menemui kira-kira 160 spesies baru di kawasan pergunungan Borneo baru-baru ini – penemuan yang menakjubkan dunia sains.
Dalam penemuan itu, kulat dan labah-labah menguasai spesies baru di Gunung Kinabalu manakala kumbang dan siput juga termasuk dalam senarai haiwan serta paku-pakis pada senarai tumbuhan.
József Geml, salah seorang penyelidik berkata, katak juga mungkin boleh dibuktikan sebagai spesies baru.
"Walaupun kerja-kerja saintifik terperinci yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun, pasukan kami sudah tahu bahawa banyak spesies ini adalah baru kepada sains," katanya dalam satu kenyataan dipetik CNN.
Dalam pada itu, kajian tersebut telah dijalankan oleh Sabah Parks dan Pusat Biodiversiti Naturalis Belanda.
Para penyelidik telah mengutip sampel DNA dan memastikan sama ada spesies tersebut merupakan spesies baru ataupun sudah lama berada di puncak tertinggi di Malaysia itu.
Sementara itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, terdapat kira-kira 3,500 sampel DNA telah diambil daripada 1,400 spesies.
Penyelidik turut merancang untuk menerbitkan evolusi bergerak di Borneo pada pertengahan tahun depan.

No comments:

Post a Comment