Pages

Monday, September 3, 2012

Serangan bom cederakan 37 penonton sarkas




         
MANILA: Polis berkata serangan bom tangan ke atas markas tentera di selatan Filipina semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 37 penonton yang menyaksikan persembahan sarkas di kawasan berdekatan, cedera.

Inspektor Kanan, Romeo Abler berkata, seorang lelaki melempar bom tangan ke arah markas itu tetapi ia terkena jaring keselamatan dan melantun ke arah berpuluh-puluh penduduk kampung yang sedang menonton persembahan sarkas di bandar Davao daerah Paquibato.
Abler berkata, 37 penduduk kampung cedera akibat letupan dan huru-hara yang berlaku selepas itu. Sekurang-kurangnya tiga mangsa parah dan dirawat di hospital.

Gerila komunis aktif di kawasan pedalaman tetapi siasatan masih belum dapat mengesahkan siapa yang bertanggungjawab dalam serangan itu, kata Abler. -Manila Times

No comments:

Post a Comment