Pages

Monday, September 3, 2012

Dakwa Bush, Blair: Tutu




         
LONDON: Pemenang anugerah keamanan Nobel, Desmond Tutu, semalam menggesa Tony Blair dan George Bush didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana peranan mereka dalam menjajah Iraq pada 2003.

Bekas pemimpin gereja Anglican Afrika Selatan itu membuat gesaan berkenaan dalam rencana akhbar The Observer.


Kata Tutu, bekas pemimpin Britain dan AS itu perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka dalam konflik di Iraq.

“Perang Iraq menyebabkan ketidakstabilan dan memecah-belahkan dunia kepada tahap tidak pernah berlaku dalam sejarah.


“Pihak yang bertanggungjawab atas penderitaan dan kehilangan nyawa ini perlu dilayan seperti sekutu mereka di Afrika dan Asia yang dipertanggungjawabkan di The Hague,” katanya. The Hague di Belanda adalah tempat mahkamah tetap jenayah perang pertama dunia dan beroperasi selama 10 tahun.


Setakat ini, ICJ hanya menjalankan pendakwaan di Afrika, termasuk Sudan, Congo, Libya dan Ivory Coast.

Tutu yang menerima anugerah keamanan itu pada 1984 memang pengkritik tegas perang Iraq.


Minggu lalu, dia menarik diri daripada satu persidangan di Afrika Selatan ekoran kehadiran Blair di majlis berkenaan.

Kata Tutu, kedua-dua bekas pemimpin itu sengaja mencipta alasan untuk menjadi pembuli serta memecah-belahkan dunia.


“Mereka mendorong kita ke pinggir jurang tempat kita berada kini dengan krisis Syria dan Iran berada di depan,” katanya.


Walaupun ICJ boleh mengendalikan kes penghapusan etnit, jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan, ia belum mempunyai kuasa mendakwa kesalahan menceroboh negara lain.


AS antara negara yang tidak mengiktiraf ICJ. - AP

No comments:

Post a Comment