Pages

Monday, September 3, 2012

Memali berdarah kerana kezaliman pemimpin UMNO

Jam 1136 

Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru, berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim Libya dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga, ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah, pihak polis pula terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.

Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat, hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada.

Ramai yang mati dan tidak kurang juga yang cedera parah.

Beberapa anggota komando menyerang Ustaz Ibrahim Libya dan beliau menentang sehingga menyebabkan salah seorang komando terbunuh.

Akhirnya beliau "Syahid" apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.

Ustaz Ibrahim Libya gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan Allahu Akbar!!

Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya, ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim Libya datang.

Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata, "Alhamdulillah ! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati Syahid ".

Jam 1213 

Serangan telah ditamatkan, semua yang ditangkap ditutup kepala mereka dengan karung guni, beberapa anggota komando kelihatan menendang beberapa jasad yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak.

Ada juga yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh :

PERGI JAHANAM DENGAN ISLAM!!....

No comments:

Post a Comment