Pages

Monday, September 3, 2012

Memali berdarah kerana kezaliman UMNO

Jam 0815 

Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan dua kereta perisai menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, mereka cuba dihalang oleh pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.

Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik.

Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim, mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.

Tembakan daripada pihak polis masih berterusan dan mereka menyambutnya dengan laungan Takbir.

Jam 1105 

Komando 69 diarah menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, pasukan polis pula, mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata ke rumah Ustaz Ibrahim Libya.

Mereka di rumah pula menghadapinya dengan kain basah, membasuh muka malah menutup dengan guni basah, ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu.

Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit kecuali beberapa kanak-kanak yg man salah seorang kanak-kanak telah pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih.

Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu, lalu keluar dgn parang yang terhunus, cuba menyerang polis, namun beliau telah dihujani dengan peluru dan tetap terus ditembak ketika cuba untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak, maka gugurlah "Syuhada’ pertama Memali.

Serangan gas reda, kemudian kedengaran lagi suara dari Dato Yahya Yeop menggunakan pembesar suara dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang.

Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim Libya; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato Yahya Yeop.

Ustaz Ibrahim Libya menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri, memandangkan ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah.

Pak Teh tampil berjumpa Dato Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.

Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang "Syahid" ditembak pihak polis? Dato Yahya Yeop terdiam seketika, namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ.

Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.

Dato Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim Libya tidak mahu menyerah diri, setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato Yahya, akhirnya Pak Teh masuk semula.

Namun semasa melewati kumpulan muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah dan pada ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman, tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.

Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu namun beliau pula dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan Takbir.

Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16, setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari dan kemudiannya dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.

No comments:

Post a Comment