Pages

Tuesday, September 4, 2012

Lagak ngeri anak Ratu Britain



KIRI: Putera Andrew (dalam bulatan) turun dengan menggunakan tali dari 
bangunan The Shard di London semalam.



LONDON - Seorang anak pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turun dengan menggunakan tali pada ketinggian 239 meter (m) dari bangunan tertinggi di Eropah di sini bagi mengumpulkan wang untuk tujuan amal.
Anak ratu itu, Putera Andrew mengambil masa 30 minit untuk melakukan aksi lagak ngeri tersebut yang bermula dari tingkat 89 dan berakhir di tingkat 20 bangunan The Shard.
Selepas menuruni bangunan itu beliau memberitahu: "Saya tidak akan melakukannya lagi."
Bangunan itu yang setinggi 310m dibina dengan kos sebanyak £450 juta (RM2.2 bilion).
Beliau yang juga bekas pegawai tentera memperoleh sumbangan £290,000 (RM1.43 juta) dalam bentuk penajaan hasil daripada aktiviti tersebut yang turut disertai pendaki terkenal, Chris Bonington. - Agensi

No comments:

Post a Comment