Pages

Tuesday, September 4, 2012

30 maut serangan pemisah Kurdis

Beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan mengecam keganasan yang dilakukan puak Kurdis di Ankara, semalam. - Foto AP
Beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan
mengecam keganasan yang dilakukan puak Kurdis
di Ankara, semalam. - Foto AP
Diyarbakir: Sekumpulan pemisah Kurdis bersenjatakan mesingan dan pelancar roket menyerang sebuah kompleks keselamatan di tenggara Turki malam kelmarin, mencetuskan pertempuran menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh kata sumber tempatan semalam.

Seramai 10 askar terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan di wilayah Sirnak, kata kerajaan tempatan manakala sumber tempatan lain berkata 20 ahli Parti Pekerja Kurdis (PKK) turut terbunuh.
Gabenor wilayah, Vahdettin Ozkan berkata militan menyerang kompleks keselamatan di Beytussebap lewat kelmarin, membunuh sembilan anggota keselamatan dan mencederakan lapan orang. Pegawainya berkata bahawa seorang daripada mereka yang cedera turut terbunuh.

Polis dan askar membalas tembakan sehingga mencetuskan pertempuran sengit.

PKK meningkatkan serangan terhadap pasukan keselamatan Turki sejak beberapa bulan lalu di mana pihak berkuasa Turki dan media tempatan mengaitkan ia dengan konflik di negara jiran Syria.

Bulan lalu seramai 10 orang terbunuh dalam satu letupan bom kereta yang dipersalahkan terhadap pemisah Kurdis di bandaraya Gaziantep.

PM ancam campur tangan tentera
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancam campur tangan tentera jika pemisah Kurdish terus mewujudkan pangkalan mereka di Syria.

Beberapa pegawai kerajaan percaya bahawa Damsyik yang pernah disokong Ankara membantu PKK dalam memberi sokongan kepada pemisah menentang Presiden Bashar al-Assad.

PKK disifatkan sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Turki dan kebanyakan masyarakat antarabangsa mengambil senjata api di tenggara Turki dengan majoriti pemisah Kurdish pada 1984, mencetuskan konflik yang meragut 45,000 nyawa. - AFP

No comments:

Post a Comment