Pages

Thursday, August 9, 2012

Aktivis Scandinavia lancar kapal bantuan ke Palestin




         
OSLO: Kumpulan aktivis Scandinavia semalam melancarkan sebuah kapal bantuan ke Gaza dengan harapan untuk mencabar kepungan Israel dan menarik tumpuan antarabangsa terhadap konflik di wilayah Palestin itu.

Penganjur berkata, matlamatnya sama dengan ‘Flotilla Kebebasan’ yang dilancarkan pada 2010.


“Kami mempunyai matlamat yang sama seperti flotilla sebelum ini iaitu untuk menamatkan sekatan terhadap Gaza dan mencabar tentera laut Israel,” kata Torstein Dahle, pemimpin cawangan Norway kumpulan aktivis yang dikenali ‘Kapal ke Gaza.’ “Kali ini, tentera Israel mempunyai tugas yang lebih mudah untuk menyekat kami kerana jumlah kami jauh lebih kecil dan tidak ganas,” kata Dahle di Pelabuhan Oslo.

SV Estelle yang sepanjang 53 meter dan disokong oleh aktivis dari Sweden dan Norway, belayar dari Oslo semalam. Penganjur berharap beberapa kapal lain akan menyertai mereka ketika dalam pelayaran sebelum tiba di perairan Gaza pada Oktober. - Reuters

No comments:

Post a Comment