Pages

Tuesday, July 10, 2012

Status Parlimen: Tentera beri Presiden Mesir amaran

Status Parlimen: Tentera beri Presiden Mesir amaran - Global - Sinar Harian:

Ahli-ahli Parlimen Mesir menghadiri sesi pertemuan pertama pada 23 Januari lalu. Ia diisytiharkan ti
Ahli-ahli Parlimen Mesir menghadiri sesi pertemuan pertama pada 23 Januari lalu. Ia diisytiharkan tidak sah 14 Jun lalu. – Foto ihsan
KAHERAH - Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) Mesir mahu keputusan membubarkan Parlimen dihormati - dilihat sebagai amaran secara langsung kepada Presiden Mohammed Mursi, yang kelmarin mengarahkan agar dewan perwakilan bersidang semula.
Scaf mengarahkan bangunan Parlimen ditutup ekoran keputusan mahkamah bulan lalu mengisytiharkan pilihan raya Parlimen sebagai tidak sah dan ia harus dibubarkan.
Semalam, Mahkamah Perlembagaan Agung menolak perintah dikeluarkan oleh Mohammed, mahu Parlimen bersidang semula.
Perkembangan terbaru ini dilihat sebagai satu cabaran ke atas kepimpinan Mohammed yang mengangkat sumpah sebagai presiden yang baru lebih seminggu lalu – ketua negara yang pertama selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan.
Ia juga kemungkinan membawa kepada krisis perlembagaan dan krisis politik baru di era pasca-Hosni.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Scaf berkata pihaknya yakin kesemua institusi negara itu akan menghormati undang-undang dan perlembagaan Mesir.
Berdasarkan keputusan Mohammed, Speaker telah memanggil satu sidang Parlimen hari ini.
Laporan BBC pula menyebut orang ramai pula sudah mula berhimpun di Dataran Tahrir – lokasi utama kebangkitan rakyat tahun lalu - menjelang sidang Parlimen yang dijangka bermula jam 10 pagi ini waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).
Malah laporan BBC menyebut bahawa keputusan Scaf dijangka menambah kemarahan di kalangan pengikut dan penyokong Ikwanul Muslimin yang memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya Parlimen yang diadakan enam bulan lalu.
Pengikut dan penyokong pergerakan itu mendakwa pihak tentera yang enggan menghormati undang-undang dengan memberi kuasa kepada pihaknya selepas pilihan raya Parlimen dan pemilihan presiden selesai diadakan.
Mohammed merupakan presiden pertama daripada kalangan orang awam.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment