Pages

Tuesday, July 10, 2012

Russia henti jual senjata baru ke Syria

Berita Harian | Russia henti jual senjata baru ke Syria:
MOSCOW: Russia tidak akan membekalkan sebarang senjata baru kepada rakan sekutu Arabnya, Syria sehingga keadaan di dalam negara itu kembali stabil. 

Pegawai tinggi pengeksport senjata Russia berkata, bagaimanapun kontrak pembelian oleh Syria sebelum ini tetap dipatuhi. “Russia seperti negara lain amat peka dengan keadaan semasa di Syria," lapor agensi berita Russia yang memetik Timbalan Ketua Perkhidmatan Persekutuan bagi Kerjasama Teknikal Tentera, Vyacheslav Dzirkaln di Pameran Udara Farnborough, di sini. 
“Kami tidak merujuk kepada penghantaran baru senjata ke negara berkenaan. Sehingga keadaan kembali stabil, tiada penghantaran senjata baru akan dibuat," kata Dzirkaln. 

Antara bekalan aset tentera berkenaan membabitkan jet pejuang pelatih baru jenis Yak-130. - AFP 
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment